Saturday 25 February 2012

Kuih Tradisional di Kuantan.

Pok Su dan Mok Su membuka gerai makanan mereka di Peramu, Kuantan, Pahang.

Jika anda ke Kuantan, Pahang, jangan lupa ke gerai kuih-muih Poksu dan Moksu di Jalan Kuantan-Penor, Peramu, Kuantan Pahang. Terdapat 30 jenis kuih-muih tradisional dan 20 jenis makanan tradisi Pahang seperti nasi dagang, nasi minyak dan laksa pahang. Kuih-muih yang dijual di sini tak mahal dan sedap pula.

Diedit dari: New Straits Times

Wednesday 22 February 2012

Tip Membeli Smartphone (Telefon Pintar)

Jika anda sedang mencari-cari smart phone dan tak tahu nak pilih yang mana satu di sini ada beberapa tip bagi membantu anda membuat pilihan.
Anda boleh membuat pilihan bergantung kepada faktor-faktor berikut:

  1. GHz (kelajuan processor atau otak smartphone): GHz adalah singkatan kepada gigahertz, ia menunjukkan kelajuan processor smart phone anda. Kepantasannya bertukar dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain serta kelajuannya melayari internet. Sekarang ini kebiasaannya smartphone akan datang dengan kelajuan 1GHz ke atas.
  2. RAM (prestasi): RAM diukur dalam unit MB (megabytes) menentukan berapa banyak aplikasi yang anda boleh gunakan dalam sesuatu masa tanpa melambatkan/memperlahankan telefon anda. Jika anda hanya ingin melayari internet dan membuat panggilan 256MB sudah mencukupi. Jika anda suka menggunakan pelbagai aplikasi, bermain game serta melayari internet pilih sekurang-kurangnya 512MB.
  3. GB (penyimpanan atau storage): Di ukur dalam unit GB atau gigabytes.Ada 2 jenis penyimpanan iaitu~Intergrated- ini adalah bentuk penyimpanan yang sudah ada pada smartphone tersebut dan tidak           boleh ditambah atau dikurangkan dan Expansion slot- untuk memori kad mudah alih seperti microSD, SD atau miniSD memiliki memori dari 2GB hingga 34GB. Jika anda ingin menyimpan banyak video, lagu, aplikasi dan game anda perlu memiliki GB yang lebih besar.
  4. MP (Kualiti kamera): MP adalah singkatan kepada megapixel. Semakin tinggi MP semakin baiklah kualiti gambar yang diambil oleh smartphone tersebut. Smartphone kini biasanya biasanya mempunyai 2MP - 16MP.
  5. 3G atau 4G (Data selular dan kelajuan internet): Diukur dalam unit Kbps dan Mbps. 3G atau 4G merujuk kepada kelajuan data selular anda atau berapa cepat sambungan internet telefon melalui rangkaian pilihan anda. Kelajuan 3G biasanya ialah dari 144Kbps - 2.4Mbps. Kelajuan 4G lebih laju iaitu dari 1Mbps - 25Mbps berbeza dari negara ke negara dan jenis service provider. 4G dijangka akan mencapai kelajuan 100Mbps pada masa depan.

TIP MEMILIH SMARTPHONE
  • Cuba sebelum beli. Pilih telefon pintar yang paling selesa dengan anda. Sebelum membayar harganya cuba dulu untuk mengambil gambar, menghantar sms, buat panggilan, muat turun aplikasi dan melayari internet.
  • Fokus pada ciri-ciri yang anda perlukan. Tentukan yang mana lebih penting untuk anda (jangkahayat bateri yang panjang, kamera yang bagus, kelajuan internet (WiFi & 3G atau 4G), harga, sistem operasi yang mudah digunakan, aplikasi, game, email). Ini akan membantu anda memilih handfon yang anda perlukan.
  • Pilih sistem operasi (operating system). Sistem operasi untuk smartphone termasuklah Google's Android, Apple's  iOS, Microsoft's Windows Phone dan Research in Motion's BalckBerry Platform. Memilih sistem operasi atau lebih dikenali sebagai smartphone "OS" hampir-hampir lebih penting dari pemilihan telefon itu sendiri kerana ia menentukan cara anda menggunakan smartphone anda.
  • Lakukan penyelidikan. Selepas memilih beberapa model yang anda betul-betul minat. Selidik di internet dengan carian untuk ulasan smartphone. Lihat  ulasan "hands on" pada blog teknologi seperti TechCrunch, ambang, Gizmodo, WentureBeat, ReadWriteWeb, AllThingsD, Engadget, Mashable, CNET dan Web Next untuk maklumat yang komprehensif mengenai telefon pintar yang anda minat.
  • Membeli-belah dengan kawan yang lebih tahu. Jika boleh bawalah kawan yang mempunyai kemahiran "tech-savvy". Ini boleh mengelakkan dari anda terbeli smartphone yang mempunyai teknologi yang sudah lapuk pada harga yang tinggi. Jika anda tidak mempunyai kawan layari website seperti www.decide.com dan http://shop.retrevo.com yang boleh membantu anda memilih peranti yang betul pada harga yang betul pula.
  • Microsoft baru saja melancarkan handy guide yang menjelaskan tentang asas dan hardware specs untuk smartphone.
  • Lawati  http://www.pcadvisor.co.uk/news/mobile-phone/3253882/buyers-guide-the-ultimate-guide-to-smartphone-specs/ dari PC Advisor.

