Showing posts with label Kulit. Show all posts
Showing posts with label Kulit. Show all posts

Friday, 1 February 2013

6 Khasiat Lemon Untuk Kesihatan (Hati) Anda

Lemon sejenis buah yang masam dan sangat beralkali sangat baik untuk hati anda. Hati merupakan sebuah organ yang sangat sibuk berfungsi sebagai pengawas badan anda, menangani segala-galanya daripada menapis darah sehingga metabolisma karbohidrat, lemak dan protein boleh dibersihkan oleh lemon.

Lemon dijual dengan harga USD1 pada tahun 1849 bersamaan dengan USD30 hari ini, ketika California Gold Rush di Amerika.

Lemon menyejukkan, membuat pembersihan, detoksifikasi, meremajakan (awet muda), antimikrob, antiseptik dan anti mukus.

Anda hanya perlukan separuh buah lemon, perah jusnya ke dalam segelas air sejuk atau suam (jangan gunakan air ais). Minum pertama sekali selepas bangun pagi semasa perut kosong dan anda akan mendapat faedah berikut:
  1. Antioksidan. iaitu hesperitin, naringenin, fitonutrien flavonoid dan Vitamin C yang merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan membantu melindungi daripada kerosakan oleh radikal bebas.
  2. Alkali (Alkalizing). Pemakanan yang tinggi dengan gula, kanji, lemak dan protin menjadikan badan anda berasid. Walaupun jus lemon berasid, ia sebenarnya mempunyai kesan alkali. Ini disebabkan oleh kandungan mineral yang tinggi pada lemon seperti kalium, kalsium, magnesium dan fosforus.
  3. Membantu pencernaan. Segelas air dengan jus separuh lemon, diambil 20-30 minit sebelum makan, akan merangsang asid perut dan membantu penghadaman. Selain itu, ia sangat berguna jika anda duduk untuk makan banyak ketika keramaian atau meraikan sesuatu.
  4. Baik untuk hati. Lemon amat bermanfaat untuk hati kerana jus lemon menggalakkan pengeluaran cairan hempedu. Hempedu membantu untuk mengemulsikan lemak dan menghapuskan toksin dari badan. Lemon juga membantu hati menghasilkan lebih banyak enzim.
  5. Menggalakkan bowel movements (buang air). Sesetengah orang mengatakan mereka tidak lagi memerlukan kopi untuk "buang air" apabila mereka mula minum air lemon setiap pagi.
  6. Anda boleh melihat perubahan pada diri anda, kulit kelihatan lebih baik dan yang anda berasa kurang letih sepanjang hari.
Lain-lain cara untuk menikmati buah lemon ialah:
  • Buat air limau yang menyegarkan pada hari yang panas dibuat dari jus lemon, air, dan pemanis semula jadi pilihan. Tambah secubit garam laut untuk minuman bagi menggantikan elektrolit.
  • Anda boleh tambah lemon kedalam smoothie anda.
  • Gunakan jus lemon untuk perasa sup.
  • Anda pernah makan lemon dengan asam kecut? Sedap kan...
Kerosakan hati, keracunan hati, kanser hati dan pelbagai penyakit hati selalunya mendatangkan kesang yang serius pada badan anda. Ambil peluang keemasan yang ada dari lemon ini, ianya mudah dan tak mahal. Sungguh mudah untuk mendapatkan hati yang sihat dan badan secara amnya dengan hanya menggunakan lemon.

Saturday, 28 July 2012

Bagaimana Cara Mendapatkan Kulit Yang Cantik?


Kulit yang cantik dan sihat akan menceriakan anda

Kulit yang cantik dan sihat bukan saja menjadi idaman wanita malah lelaki juga. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.
Salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat ialah dengan menjaga pemakanan atau diet anda.

Untuk kesihatan dan kecantikan kulit pastikan diet anda mengandungi vitamin dan nutrien berikut:

  1. VITAMIN A: Membantu mengelakkan kulit dari menjadi kering. Vitamin ini berfungsi untuk penjagaan dan untuk memperbaiki tisu kulit. Banyak terdapat dalam hati haiwan, telor, salmon dan tomato.
  2. VITAMINS B: Sangat penting untuk memastikan kulit yang sihat dan cantik. Vitamin B1 (thiamine) memastikan kulit mendapat zat yang diperlukan dan kelihatan kemerah-merahan dengan memastikan pengaliran darah yang normal. Sumber utama Vitamin B ialah kekacang dan legume.
  3. VITAMIN C: Adalah sejenis antioksida yang akan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan struktur sel kulit. Kerosakan ini akan memecahkan kolagen yang terdapat pada kulit yang muda. Paling sesuai untuk dimakan ialah lada benggala, brokoli dan sayur berdaun hijau gelap.
  4. SELENIUM: Selenium dan copper dapat mengurangkan sunburn pada kulit anda. Sebagaiman diketahui kerosakan dari pancaran cahaya matahari amat kerap berlaku pada kulit anda. Selenium, copper dan zink boleh didapati dari bijirin penuh, makanan laut, telor, tiram dan daging tanpa lemak.


Dapatkan Vitamin A, B, C dan selenium anda setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.


Wednesday, 29 June 2011

5 Cara Mudah Menjaga Kesihatan & Kecantikan Kulit

Kesihatan dalaman memang tidak dapat disangkal lagi perlu untuk mendapat kulit yang cantik, sihat & awet muda. Pepatah lama ini "Anda adalah apa yang anda makan" adalah amat benar sekali.

5 Cara Mudah Untuk Diamalkan untuk mendapat kulit yang sihat & cantik ialah:-

  1. Amalkan diet yang seimbang dan cara hidup yang sihat seperti tidak merokok & minum alkohol & melakukan senaman yang konsisten. Selain dari menjaga kesihatan kulit, faktor ini dapat menjaga kesihatan secara keseluruhan.
  2. Gunakan pencuci untuk muka & badan (cuci muka & mandi) 2 kali sehari. Ada orang yang tak suka mandi, jadi tukar tabiat anda, mandilah demi kesihatan & kecantikan.
  3. Gunakan produk anti penuaan dengan betul. Sapu krim anti penuaan dulu sebelum krim pelembab dan lain-lain krim supaya ia berkesan kepada kulit anda.
  4. Gunakan pelembab pada kulit anda untuk menjaga kelembapan & mengelakkan kulit dari menjadi kering. Kulit yang kering lebih cepat menunjukkan tanda penuaan iaitu kedutan pada kulit.
  5. Gunakan pelindung matahari yang mengandungi SPF & PFA (untuk mengelakkan dari pancaran sinar UVB & UVA) setiap kali keluar rumah. Ini adalah amat penting untuk kesihatan kulit terutama kepada kita yang tinggal di kawasan tropika yang kaya dengan cahaya matahari.

Itu saja di antara tip-tip yang mudah untuk menjaga kesihatan kulit.

FACEBOOK
Become a Fan