Saturday, 28 July 2012

Bagaimana Cara Mendapatkan Kulit Yang Cantik?


Kulit yang cantik dan sihat akan menceriakan anda

Kulit yang cantik dan sihat bukan saja menjadi idaman wanita malah lelaki juga. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.
Salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat ialah dengan menjaga pemakanan atau diet anda.

Untuk kesihatan dan kecantikan kulit pastikan diet anda mengandungi vitamin dan nutrien berikut:

  1. VITAMIN A: Membantu mengelakkan kulit dari menjadi kering. Vitamin ini berfungsi untuk penjagaan dan untuk memperbaiki tisu kulit. Banyak terdapat dalam hati haiwan, telor, salmon dan tomato.
  2. VITAMINS B: Sangat penting untuk memastikan kulit yang sihat dan cantik. Vitamin B1 (thiamine) memastikan kulit mendapat zat yang diperlukan dan kelihatan kemerah-merahan dengan memastikan pengaliran darah yang normal. Sumber utama Vitamin B ialah kekacang dan legume.
  3. VITAMIN C: Adalah sejenis antioksida yang akan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan struktur sel kulit. Kerosakan ini akan memecahkan kolagen yang terdapat pada kulit yang muda. Paling sesuai untuk dimakan ialah lada benggala, brokoli dan sayur berdaun hijau gelap.
  4. SELENIUM: Selenium dan copper dapat mengurangkan sunburn pada kulit anda. Sebagaiman diketahui kerosakan dari pancaran cahaya matahari amat kerap berlaku pada kulit anda. Selenium, copper dan zink boleh didapati dari bijirin penuh, makanan laut, telor, tiram dan daging tanpa lemak.


Dapatkan Vitamin A, B, C dan selenium anda setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.


7 comments:

  1. Siapa tidak mahu kulit yang lembut seperti kulit bayi tetapi masa tidak dapat kebelakang untuk menghalang kedutan tercalit pada wajah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Penuaan boleh dilambatkan jika kita memberi penjagaan yang betul kepada kulit kita, kan ;)

      Delete
  2. Hurmm..kulit muka mak la yg plg bermasalah. Bukn selalu tumbuh jerawat tp bila dah tumbuh, alahai...susahnya dia nk hilang parut tu. Akhirnya, dah buruk muka sbb bnyk sgt kesan parut. Cissssss..

    Mak mkn jugak sayur dan buah2an tp mmg xnmpk perubahan pd mak langsung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak: Cuba cari jalan camner nak elakkan parut dari terjadi atau untuk hilangkan parut. Harap masalah Mak Lagenda akan selesai dengan jayanya.

      Delete
  3. terima kasih berkongsi info ni...

    nice sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahida: sama-sama dan terima kasih kerana sudi membaca dan komen ;)

      Delete
  4. Gunakan pelembab pada kulit anda untuk menjaga kelembapan & mengelakkan kulit dari menjadi kering. Kulit yang kering lebih cepat menunjukkan tanda penuaan iaitu kedutan pada kulit. banyakkan ambil vitamin c

    ReplyDelete