Friday 17 February 2012

Surah-surah & Fadhilatnya

 ۞  Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
 ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
 ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
 ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
 ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ... ...
 ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
 ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
 ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
 ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
 ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
 ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
 ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
 ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
 ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
 ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
 ۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
 ۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG

From: http://www.facebook.com/efy.sofhian

Thursday 16 February 2012

Kedudukan Semasa Kilat (Lightning Crouch)

Kedudukan semasa kilat jika anda tiada tempat yang lebih baik untuk keselamatan & untuk berlindung.
Diagram: connectmidmissouri.com
Keselamatan diri anda semasa berlaku ribut petir atau semasa kilat sambar menyambar adalah penting juga untuk dijaga.

Dulu ahli sains mengesyorkan kita berbaring flat di atas tanah jika tiada tempat perlindungan yang lebih baik untuk keselamatan anda. Tapi langkah ini didapati membahayakan keselamatan anda kerana jika kilat menyambar di kawasan berdekatan anda, tenaga elektrik dari kilat mungkin akan mengalir masuk ke badan anda dan menyebabkan kejutan elektrik.

Kedudukan Lightning Crouch ini berguna bila:

  • Bila anda berada dalam ribut petir dan kilat sabung-menyabung tapi tiada tempat berteduh.
  • Bila anda nampak rambut orang berdekatan anda menjadi tegak atau kembang.
  • Waktu flash to bang (waktu antara kilat dan bunyi guruh) terlalu singkat. Setiap 5 saat mewakili 1 batu jauhnya kilat dari anda. Jika 15 saat bersamaan dengan 3 batu. Sehingga jangkamasa 30 saat anda masih berada dalam kawasan bahaya. Kilat boleh berlaku walaupun tiada hujan dan langit biru.
Praktis lightning crouch kerana ia tidak mudah untuk dilakukan demi keselamatan anda. Contohnya: dengan cara bertanding dengan kawan-kawan anda siapa yang boleh buat paling lama.


Wednesday 15 February 2012

Kek Pandan Marmar

Kek Pandan Marmar
Foto: http://www.tiffinbiru.com/

Yang paling menarik Kek Pandan Marmar dari  dari Che Mat Gebu ini menggunakan cara one bowl method iaitu dengan cara memasukkan semua bahan ke dalam mixing bowl. Resepi asal menggunakan 8 biji telor tapi resipi Che Mat Gebu ni menggunakan 4 biji telor iaitu 1/2 adunan saja. Cubalah...


BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega, cair dan sejukkan
125 gram gula kastor
125 gram tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A
1/2 camca besar ovallate
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca besar coklat emulco
1 camca besar serbuk koko
1/2 camca besar pes pandan
Badam cincang untuk hiasan (optional)
Dusting powder @ gula aising untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 7 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste, kacau rata. Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati. Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.
  4. Tabur dengan badam cincang, dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dan terbalikkan atas jaringan, buang kertas alas dan biar kek sejuk. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan, jika suka. Boleh dihidangkan.

Tuesday 14 February 2012

Ex-cart Alat perangkap karbon

Ex-cart.
foto: http://pistongear2-png2.blogspot.com
Kesihatan dan keselamatan tidak dapat dipisahkan. Ex-cart alat untuk memerangkap karbon dari enjin kenderaan telah direka oleh kumpulan Piston and Gear (PnG), DBKL.

Karbon yang berlebihan dihasilkan oleh kenderaan yang uzur, muatan berlebihan, servis dan maintenance yang tak teratur boleh mengganggu kesihatan. DBKL mempunyai banyak kenderaan diesel. Ex-cart dihasilkan setelah melihat pencemaran yang boleh mengganggu kesihatan yang dikeluarkan dari kenderaan diesel.

