Anda boleh membuat pilihan bergantung kepada faktor-faktor berikut:
- GHz (kelajuan processor atau otak smartphone): GHz adalah singkatan kepada gigahertz, ia menunjukkan kelajuan processor smart phone anda. Kepantasannya bertukar dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain serta kelajuannya melayari internet. Sekarang ini kebiasaannya smartphone akan datang dengan kelajuan 1GHz ke atas.
- RAM (prestasi): RAM diukur dalam unit MB (megabytes) menentukan berapa banyak aplikasi yang anda boleh gunakan dalam sesuatu masa tanpa melambatkan/memperlahankan telefon anda. Jika anda hanya ingin melayari internet dan membuat panggilan 256MB sudah mencukupi. Jika anda suka menggunakan pelbagai aplikasi, bermain game serta melayari internet pilih sekurang-kurangnya 512MB.
- GB (penyimpanan atau storage): Di ukur dalam unit GB atau gigabytes.Ada 2 jenis penyimpanan iaitu~Intergrated- ini adalah bentuk penyimpanan yang sudah ada pada smartphone tersebut dan tidak boleh ditambah atau dikurangkan dan Expansion slot- untuk memori kad mudah alih seperti microSD, SD atau miniSD memiliki memori dari 2GB hingga 34GB. Jika anda ingin menyimpan banyak video, lagu, aplikasi dan game anda perlu memiliki GB yang lebih besar.
- MP (Kualiti kamera): MP adalah singkatan kepada megapixel. Semakin tinggi MP semakin baiklah kualiti gambar yang diambil oleh smartphone tersebut. Smartphone kini biasanya biasanya mempunyai 2MP - 16MP.
- 3G atau 4G (Data selular dan kelajuan internet): Diukur dalam unit Kbps dan Mbps. 3G atau 4G merujuk kepada kelajuan data selular anda atau berapa cepat sambungan internet telefon melalui rangkaian pilihan anda. Kelajuan 3G biasanya ialah dari 144Kbps - 2.4Mbps. Kelajuan 4G lebih laju iaitu dari 1Mbps - 25Mbps berbeza dari negara ke negara dan jenis service provider. 4G dijangka akan mencapai kelajuan 100Mbps pada masa depan.
- Cuba sebelum beli. Pilih telefon pintar yang paling selesa dengan anda. Sebelum membayar harganya cuba dulu untuk mengambil gambar, menghantar sms, buat panggilan, muat turun aplikasi dan melayari internet.
- Fokus pada ciri-ciri yang anda perlukan. Tentukan yang mana lebih penting untuk anda (jangkahayat bateri yang panjang, kamera yang bagus, kelajuan internet (WiFi & 3G atau 4G), harga, sistem operasi yang mudah digunakan, aplikasi, game, email). Ini akan membantu anda memilih handfon yang anda perlukan.
- Pilih sistem operasi (operating system). Sistem operasi untuk smartphone termasuklah Google's Android, Apple's iOS, Microsoft's Windows Phone dan Research in Motion's BalckBerry Platform. Memilih sistem operasi atau lebih dikenali sebagai smartphone "OS" hampir-hampir lebih penting dari pemilihan telefon itu sendiri kerana ia menentukan cara anda menggunakan smartphone anda.
- Lakukan penyelidikan. Selepas memilih beberapa model yang anda betul-betul minat. Selidik di internet dengan carian untuk ulasan smartphone. Lihat ulasan "hands on" pada blog teknologi seperti TechCrunch, ambang, Gizmodo, WentureBeat, ReadWriteWeb, AllThingsD, Engadget, Mashable, CNET dan Web Next untuk maklumat yang komprehensif mengenai telefon pintar yang anda minat.
- Membeli-belah dengan kawan yang lebih tahu. Jika boleh bawalah kawan yang mempunyai kemahiran "tech-savvy". Ini boleh mengelakkan dari anda terbeli smartphone yang mempunyai teknologi yang sudah lapuk pada harga yang tinggi. Jika anda tidak mempunyai kawan layari website seperti www.decide.com dan http://shop.retrevo.com yang boleh membantu anda memilih peranti yang betul pada harga yang betul pula.
- Microsoft baru saja melancarkan handy guide yang menjelaskan tentang asas dan hardware specs untuk smartphone.
- Lawati http://www.pcadvisor.co.uk/news/mobile-phone/3253882/buyers-guide-the-ultimate-guide-to-smartphone-specs/ dari PC Advisor.
Gajet Smartphone macam spefikasi desktop PC. Kalau high performance spefikasi biasanya harga RM2++
ReplyDeleteKalau mau trendy pilih iPhone 4S kalau kerap tukar ambil jenama Samsung.
gud sharing shasa..
ReplyDeleteP/s: Mak ni, kalo nak tukar hp kan, 1st thing mak buat adalah pandangan pertama. Kalo cantik dimata, sedap pegang di tangan, baru mak belek benda2 lain..
Ich wurde unfreiwillig Ihr Kunde. Man achtet im Alltag auf viele Sachen. Doch an diesem Tag brach die Hektik ein. telefon dinleme programı
ReplyDelete