Thursday, 16 February 2012

Kedudukan Semasa Kilat (Lightning Crouch)

Kedudukan semasa kilat jika anda tiada tempat yang lebih baik untuk keselamatan & untuk berlindung.
Diagram: connectmidmissouri.com
Keselamatan diri anda semasa berlaku ribut petir atau semasa kilat sambar menyambar adalah penting juga untuk dijaga.

Dulu ahli sains mengesyorkan kita berbaring flat di atas tanah jika tiada tempat perlindungan yang lebih baik untuk keselamatan anda. Tapi langkah ini didapati membahayakan keselamatan anda kerana jika kilat menyambar di kawasan berdekatan anda, tenaga elektrik dari kilat mungkin akan mengalir masuk ke badan anda dan menyebabkan kejutan elektrik.

Kedudukan Lightning Crouch ini berguna bila:

  • Bila anda berada dalam ribut petir dan kilat sabung-menyabung tapi tiada tempat berteduh.
  • Bila anda nampak rambut orang berdekatan anda menjadi tegak atau kembang.
  • Waktu flash to bang (waktu antara kilat dan bunyi guruh) terlalu singkat. Setiap 5 saat mewakili 1 batu jauhnya kilat dari anda. Jika 15 saat bersamaan dengan 3 batu. Sehingga jangkamasa 30 saat anda masih berada dalam kawasan bahaya. Kilat boleh berlaku walaupun tiada hujan dan langit biru.
Praktis lightning crouch kerana ia tidak mudah untuk dilakukan demi keselamatan anda. Contohnya: dengan cara bertanding dengan kawan-kawan anda siapa yang boleh buat paling lama.


3 comments:

  1. Dari mana dapat informasi ini? Kawan saya dahulu kerjanya memantau pemasangan pencawang elektrik. Sebaga langkah keselamatan beliau ada berada didalam pencawang jika berlaku kilat.

    ReplyDelete
  2. Pertama kali aku baca maklumat dan tips ni
    Thanks

    ReplyDelete
  3. kalau kilat tutup telinga dan pejam mata ja yang tau...
    useaz kata jgn lupa baca doa kilat...

    ReplyDelete