Showing posts with label Wang. Show all posts
Showing posts with label Wang. Show all posts

Sunday, 1 January 2017

Sejenis Wang Yang Boleh Membeli Kebahagiaan

Selamat tahun baru 2017. Hari ini 1/1/2017 kita buka dengan satu rahsia yang semua orang nak tahu. Wang (Currency) untuk membeli kebahagiaan dan kejayaan. Wow! Luar biasa hebat! Boleh beli rupanya kebahagiaan dan kejayaan ni. Tak percaya? Nak tahu? Tengok video di bawah atau tanya di ruangan komen di bawah. Jom..

Dr. Wayne Dyer - Do this 5 Minutes before sleep! (Life Changer!)

Thursday, 26 July 2012

7 Barang Yang Paling Kotor di Sekitar Anda

Keyboard komputer mungkin boleh menjejaskan kesihatan anda
Kekotoran boleh mendatangkan masalah kesihatan. Tentu anda akan menjauhkan diri dari barang atau tempat yang kotor atau anda akan membersihkannya jika boleh. Tapi tahukah anda ada barang kotor dan membahayakan kesiahtan yang anda gunakan setiap hari bahkan anda tidak menjauhinya?

Antaranya ialah:
  1. Remote control TV yang banyak mengumpulkan kuman tambahan lagi jika anda menggunakannya ketika anda tak sihat atau ketika anda makan sambil menonton tv. Selalulah bersihkan remote kontrol TV dan tangan anda bila anda ingin menggunakannya.
  2. Telefon. Tak kiralah samada telefon bimbit atau telefon rumah. Bakteria dengan mudah dipindahkan dari tangan ke mulut anda dan sebaliknya terutamanya ketika anda tidak sihat. Pernahkah anda menyahkuman telefon bimbit anda?
  3. Butang. Pernahkah anda terfikir butang yang anda tekan setiap hari tu penuh dengan kuman? Butang lif, autopay, autoteller, vending machine, mesin game, bahkan bermacam-macam butang lagi mungkin mendatangkan masalah kesihatan.
  4. Troli untuk shopping. Pemegang troli ini penuh dengan pelbagai kuman yang tidak sihat yang biasanya berpindah-randah dari tangan ke makanan dan muka.
  5. Eskalator (Tangga bergerak) iaitu bahagian pemegang (tempat letak tangan). Kebanyakan orang memegang tempat pemegang ini ketika naik atau turun eskalator dan memindahkan kuman dari seorang yang tidak sihat kepada orang lain.
  6. Keyboard komputer. Kuman datang dari tangan yang kotor dan cebisan makanan yang terkumpul di situ dari semasa ke semasa mungkin menyebabkan masalah kesihatan.
  7. Wang yang tiba ke tangan anda mungkin telah melalui tempat yang paling kotor dan tangan-tangan yang penuh kuman yang datang dari orang yang tak sihat.
Selalulah bersihkan tangan anda untuk menghilangkan bakteria setelah anda menyentuh atau menggunakan barang-barang kotor demi kesihatan anda.