Thursday, 26 July 2012

7 Barang Yang Paling Kotor di Sekitar Anda

Keyboard komputer mungkin boleh menjejaskan kesihatan anda
Kekotoran boleh mendatangkan masalah kesihatan. Tentu anda akan menjauhkan diri dari barang atau tempat yang kotor atau anda akan membersihkannya jika boleh. Tapi tahukah anda ada barang kotor dan membahayakan kesiahtan yang anda gunakan setiap hari bahkan anda tidak menjauhinya?

Antaranya ialah:
  1. Remote control TV yang banyak mengumpulkan kuman tambahan lagi jika anda menggunakannya ketika anda tak sihat atau ketika anda makan sambil menonton tv. Selalulah bersihkan remote kontrol TV dan tangan anda bila anda ingin menggunakannya.
  2. Telefon. Tak kiralah samada telefon bimbit atau telefon rumah. Bakteria dengan mudah dipindahkan dari tangan ke mulut anda dan sebaliknya terutamanya ketika anda tidak sihat. Pernahkah anda menyahkuman telefon bimbit anda?
  3. Butang. Pernahkah anda terfikir butang yang anda tekan setiap hari tu penuh dengan kuman? Butang lif, autopay, autoteller, vending machine, mesin game, bahkan bermacam-macam butang lagi mungkin mendatangkan masalah kesihatan.
  4. Troli untuk shopping. Pemegang troli ini penuh dengan pelbagai kuman yang tidak sihat yang biasanya berpindah-randah dari tangan ke makanan dan muka.
  5. Eskalator (Tangga bergerak) iaitu bahagian pemegang (tempat letak tangan). Kebanyakan orang memegang tempat pemegang ini ketika naik atau turun eskalator dan memindahkan kuman dari seorang yang tidak sihat kepada orang lain.
  6. Keyboard komputer. Kuman datang dari tangan yang kotor dan cebisan makanan yang terkumpul di situ dari semasa ke semasa mungkin menyebabkan masalah kesihatan.
  7. Wang yang tiba ke tangan anda mungkin telah melalui tempat yang paling kotor dan tangan-tangan yang penuh kuman yang datang dari orang yang tak sihat.
Selalulah bersihkan tangan anda untuk menghilangkan bakteria setelah anda menyentuh atau menggunakan barang-barang kotor demi kesihatan anda.

6 comments:

  1. Betul tu..brg2 yg biasa kita gunakan bnyk bakteria. 1 lg yg tertinggal sya..tombol pintu. Tak kisah la pintu blk,pintu toilet or pintu opis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Lagenda: Ya betul tu, kalau kita ke hotel, tombol pintu tandas bilik kita adalah antara barang yang paling kotor (banyak bakteria) dalam sesebuah hotel.

      Delete
  2. Kalau ketika wabak selsema burung amat ambil prihatin kebersihan sehingga ada beli Hand Sanitizer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Ya, memang betul sangat ;)
      Kalau nak bawa hand sanitizer ke mana2 tempat kita bawa sekarang ni pun bagus jugak kan.

      Delete
  3. setuju, memang kotor
    kalau barng2 dalam rumah sendiri, ok laa
    kakau kat pasar raya tu, sukar nak dibayangkan

    ReplyDelete