Tenaga kadang-kadang atau selalu berkurangan bagi sesetengah orang. 10 cara untuk mendapatkan tenaga ialah:
Kekurangan tenaga atau keletihan berlaku jika anda mengidap penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, arthritis, anemia, penyakit thyroid, and masalah tidur (sleep apnea). Jumpa doktor untuk mengatasinya. Keletihan juga disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat untuk tekanan darah, antihistamin, diuretik, dan ubat-ubatan lain. Jumpa doktor anda jika anda mengalami keletihan setelah mengambilnya.
2) Lakukan Pergerakan atau Senaman
Senaman boleh meningkatkan kecekapan jantung, paru-paru, dan otot. Jika anda merasa letih cuba lakukan senaman untuk mendapatkan semula tenaga yang hilang walaupun ini perkara terakhir yang anda ingin lakukan sewaktu keletihan.
3) Lakukan Yoga
Senaman sememangnya boleh membantu anda berasa bertenaga dan yoga adalah antara yang terbaik. Kajian menunjukan walaupun anda sudah lanjut usia dan selalu kekurangan tenaga, yoga masih boleh membatu anda cergas semula jika dilakukan secara konsisten dan berterusan. Satu kajian ke atas lelaki dan wanita yang berumur 65 - 85 tahun yang melakukan yoga selama 6 bulan melapurkan berasa lebih sihat dan bertenaga.
4) Minum Banyak Air
Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan anda keletihan. Untuk mengetahui badan anda mendapat air yang cukup atau tidak ialah dengan melihat warna air kencing, jika ia berwarna kuning pucat kandungan air dalam badan mencukupi tapi jika warna lebih gelap maka badan anda kekurangan air.
5) Tidur Awal
Tak cukup tidur juga menyumbang kepada keletihan. Jadi tidur lebih awal untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan.
6) Ikan
Asid omega 3 dalam ikan bukan saja bagus untuk jantung anda tetapi juga memberi tenaga. Kajian menunjukan pengambilan minyak ikan selama 21 hari ke atas para sukarelawan menghasilkan tindak balas metal yang lebih cepat dan mereka dilaporkan berasa lebih bertenaga.
7) Ikut Waktu Biologi Badan Anda
Ada orang lebih bertenga di waktu pagi dan ada pula berasa lebih bertenaga di waktu petang. Ikut masa biologi badan anda untuk melakukan aktiviti anda.
8) Kurangkan Berat Badan
Pengurangan berat badan bagi anda yang mengalami masalah kegemukan sudah pastinya akan memberikan tenaga yang lebih. Untuk menurunkan berat badan, makan makanan seimbang, dan tingkatkan aktiviti fizikal.
9) Makan Lebih Kerap
Makan lebih kerap juga boleh membantu memberikan tenaga, tapi awasi jumlah dan jenis makanan yang diambil. Makan dalam jumlah yang sedikit setiap kali dan pilih makanan berserat tinggi dan rendah lemak setiap kali anda makan untuk mengelakkan peningkatan berat badan.
10) Mengambil Makanan Tambahan.
Pelbagai makanan tambahan pemberi tenaga terdapat di pasaran. Antranya ialah power boost dari IKSB. Ia diperbuat dari makanan sunnah dan amat sesuai untuk mereka yang selalu bergerak aktif dan ahli sukan. Kanak-kanak boleh mengambilnya dan sangat menggemarinya juga kerana rasanya yang sedap seperti perisa oren.
Untuk keperluan badan anda amalkan gaya hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang sesuai dan seimbang bagi mendapatkan keperluan tenaga.
Salam perkenalan
ReplyDeletelepakk.com: Salam perkenalan. Terima kasih sudi datang ke sini ;)
ReplyDelete