Showing posts with label Kebersihan. Show all posts
Showing posts with label Kebersihan. Show all posts

Sunday, 27 April 2014

Cabaran Kebersihan Rumah 21 Hari

Cabaran membersihkan rumah 21 hari ini akan membantu anda memastikan rumah anda sentiasa kemas (organise). Ini hanyalah sebagai contoh untuk memastikan rumah anda bersih. Anda boleh membuat checklist anda sendiri jika perlu untuk cabaran rumah sentiasa bersih dan kemas.


Lakukan pembersihan atau mengemas sedikit demi sedikit setiap hari. Selepas sebulan berlalu setiap bulan anda akan dapati rumah anda kemas dan bersih.


Cabaran yang dihadapi hanyalah 21 hari, jadi jika anda terpaksa menunda bermula sehingga selepas seminggu pada akhir bulan.anda masih boleh mendapat rumah yang bersih dan kemas.

Saturday, 26 April 2014

Cara Mengekalkan Kebersihan Bilik Air Dengan 5 Minit Sehari

Cara mengekalkan kebersihan bilik air setiap hari tentu agak memenatkan jika dibayangkan. Tetapi sebenarnya ia akan menjadi mudah dalam jangka masa panjang bila anda tahu cara.


Cara mengekalkan kebersihan bilik air tidak memerlukan masa yang panjang, hanya 5 minit sehari. Pada hari-hari yang anda tergesa-gesa dan tidak punya banyak masa, hanya simpan setiap barang yang digunakan seperti berus rambu, pengering rambut, ubat gigi, make-up dan lain-lain, lap sinki dan permukaan. Itu sahaja boleh dilakukan dalam hanya SATU minit dan akan membawa perbezaan BESAR!

Ada 4 langkah untuk cara mengekalkan kebersihan bilik air dalam masa 5 minit sehari.

1) 1 Minit. Kosongkan Permukaan: Alihkan semuanya - pelurus , solekan, semua produk rambut, sikat/berus rambut, pin rambut. Pakaian kotor dan tuala perlu diangkat dari lantai dan dimasukkan ke dalam bakul atau digantung.

2) 2 Minit. Pembersihan permukaan: Sembur pancuran mandi/dinding bilik air dengan pembersih harian (selepas mandi) untuk mengelakkan soap scum (kesan di dinding bilik air hasil dari sabun/foam bath yang anda guna ketika mandi) terbentuk.

Lap kaunter dan sink untuk menghilangkan rambut, bedak dan ubat gigi. Seterusnya lap tangki tandas, handle, tempat duduk, bawah dan penutup mangkuk tandas - mengikut turutan ini. Simpan sebotol pencuci serbaguna untuk tujuan ini, simpan pencuci di bawah sink (atau di tempat simpanan yang sesuai) bersama kain lap jadi semuanya ada di satu tempat dan menyenangkan.

Seterusnya, berus bahagian dalam mangkuk tandas bersama pencuci dengan berus tandas dan flush. Sekali lagi gunakan pencuci serbaguna untuk mengelap lantai di sekitar tandas dan pembersihan cepat pada bila-bila masa.

3) 1 Minit. Bersihkan Mirror: Simpan kain microfiber di bawah sink atau tempat yang anda rasa sesuai untuk mengelap cermin. Ia lebih mudah untuk mendapatkan ubat gigi berhamburan off jika tidak menduduki hari. Hanya lembapkan kain microfiber dan lap cermin dengan pantas.

Jika cermin sudah bersih, gunakan masa ini untuk mengelap sinki dan kelengkapan bilik mandi (seperti kepala paip dan lain-lain) supaya semua bersinar. Gantung kain di belakang pintu di bawah sink untuk penggunaan semula dan cuci ia seminggu sekali.

4) 1Minit. Meluruskan Up. Tutup tirai mandi untuk mengudarakannya. Lipat tuala, pastikan kertas tandas ada dan pastikan semua barang kegunaan di bilik air berada di tempatnya.

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang lain, beritahu mereka untuk meletakkan balik barang di tempatnya dan tidak meninggalkan tuala dan pakaian kotor di atas lantai bilik air. Dengan meletakkan barang di tempatnya kanak-kanak yang dah besar boleh tolong mengelap bilik air selepas digunakan.

Sekali seminggu anda boleh menambah beberapa langkah lagi, seperti mengosongkan tong sampah, membersihkan tab / pancuran dan mop lantai.

Lakukannya setiap hari untuk mendapat bilik air yang sentiasa bersih dan kemas. Itu langkah-langkah untuk cara mengekalkan kebersihan bilik air dalam 5 minit.


Thursday, 26 July 2012

7 Barang Yang Paling Kotor di Sekitar Anda

Keyboard komputer mungkin boleh menjejaskan kesihatan anda
Kekotoran boleh mendatangkan masalah kesihatan. Tentu anda akan menjauhkan diri dari barang atau tempat yang kotor atau anda akan membersihkannya jika boleh. Tapi tahukah anda ada barang kotor dan membahayakan kesiahtan yang anda gunakan setiap hari bahkan anda tidak menjauhinya?

