Showing posts with label Tenaga. Show all posts
Showing posts with label Tenaga. Show all posts

Thursday, 15 May 2014

9 Cara Holistik Untuk Meningkatkan Tenaga, Kekuatan dan Imunisasi (Kekebalan)

Anda ingin lebih bertenaga, berasa lebih kuat, dan mempunyai sistem imun yang sihat supaya mereka berasa lebih hebat. Amalkan gaya hidup berikut untuk lebih sihat dan bertenaga.


8 Cara Holistik Untuk Meningkatkan Tenaga, Kekuatan dan Imunisasi (Kekebalan) ialah:

1) Kekal Terhidrat (Cukup Air)

Badan anda terdiri dari kira-kira 70% air. Air sangat penting untuk pernafasan, metabolisme dan pencernaan untuk berfungsi secara optima. Minum air yang ditapis atau spring water (air dari sumber bawah tanah) dan makan makanan yang tinggi kandungan air untuk kekal terhidrat.

Air yang cukup dalam badan akan:
  • menggerakkan toksin dan bahan buangan keluar dari badan anda, 
  • membakar kalori dengan lebih cekap 
  • meningkatkan tahap tenaga anda secara semulajadi.


2) Makan makanan yang dikultur/diperam secara kerap

Makanan yang dikultur/diperam membekalkan badan anda dengan probiotik penyembuh, enzim dan nutrien utama untuk kesihatan yang baik.

Makanan yang dikultur/diperam akan:
  • Menyembuhkan sistem penghadaman anda, 
  • mengoptimumkan penghadaman supaya anda boleh mencerna makanan yang lebih baik
  • menghapuskan keinginan untuk gula 
  • membantu membersihkan badan anda
  • menguatkan sistem imun anda
  • meningkatkan tenaga anda



Smoothie hijau adalah makanan cecair yang mudah dihadam, rasanya sedap dan memberikan anda dengan rangsangan tenaga dan penghidratan. Smoothie hijau adalah gabungan sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan. Smoothie hijau adalah cara yang bagus untuk anda menikmati nutrisi makanan yang padat dengan nutrien. Minum smoothie hijau secara kerap, ia akan menguatkan sistem imun anda. 


4) Makan salad berdaun hijau gelap sekali atau 2 kali sehari dengan makan tengah hari dan/atau makan malam. 

Sayur-sayuran berdaun hijau dan sayur-sayuran seperti bawang, timun, lobak merah, saderi, dan radish kaya dengan air dan penuh dengan nutrien yang akan memberi anda lebih tenaga, kekuatan, dan imuniti yang lebih baik. Sayur-sayuran ini membekalkan sebahagian daripada nutrien penyembuhan termasuk protein, klorofil, vitamin, mineral, antioksidan, fitokimia, enzim, dan serat. 

Anda boleh menikmatinya dengan vinaigrettes atau dressing buatan sendiri yang mudah, dibuat menggunakan minyak zaitun cold pressed extra virgin atau minyak kacang/bijian mentah bersama jus limau segar atau cuka seperti cuka epal cider mentah.


5) Mengamalkan pemakanan prihatin/sedar.

Makan secara prihatin atau secara sedar membantu penghadaman dan penyerapan nutrien yang akan membantu membuat anda kuat dan bertenaga. Makan dalam sedar membantu anda untuk mengenali perbezaan antara kelaparan benar dan makan emosi.

Beberapa cara untuk mengamalkan pemakanan prihatin adalah untuk
  • bersyukur untuk makanan yang bagus yang anda akan nikmati. 
  • Berhenti untuk menarik nafas panjang selama beberapa minit sebelum makan. 
  • Nikmati rasa, warna, tekstur, dan bau makanan itu dan ambil masa untuk mengunyah perlahan-lahan. 
  • Jangan makan di hadapan televisyen.

6) Dapatkan tidur yang cukup dan nyenyak setiap malam. 

Tidur amat penting untuk kesihatan yang optimum. Tidur mempunyai kesan langsung ke atas kesejahteraan fizikal, emosi, dan mental anda. Tidur yang cukup membantu mengekalkan tahap tenaga yang tinggi pada siang hari dan meningkatkan sistem imun. 

8 tips untuk tidur malam yang nyenyak ialah: 
  1. matikan semua peralatan elektrik seperti televisyen dan komputer. 
  2. Pakai topeng mata untuk menghalang cahaya. 
  3. Jangan makan atau minum sebaik saja sebelum tidur. 
  4. Elakkan bersenam sebelum tidur. 
  5. Cuba kekalkan jadual tidur yang tetap. 
  6. Elakkan kafein, alkohol atau perangsang yang lain sebelum tidur. 
  7. Beli tilam yang selesa. 
  8. Meminimumkan bunyi dan suhu yang keterlaluan.

7) Kurangkan tahap tekanan/stres anda.

Tekanan yang tinggi akan mengurangkan tenaga dan mengganggu kesihatan anda. Melakukan sesuatu untuk mengurangkan tekanan akan menguatkan sistem imun dan membantu kesejahteraan emosi anda. 

