Thursday, 8 March 2012

10 Keburukan Akibat Dari Kekurangan Tidur.

Elakkan kekurangan tidur untuk kesihatan anda.
Kekurangan tidur adalah masalah kesihatan yang biasa berlaku kepada pekerja-pekerja shif seperti pemandu lori, bas, kapalterbang, pekerja kilang, pekerja hotel, pekerja berpakaian seragam dan sebagainya. Untuk mendapatkan tidur yang lena cuba elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi.

Tidur selama 8 jam amat disyorkan untuk kesihatan anda.

Menurut kajian, kekurangan tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti:-

  1. Berbanding wanita yang tidur 8 jam sehari, risiko untuk mendapat penyakit jantung meningkat dengan kekurangan tidur. 7 jam tidur risiko meningkat 10%, 6 jam tidur risiko meningkat 20%, 5 jam tidur risiko meningkat 50%.
  2. Jika terlebih tidur contohnya 9 jam risiko juga meningkat sebanyak 38%.
  3. Setiap 1 jam kekurangan tidur setiap malam akan meningkatkan deposit kalsium dalam saluran darah arteri sebanyak 16%.
  4. 27% daripada mereka yang tidur kurang dari 5 jam setiap malam menampilkan plak berlemak  (atherosclerotic plaque) pada jantung.
  5. 11% daripada mereka yang tidur 5 hingga 7 jam setiap malam menunjukkan penyekatan aliran darah.
  6. Hanya 6% daripada mereka yang tidur lebih 7 jam setiap malam mengalami penyekatan aliran darah  (atherosclerosis).
  7. Tidur dalam jangkamasa yang pendek menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah pada kadar purata selama 24 jam yang menyebabkan sistem kardiovaskular berfungsi pada tekanan tinggi. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan jantung dan otak. Tidur yang mencukupi perlu untuk membenarkan jantung berdegup perlahan dan tekanan darah boleh menurun pada kadar yang sewajarnya untuk jantung manusia berfungsi.
  8. 24% individu yang tidur waktu malam yang kurang dari 5 jam lebih mudah mendapat stress atau tekanan melampau berbanding hanya 12% bagi yang tidur 7 hingga 8 jam.
  9. Semakin singkat waktu tidur seseorang , semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah obesiti.
  10. Berjaga pada waktu malam juga akan akan meningkatkan selera makan pada waktu malam dan ini akan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diingini.
Untuk kesihatan anda cubalah elakkan masalah kurang tidur, seboleh-bolehnya carilah masa 8 jam untuk tidur yang sihat.

20 comments:

  1. tidur juga satu keperluan yang mesti dipenuhi
    ada orang ganti tidur pada hari cuti
    boleh jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya ada dengarjugak, kalau tak cukup tidur kira macam kita ada hutang. Hutang tidur perlu dibayar. Kalau ada hari cuti atau ada masa cubalah bayar hutang tidur ni ;)

      Delete
  2. kurang tidao boleh membawa pelbagai penyakit...

    ReplyDelete
  3. Saya kalau kurang tidur akan berasa pening kepala. Salah satu punca kemalangan Challenger NASA adalah saintis yang bekerja 24jam tidak cukup rehat antara yang dikenalpasti punca kemalangan Challenger meletup diudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kubiomed: Betul sangat tu. aAmalkan cukup tidur untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain. Paling tidak pun untuk keselamatan di jalan raya betul ke?

      Delete
  4. askm. untuk dapat tidur 8jam, cthnya kena mula tidur 10pm utk bangun 6am. sejujurnya susah juga nak mula tidur 10pm, mungkin inilah risiko yg kena hadapi. terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Denaihati: Wsalam ;)
      Sama-sama ada masa tu cubalah cukupkan tidur kita kan.

      Delete
  5. hari biasa tido dalam 6 jam je, tapi kalau hari cuti... entah berapa jam pulak, keh3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. padin: Ye ke? Semoga padin mendapat tidur yang cukup jugak nanti.

      Delete
  6. Nak tanye klu x ckup tyto bleh x daya ketahanab turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous: Ya, daya ketahanan badan kepada penyakit akan turun (berkurangan) jika tak cukup tidur.

      Delete
  7. saya student lagi, saya boleh tdo kdg2 3 2 hari jgk laa , sy tak tahu knpa??

    ReplyDelete
  8. betul tu. ada kes kematian kerana x cukup tidur. badan kita perlu rehat yg cukup. kita perlu tidur sekurang kurangnya 5 jam sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang tidur punca sakit jantung.. Sakit jantung boleh menyebabkan kematian..

      Delete
  9. Kadang sy boleh tido smpi 2 hari. Xrsa lapar x rsa apa.. Xtau la knapa..

    ReplyDelete
  10. Sy student, tp masa tidur tu kurang sangat.kdg2 smpai 2hari tak tido sbb buat assignment.

    ReplyDelete
  11. Selalu sangat kurang tidur. Entah kenapa. Tapi bila bngun dari tidur saya kena ambil panadol. Rasa okaylah lepas tu. Datng pula sahabat ni tegur mkan panadol tiap hari��. Sy terima dgn hati terbuka teguran dia.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih perkongsian ini :) Sebenarnya sy sendiri tidak konsisten utk tidur malam 8 jam sehari. Rasa susah sbb malam selalu ada movie yg menarik di TV. Kalau pg selepas subuh sy biasa tak sambung tidur lagi, sbb kurang baik kan. Rasa nak qada tidur waktu siang tapi x juga tidur sbb rasa rugi pula tidur 😂😂

    ReplyDelete