Ketika berada di kilang memproses padi,  kumpulan Piston and Gear mendapat idea dari proses pemisahan sekam padi da beras untuk memisahkan karbon dari asap kenderaan.

Ex-cart dipasang selepas ekzos penyenyap (silencer), sebelum ini ia pernah dipasang sebelum silencer tapi tindakan ini menyebabkan tekanan yang tinggi dalam enjin.

Ex-cart dipasang pada kenderaan yang berusia melebihi 7 tahun. Kebiasaannya sebanyak 0.5kg karbon akan dikutip bagi setiap 5,000 km perjalanan.

Ada kemungkinan ex-cart akan dipasarkan untuk kegunaan awam kerana terdapat permintaan dari bas-bas sekolah dan lain-lain kenderaan yang telah agak lama digunakan untuk memerangkap karbon yang mencemarkan alam sekitar dan mengganggu kesihatan.

Ex-cart digunakan untuk mengutip karbon setelah ia dihasilkan, terdapat juga sejenis alat yang mengurangkan pembentukan karbon dan mengoptimakan penggunaan diesel dan petrol. Bukankah ianya lebih baik untuk alam sekitar dan kesihatan? Ingin tahu lebih lanjut? Sila tulis pada komen di bawah.

Monday 13 February 2012

Ketagihan Internet Boleh Mengubah Otak

Jangan terkejut jika ada orang ketagih Internet 
Ibubapa yang tak berapa kisah tentang kesihatan anak-anak mereka yang menghabiskan banyak masa di internet mungkin perlu menimbangkan kembali hal ini.

Otak penagih internet boleh mengalami masalah kesihatan iaitu perubahan kimia yang sama seperti penagih alkohol dan penagih dadah, mengikut kajian terbaru dari China yang diumumkan 2 minggu lepas.Ia adalah fenomena yang sama yang berlaku dalam otak orang-orang yang ketagihan arak dan lain-lain gangguan kawalan impuls, seperti perjudian kompulsif.

Mereka akan cuba berbohong, memberikan pelbagai alasan dan berdalih semata-mata untuk dapat ke internet. Awasi kesihatan otak anak anda supaya tidak menjadi penagih internet.

Sunday 12 February 2012

Kerap Bersenam Untuk Kesihatan

Pekerja pejabat juga boleh bersenam dengan melakukan "desk stretch"
Untuk kesihatan, bersenam yang kerap adalah lebih baik daripada sekali-sekala tapi secara berlebihan.

Jika anda melihat evolusi aktiviti fizikal yang disyorkan untuk kesihatan, 10 atau 15 tahun yang lalu ialah senaman intensif 3 kali seminggu. Kini pakar-pakar kesihatan mendapati seseorang perlu aktif secara fizikal sekurang-kurangnya 5 kali seminggu selama 30 minit.

Aktiviti untuk kesihatan ini tidak perlu difahami sebagai latihan senaman yang formal, tetapi boleh menjadi, sebagai contoh, berbasikal untuk ke tempat kerja, berjalan kaki sambil mengambil angin di waktu petang, berkebun, atau melakukan  “desk stretches” di pejabatj juga bagus untuk kesihatan..

Sebarang pergerakan atau aktiviti sama saja bagi sel-sel badan samada anda melakukan senaman atau hanya berbasikal ke tempat kerja, sel hanya tahu bahawa ia perlu menjana tenaga.

Jadi selalulah gerakkan badan untuk kesihatan.

Saturday 11 February 2012

Gerakkan Badan Untuk Kesihatan.

Pergerakan atau senaman amat penting untuk kesihatan anda
Pergerakan badan adalah penting untuk kesihatan. Tubuh manusia adalah satu struktur bio mekanikal yang sangat kompleks yang di reka untuk bergerak. Tanpa pergerakan tubuh manusia akan merosot.

Kata-kata "Use it or lose it" amatlah benar untuk tubuh manusia. Walaupun anda tidak bekerja atau sudah berhenti kerja cuba kekal sibuk dan aktif selalu demi kesihatan anda.

Apabila otak 'tidak digunakan, anda mula kehilangan ia'. Ia akan menjadi pelupa, nyanyuk dan tidak secerdas dulu.

Begitu juga dengan kesihatan otot anda. Otot yang tidak digunakan akan mula merosot/hilang atau atrophi. Apabila atrophies otot berlaku, seseorang akan mula kehilangan kekuatan, kuasa, kelajuan dan mobiliti pergerakan.