Beberapa cara untuk melegakan tekanan ialah: Apabila anda berasa tertekan, berhenti apa yang anda lakukan, berehat sebentar, tarik nafas panjang selama 5 minit untuk menenangkan fikiran. Bersenam. 
Ambil masa untuk berehat dan melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri setiap hari. 
Kekal positif walaupun menghadapi kesukaran.


8) Kerap bersenam

Senaman mempunyai banyak faedah, antaranya adalah: 
  • memperbaiki mood, 
  • memastikan kecergasan, 
  • meningkatkan tenaga, 
  • membina otot dan tulang yang kuat, 
  • menguatkan sistem imun, 
  • mengurangkan risiko penyakit, 
  • melegakan tekanan

9) Buat pemilihan yang lebih baik untuk produk penjagaan diri dan pembersihan rumah

Mula gunakan produk mesra alam, organik dan produk semula jadi untuk badan dan rumah anda. Ini akan mengurangkan beban toksik pada badan anda dan juga bumi kita.

Anda ingin kenalan anda juga meningkatkan tenaga, kekuatan dan imunisasi mereka? Klik like & share di bawah.


Sunday, 24 February 2013

10 Cara Untuk Mendapatkan Tenaga Anda Kembali

Tenaga diperlukan untuk pergerakan dan segala aktiviti harian anda. Amat penting sekali jika anda menjalani hidup yang aktif atau mempunyai kerjaya sebagai ahli sukan, sememangnya anda memerlukan tenaga.

Tenaga kadang-kadang atau selalu berkurangan bagi sesetengah orang. 10 cara untuk mendapatkan tenaga ialah:


1) Atasi Masalah Kesihatan

Kekurangan tenaga atau keletihan berlaku jika anda mengidap penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, arthritis, anemia, penyakit thyroid, and masalah tidur (sleep apnea). Jumpa doktor untuk mengatasinya. Keletihan juga disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat untuk tekanan darah, antihistamin, diuretik, dan ubat-ubatan lain. Jumpa doktor anda jika anda mengalami keletihan setelah mengambilnya.

2)  Lakukan Pergerakan atau Senaman

Senaman boleh meningkatkan kecekapan jantung, paru-paru, dan otot. Jika anda merasa letih cuba lakukan senaman untuk mendapatkan semula tenaga yang hilang walaupun ini perkara terakhir yang anda ingin lakukan sewaktu keletihan.

3) Lakukan Yoga

Senaman sememangnya boleh membantu anda berasa bertenaga dan yoga adalah antara yang terbaik. Kajian menunjukan walaupun anda sudah lanjut usia dan selalu kekurangan tenaga, yoga masih boleh membatu anda cergas semula jika dilakukan secara konsisten dan berterusan. Satu kajian ke atas lelaki dan wanita yang berumur 65 - 85 tahun yang melakukan yoga selama 6 bulan melapurkan berasa lebih sihat dan bertenaga.

4) Minum Banyak Air

Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan anda keletihan. Untuk mengetahui badan anda mendapat air yang cukup atau tidak ialah dengan melihat warna air kencing, jika ia berwarna kuning pucat kandungan air dalam badan mencukupi tapi jika warna lebih gelap maka badan anda kekurangan air.

5) Tidur Awal

Tak cukup tidur juga menyumbang kepada keletihan. Jadi tidur lebih awal untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan. 

6) Ikan

Asid omega 3 dalam ikan bukan saja bagus untuk jantung anda tetapi juga memberi tenaga. Kajian menunjukan pengambilan minyak ikan selama 21 hari ke atas para sukarelawan menghasilkan  tindak balas metal yang lebih cepat dan mereka dilaporkan berasa lebih bertenaga.

7) Ikut Waktu Biologi Badan Anda

Ada orang lebih bertenga di waktu pagi dan ada pula berasa lebih bertenaga di waktu petang. Ikut masa biologi badan anda untuk melakukan aktiviti anda.

8) Kurangkan Berat Badan

Pengurangan berat badan bagi anda yang mengalami masalah kegemukan sudah pastinya akan memberikan tenaga yang lebih. Untuk menurunkan berat badan, makan makanan seimbang, dan tingkatkan aktiviti fizikal.

9) Makan Lebih Kerap

Makan lebih kerap juga boleh membantu memberikan tenaga, tapi awasi jumlah dan jenis makanan yang diambil. Makan dalam jumlah yang sedikit setiap kali dan pilih makanan berserat tinggi dan rendah lemak setiap kali anda makan untuk mengelakkan peningkatan berat badan.

10) Mengambil Makanan Tambahan.

Pelbagai makanan tambahan pemberi tenaga terdapat di pasaran. Antranya ialah power boost dari IKSB. Ia diperbuat dari makanan sunnah dan amat sesuai untuk mereka yang selalu bergerak aktif dan ahli sukan. Kanak-kanak boleh mengambilnya dan sangat menggemarinya juga kerana rasanya yang sedap seperti perisa oren.

Untuk keperluan badan anda amalkan gaya hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang sesuai dan seimbang bagi mendapatkan keperluan tenaga.