Antaranya ialah:
  1. Remote control TV yang banyak mengumpulkan kuman tambahan lagi jika anda menggunakannya ketika anda tak sihat atau ketika anda makan sambil menonton tv. Selalulah bersihkan remote kontrol TV dan tangan anda bila anda ingin menggunakannya.
  2. Telefon. Tak kiralah samada telefon bimbit atau telefon rumah. Bakteria dengan mudah dipindahkan dari tangan ke mulut anda dan sebaliknya terutamanya ketika anda tidak sihat. Pernahkah anda menyahkuman telefon bimbit anda?
  3. Butang. Pernahkah anda terfikir butang yang anda tekan setiap hari tu penuh dengan kuman? Butang lif, autopay, autoteller, vending machine, mesin game, bahkan bermacam-macam butang lagi mungkin mendatangkan masalah kesihatan.
  4. Troli untuk shopping. Pemegang troli ini penuh dengan pelbagai kuman yang tidak sihat yang biasanya berpindah-randah dari tangan ke makanan dan muka.
  5. Eskalator (Tangga bergerak) iaitu bahagian pemegang (tempat letak tangan). Kebanyakan orang memegang tempat pemegang ini ketika naik atau turun eskalator dan memindahkan kuman dari seorang yang tidak sihat kepada orang lain.
  6. Keyboard komputer. Kuman datang dari tangan yang kotor dan cebisan makanan yang terkumpul di situ dari semasa ke semasa mungkin menyebabkan masalah kesihatan.
  7. Wang yang tiba ke tangan anda mungkin telah melalui tempat yang paling kotor dan tangan-tangan yang penuh kuman yang datang dari orang yang tak sihat.
Selalulah bersihkan tangan anda untuk menghilangkan bakteria setelah anda menyentuh atau menggunakan barang-barang kotor demi kesihatan anda.

Saturday, 7 July 2012

Apakah Cucian Kering?

Cucian kering biasa digunakan untuk mencuci pakaian seperti kot ini
Cucian kering atau Dry cleaning. Apa itu cucian kering? Sebenarnya cucian kering adalah mencuci menggunakan pelarut selain daripada air.

Ada 3 jenis pelarut yang biasa digunakan iaitu:

  1. Perchlorethylene atau PERC. Ini adalah jenis pelarut yang paling biasa digunakan dalam cucian kering.  Ia sangat toksik dan karsinogen. Ia lekat pada pakaian dan boleh meresap ke dalam badan dan menyebabkan kanser, merosakkan buah pinggang, salur pernafasan serta mencemarkan alam sekitar dan udara. Ia secara beransur-ansur dihentikan penggunaannya di Amerika dan Eropah tetapi ada kemungkinan 80% daripada pengusaha cucian kering masih menggunakannya.
  2. Hydrocarbon. Pelarut yang berasaskan petroleum. Ia lebih baik daripada PERC, tetapi tidak betul-betul mesra alam kerana ia berasaskan petroleum. Tetapi ia lebih baik daripada sesuatu yang 100% toksik. Kira-kira 10% pengusaha cucian kering menggunakannya.
  3. GreenEarth adalah jenama pelarut, ia sebenarnya dikenali sebagai siloxane. Ia selalu diiklankan sebagai green atau mesra alam tetapi ia adalah sebaliknya. Mungkin lebih baik daripada petroleum, tetapi masih karsinogen kerana ia adalah bahan kimia dan tidak baik untuk anda yang menggunakan cucian kering.
  4. Cecair CO2. Ia adalah karbon dioksida yang diletakkan dibawah tekanan supaya menjadi cecair dan digunakan sebagai pelarut. Ia adalah yang paling baik, selamat dan mesra alam. Pakaian keluar bersih dan bebas bahan kimia. Kurang dari 50 pengusaha cucian kering menggunakan bahan ini untuk cucian kering mereka.
Mungkin anda boleh bertanya kedai cucian kering apa jenis pelarut (solvent) yang mereka gunakan bagi keselamatan anda bila membuat cucian kering.

Friday, 28 October 2011

Air Kita

Pada setiap hari kira-kira 10,000 tan sampah-sarap dibuang di Malaysia dan 10% darinya dibuang ke dalam perairan kita. Sampah dan bahan-buangan yang dibuang ke jalanan, longkang, parit dan lain-lain saluran air.

Ini termasuklah pencemaran dari air yang belum dan telah dirawat dari kilang-kilang, saluran kumbahan, bahan buangan organik dari outlet perniagaan, minyak dan gris dari rumah.

Orang-ramai masih lagi membuang sampah sesuka hati walaupun telah diadakan kempen kesedaran dan pemulihan sungai yang diadakan. Kualiti air semakin menurun dan ini akan mengancam hidupan yang ada.

Kesemua sampah dan bahan tercemar ini akan berakhir di lautan dan mengancam hidupan laut bahkan manusia sendiri. Demi kebaikan segala hidupan yang ada termasuklah manusia buanglah sampah dan lain-lain bahan buangan dengan cara yang sepatutnya, jagalah kualiti air.