Tendon dan ligamen akan menjadi kurang elastik, sehingga menyebabkan pergerakan sendi dan anggota badan menjadi ketat dan pergerakan menjadi terhad dan mungkin sakit.

Senaman merupakan salah satu cara utama untuk melakukan pergerakan demi kesihatan.

Friday 10 February 2012

Kesihatan: Sebab dan Akibat

Untuk kesihatan, amalkan pemakanan seimbang dan bersenam 30 minit sehari.
Gambar: shashacatering.com
Untuk kesihatan anda disyorkan makan oat dan melakukan senaman 30 minit setiap hari tapi semuanya seakan-akan terbiar.

Jadi apa kata mulai hari ini mulakan makan oat dan lakukan senaman 30 minit setiap hari demi kesihatan anda.
Mengapa? Cuba fikirkan ini.
Jika anda membeli sebuah kereta dan inginkan ia masih berjalan dengan lancar selepas 10 tahun, sudah tentu anda akan membelanjakan wang dan masa untuk servis berkala dan penjagaan kereta tersebut. Masuk akal kan?

Begitu jugalah dengan kesihatan badan anda, jika anda ingin hidup katalah selama 100 tahun, anda perlulah melabur usaha dan masa untuk mengekalkan dan menjaga diri anda.

Itu semua persamaan kesihatan yang mudah atas sebab dan akibat: Jika: anda minum, hati anda gagal perlahan-lahan; anda merokok, paru-paru anda gagal, jika anda gemuk atau obes hari ini, anda mungkin makan berlebihan dan tidak menggerakkan badan anda dengan banyak sehingga saiz anda jadi begini.

Jika 100 tahun merupakan titik noktah hidup anda, apakah tahap kesihatan dan kecergasan anda ketika anda berumur 60 tahun? Fikirkannya.

Thursday 9 February 2012

Metro Network, Moscow Yang Cantik dan Unik

Salah satu stesen di rangkaian Metro Network, Moscow.
Foto: nomaders.com
Bandar Moscow, selain dikenali sebagai bekas ibu negara komunis juga sebuah bandar yang bersejarah dan unik. Metro Network atau rangkaian keretapi bawah tanah mempunyai stesen-stesen yang sungguh indah dan unik.

Metro Network di Moscow mempunyai stesen-stesen yang paling cantik di dunia dilengkapi dengan lampu antik, hiasan kaca berwarna dan dinding marmar.

Diktator Soviet, Joseph Stalin pada masa itu telah mengarahkan artis dan arkitek membina "istana yang indah untuk rakyat". Pada tahun 1935, 13 stesen yang pertama dibuka, Metro Network Moscow dijulang sebagai kejayaan utama seni bina untuk kerajaan Soviet Union.

Diantara stesen-stesen yang paling indah untuk dikunjungi ialah Komsomolskaya, Novoslobodskaya, Elektrozavodskaya dan Arbatskaya di rangkaian Metro Network, Moscow.

Wednesday 8 February 2012

Rumah Api KTM Tumpat

Rumah api KTM Tumpat bukan ini.
Satu-satunya stesen KTM yang mempunyai rumah api ialah Stesen Keretapi Tumpat, Kelantan. Rumah api KTM Tumpat yang bersejarah ini telah dibina pada tahun 1950an untuk kemudahan kapal-kapal yang belayar kerana dahulunya Tumpat adalah sebuah bandar pelabuhan yang masyhur di sekitar tahun 1900an..

Rumah-rumah api dibina ditempat-tempat strategik bagi kemudahan para pedagang atau pelayar keluar masuk ke pelabuhan khususnya di waktu malam.

Sebelum itu terdapat sebuah rumah api lama yang diperbuat daripada kayu yang dibina pada awal 1900an terletak di Padang Mahkota, Tumpat. Rumah api lama setinggi 30 kaki yang dibina berbentuk empat segi dan meruncing ke atas dan dibuat pelantaian dibahagian atas sebagai tempat lampu ini telah dirobohkan bila rumah api baru siap dibina.

Rumah api KTM Tumpat yang ada sekarang terletak di kawasan stor KTM Tumpat, dibuat dari batu-bata dan berbentuk tirus ke atas setinggi 70 kaki. Ukurlilit bahagian bawahnya ialah 37’ 9". Tangga dibina di bahagian dalamnya untuk naik dan turun bagi memasang dan memadamkan lampunya.

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, rumah api KTM Tumpat ini dibina sebelum Perang Dunia ke-2 oleh pasukan marin bagi mengawasi perairan Tumpat.

