Friday, 1 February 2013

6 Khasiat Lemon Untuk Kesihatan (Hati) Anda

Lemon sejenis buah yang masam dan sangat beralkali sangat baik untuk hati anda. Hati merupakan sebuah organ yang sangat sibuk berfungsi sebagai pengawas badan anda, menangani segala-galanya daripada menapis darah sehingga metabolisma karbohidrat, lemak dan protein boleh dibersihkan oleh lemon.

Lemon dijual dengan harga USD1 pada tahun 1849 bersamaan dengan USD30 hari ini, ketika California Gold Rush di Amerika.

Lemon menyejukkan, membuat pembersihan, detoksifikasi, meremajakan (awet muda), antimikrob, antiseptik dan anti mukus.

Anda hanya perlukan separuh buah lemon, perah jusnya ke dalam segelas air sejuk atau suam (jangan gunakan air ais). Minum pertama sekali selepas bangun pagi semasa perut kosong dan anda akan mendapat faedah berikut:
  1. Antioksidan. iaitu hesperitin, naringenin, fitonutrien flavonoid dan Vitamin C yang merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan membantu melindungi daripada kerosakan oleh radikal bebas.
  2. Alkali (Alkalizing). Pemakanan yang tinggi dengan gula, kanji, lemak dan protin menjadikan badan anda berasid. Walaupun jus lemon berasid, ia sebenarnya mempunyai kesan alkali. Ini disebabkan oleh kandungan mineral yang tinggi pada lemon seperti kalium, kalsium, magnesium dan fosforus.
  3. Membantu pencernaan. Segelas air dengan jus separuh lemon, diambil 20-30 minit sebelum makan, akan merangsang asid perut dan membantu penghadaman. Selain itu, ia sangat berguna jika anda duduk untuk makan banyak ketika keramaian atau meraikan sesuatu.
  4. Baik untuk hati. Lemon amat bermanfaat untuk hati kerana jus lemon menggalakkan pengeluaran cairan hempedu. Hempedu membantu untuk mengemulsikan lemak dan menghapuskan toksin dari badan. Lemon juga membantu hati menghasilkan lebih banyak enzim.
  5. Menggalakkan bowel movements (buang air). Sesetengah orang mengatakan mereka tidak lagi memerlukan kopi untuk "buang air" apabila mereka mula minum air lemon setiap pagi.
  6. Anda boleh melihat perubahan pada diri anda, kulit kelihatan lebih baik dan yang anda berasa kurang letih sepanjang hari.
Lain-lain cara untuk menikmati buah lemon ialah:
  • Buat air limau yang menyegarkan pada hari yang panas dibuat dari jus lemon, air, dan pemanis semula jadi pilihan. Tambah secubit garam laut untuk minuman bagi menggantikan elektrolit.
  • Anda boleh tambah lemon kedalam smoothie anda.
  • Gunakan jus lemon untuk perasa sup.
  • Anda pernah makan lemon dengan asam kecut? Sedap kan...
Kerosakan hati, keracunan hati, kanser hati dan pelbagai penyakit hati selalunya mendatangkan kesang yang serius pada badan anda. Ambil peluang keemasan yang ada dari lemon ini, ianya mudah dan tak mahal. Sungguh mudah untuk mendapatkan hati yang sihat dan badan secara amnya dengan hanya menggunakan lemon.

11 comments:

  1. Kalau buat air Lemonade sedap juga dengan cuaca panas beberapa hari ini.

    ReplyDelete
  2. memang sedap sangat buat minuman
    tambah lagi bila hari panas

    ReplyDelete
  3. baru saya tahu lemon ini berakhali. sebelum ini ingat masam berasid... terima kasih atas info tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hairul Hissam: Makanan beralkali bagus untuk kesihatan tidak seperti makanan yang berasid. Lebihkan makanan beralkali untuk kesihatan anda ;)

      Delete
  4. Memang sedap kalau dibuat minuman.

    ReplyDelete
  5. Mak suka lemon..tp buat kek or buat loaf ler. Kalo buat air, buat teh o lemon jep..

    Bila tgk bnyak gila khasiatnya utk kesihatan, baik mak praktikkan. Tq sha..:)

    ReplyDelete
  6. untuk pesakit metasis kanser hati boleh amalkan juga ke?

    ReplyDelete
  7. Saya guna lemon ni terutamanya bila buat cheese cake supaya seimbang rasa cheese, taklah rasa susu je. Lemon juga saya guna untuk masak 'sweet sour', tak payah guna sos sour plum. Lagi asli rasanya :)

    ReplyDelete
  8. thanks for the sharing info. banyak kelebihan lemon sebenarnya. kita patut makan buah lemon. but kna la ambil mengikut sukatan yang tertentu dan masa yang tertentu.

    ReplyDelete