Saturday 7 July 2012

Apakah Cucian Kering?

Cucian kering biasa digunakan untuk mencuci pakaian seperti kot ini
Cucian kering atau Dry cleaning. Apa itu cucian kering? Sebenarnya cucian kering adalah mencuci menggunakan pelarut selain daripada air.

Ada 3 jenis pelarut yang biasa digunakan iaitu:

  1. Perchlorethylene atau PERC. Ini adalah jenis pelarut yang paling biasa digunakan dalam cucian kering.  Ia sangat toksik dan karsinogen. Ia lekat pada pakaian dan boleh meresap ke dalam badan dan menyebabkan kanser, merosakkan buah pinggang, salur pernafasan serta mencemarkan alam sekitar dan udara. Ia secara beransur-ansur dihentikan penggunaannya di Amerika dan Eropah tetapi ada kemungkinan 80% daripada pengusaha cucian kering masih menggunakannya.
  2. Hydrocarbon. Pelarut yang berasaskan petroleum. Ia lebih baik daripada PERC, tetapi tidak betul-betul mesra alam kerana ia berasaskan petroleum. Tetapi ia lebih baik daripada sesuatu yang 100% toksik. Kira-kira 10% pengusaha cucian kering menggunakannya.
  3. GreenEarth adalah jenama pelarut, ia sebenarnya dikenali sebagai siloxane. Ia selalu diiklankan sebagai green atau mesra alam tetapi ia adalah sebaliknya. Mungkin lebih baik daripada petroleum, tetapi masih karsinogen kerana ia adalah bahan kimia dan tidak baik untuk anda yang menggunakan cucian kering.
  4. Cecair CO2. Ia adalah karbon dioksida yang diletakkan dibawah tekanan supaya menjadi cecair dan digunakan sebagai pelarut. Ia adalah yang paling baik, selamat dan mesra alam. Pakaian keluar bersih dan bebas bahan kimia. Kurang dari 50 pengusaha cucian kering menggunakan bahan ini untuk cucian kering mereka.
Mungkin anda boleh bertanya kedai cucian kering apa jenis pelarut (solvent) yang mereka gunakan bagi keselamatan anda bila membuat cucian kering.

2 comments:

  1. pergh..mmg kene check btul2..efek kat kita lak nnt..

    ReplyDelete