Kini ia dengan perkembangan teknologi moden ia tidak digunakan lagi, tinggal sebagai sejarah dan untuk dilihat oleh para pelancong yang datang ke Tumpat ini.

Tuesday 7 February 2012

Resepi : Moist Chocolate Cake Kukus


Moist Chocolate Cake setelah ditopping.
Foto:http://cokelatmanisku.blogspot.com/

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair (fresh milk pon boleh)
1 cawan minyak masak/mentega cair (yan guna minyak jagung)
1 cawan gula castor ( gula pasir pon boleh)
1/2 cawan susu pekat manis


Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik


Bahan C
3 biji telur


Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.


Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.


Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.


Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.


from: http://cokelatmanisku.blogspot.com/

Monday 6 February 2012

Koko Mencegah Kanser Kolon

Pancutan cokelat kaya dengan koko. Koko  baik untuk kesihatan dan sedap  pula.
Cokelat memang sedap untuk dimakan, malah ia juga baik untuk kesihatan & dapat mempertahankan anda dari mendapat kanser kolon. Koko yang menjadi bahan utama dalam cokelat kaya dengan flavonoid dan antioksidan.

Mengikut 1 kajian kesihatan di Sepanyol,

  • koko boleh mempertahankan badan dengan mengganggu proses pembentukan sel-sel tumor.
  • koko juga boleh mempercepatkan proses "chemoprevention mechanism" (sistem yang membantu menghalang pembentukan kanser) iaitu proses semulajadi badan menggantikan sel-sel yang mati atau tak sihat dengan yang baru dan sihat.
Selama 8 minggu kajian telah dijalankan ke atas tikus yang sihat dengan memberi diet kaya dengan koko (12%) kemudian di "induced" dengan faktor yang menyebabkan kanser. Keputusan menunjukkan diet yang tinggi dengan koko mengurangkan "crypts" sejenis manisfestasi biasa untuk kanser kolon.

Jadi makanlah atau minumlah cokelat yang sememangnya kaya dengan koko untuk kesihatan kolon anda.

Saturday 4 February 2012

6 Keburukan Membaling Keretapi Yang Bergerak

Membaling batu ke arah keretapi yang bergerak satu perbuatan yang mengganggu keselamatan
Keselamatan keretapi samada monorel, lrt, komuter, mrt dan sebagainya boleh terjejas akibat terkena lontaran  batu atau sebarang objek keras kepada kereta api yang sedang bergerak.

Masalah keselamatan ini boleh:
  1. Memberi kesan serius dan kadang-kadang membawa maut. 
  2. Tingkah laku yang mengganggu keselamatan ini juga boleh menyebabkan kelewatan dalam jadual perjalanan keretapi tersebut.
  3. Mencederakan penumpang (mungkin pelancong asing) dan kakitangan yang bertugas terutamanya pemandu lokomotif (keretapi)
  4. Menyebabkan kerosakan harta-benda keretapi seperti cermin dan lampu pecah.
  5. Mewujudkan kos yang tak sepatutnya pada perkhidmatan keretapi.
  6. Menyebabkan orang-ramai merasa keselamatan tak terjamin.
Ia biasanya dilakukan oleh pelajar sekolah rendah atau menengah yang tidak memperdulikan keselamatan orang-lain hanya untuk bersuka-suka. Peranan ibu-bapa amat penting untuk mengatasi masalah keselamatan orang-ramai dan keretapi ini.

Kos untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan keretapi yang lebih baik kepada orang-ramai. Vandalisma yang memberi gangguan keselamatan ini boleh menghadapi hukuman setimpal jika tertangkap.

Friday 3 February 2012

Bergaya Dengan Palazzo

Bergaya santai dan relaks dengan palazzo.
Foto:bb-fashions.com
Bergaya dengan seluar panjang adalah salah satu jenis pakaian yang digunakan untuk menutup aurat oleh wanita Islam. Jika seluar ketat samalah macam tidak menutup aurat kan? Apa kata kita cuba seluar besar yang dinamakan Palazzo. Ia sesuai dipakai oleh semua peringkat, kurus atau gemuk bahkan wanita mengandung.


Seluar palazzo besar dan selesa.
Foto:dancefashionswarehouse.com
Sejenis seluar panjang longgar atau seluar besar yang menarik ialah Palazzo. Palazzo berasal dari pakaian untuk penari ballet. Ia sesuai digayakan ke majlis rasmi, ke pejabat mahu pun untuk bersantai. Cukup bergaya kan?