Saturday 31 December 2011

Cara-cara Untuk Jayakan Azam Tahun Baru Anda

Semoga anda mencapai azam tahun baru 2012 dengan cemerlang!
Selamat pagi kepada anda semua. Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun ini, 31 Disember 2011.
Ramai orang mempunyai azam tahun baru masing-masing, akan tetapi kebanyakan orang tidak berjaya menunaikannya, kira-kira 90% tidak dapat mencapai azam mereka. Salah 1 cara untuk mencapainya ialah dengan meletakkan azam yang realistik.

Bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru yang realistik?
  1. Semak semula azam anda. Buat hanya azam yang betul-betul anda inginkan.
  2. Sasarkan pada perkara-perkara yang benar-benar penting dan boleh memberi perubahan positif dalam hidup anda
  3. Pastikan matlamat anda boleh dicapai. Berhati-hati, jangan membuat azam yang melampau
  4. Bayangkan diri anda telah mencapai matlamat dan bagaimana ia akan mengubah hidup anda. Bayangkan apa perasaan anda setelah berjaya mencapainya. Jika anda tidak sabar lagi untuk bermula, sudah tiba masanya untuk bermula dari sekarang....

Sebaik sahaja anda telah memberikan diri anda Azam Tahun Baru yang realistik, langkah seterusnya adalah untuk berusaha mendapatkannya. Kebanyakan azam tahun baru tidak berjaya kerana orang berhenti sebaik sahaja mereka telah membuat azam.

Berikut adalah 7 cara untuk mencapai Azam Resolusi Tahun Baru anda:

1. Bermula dengan minda yang positif - percaya anda boleh mencapai matlamat anda

2. Tentukan matlamat anda - Ramai orang membuat kesilapan yang menetapkan matlamat umum, buat azam yang spesifik. Jadikan matlamat anda tepat dan jelas. Tuliskannya. Ini menjadikan matlamat anda komitmen rasmi

3. Jangan buat terlalu banyak matlamat - Walaupun anda mungkin mempunyai senarai yang panjang Resolusi Tahun Baru, pilih matlamat yang berbaloi dan tumpukan segala tenaga anda ke atasnya.

4. Pecahkan azam anda - Pecahkan azam tahun baru anda kepada beberapa matlamat yang lebih kecil dan pecahkan tarikh pencapaiannya sepanjang tahun.

5. Tetapkan pencapaian pertengahan - Bagi setiap matlamat yang cukup besar, menetapkan beberapa peristiwa penting sebagai perantaraan untuk menjejaki perkembangannya.

6. Nilai semula matlamat anda secara berkala - Bila masa berlalu, keutamaan anda mungkin berubah atau masalah yang tidak dijangka mungkin timbul. Anda perlu fleksibel dan biarkan matlamat anda berkembang. Semak semula plan anda cari strategi yang tidak berfungsi. Ubah dan laraskan plan anda, ubah suai pendekatan anda dan teruskan usaha anda.

7. Beri ganjaran kepada diri anda: Di sepanjang perjalanan mencapai matlamat anda, raikan kejayaan-kejayaan kecil anda. Ia adalah cara yang baik untuk membina keyakinan dan menguatkan semangat. Ini bukan saja membuat anda lebih bermotivasi tetapi juga bertindak sebagai gam untuk anda tetap lekat pada Azam Tahun Baru.

Mengalami kemerosotan merupakan salah satu sebab yang paling biasa mengapa orang berputus asa dalam mencapai Aza, Tahun Baru mereka. Ingat, untuk mengubah diri anda atau mencapai sesuatu yang mengambil masa dan kesabaran. Maka akan ada naik dan turun, anda akan menghadapi halangan di sepanjang jalan.

Apabila anda menghadapi saat-saat itu, ingatkan diri mengapa anda perlu mencapai matlamat tersebut. Kekal fokus, pastikan diri anda bermotivasi dan terus ambil langkah-langkah kecil untuk ke hadapan. Anda pasti akan mencapai matlamat anda.

Tahun Baru adalah masa yang baik untuk memulakan fasa baru dalam kehidupan anda.

"Tahun Baru tidak bererti kita harus mempunyai tahun baru. Ia adalah bahawa kita harus mempunyai jiwa yang baru,"

"Kita selalu gunakan 1 Januari untuk merangka senarai kerja yang perlu dilakukan, menyemak segala keretakan dalam kehidupan kita, untuk membaiki keretakan tersebut. Mungkin tahun ini, kita tidak perlu melihat kelemahan, tetapi melihat potensi "

Friday 30 December 2011

Yuran Istimewa Untuk ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi Warga Emas

U3A universiti khas untuk warga emas yang
berumur 55 tahun ke atas
Warga emas kini mendapat peluang untuk belajar di University of The Third Age Malaysia (U3A) di Institute of Gerontology, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. U3A adalah universiti yang diasaskan khas untuk warga emas.


Ia bermula pada tahun 2007 sebagai program perintis yang dikenali sebagai Inisiatif Pembelajaran sepanjang hayat untuk Warga Emas (LLIFE) yang dimulakan oleh Pengarah Institut Gerontologi, Profesor Dr Tengku Aizan Hamid. 


Sambutan menggalakkan daripada warga emas menyebabkan penubuhan U3A Malaysia setahun kemudian. Projek ini disokong oleh Kerajaan Malaysia dan United Nations Population Fund (UNFPA).


Buat masa sekarang U3A menawarkan 39 kursus bukan akademik yang meliputi pelbagai subjek, di antaranya ialah bahasa, seni dan kraf, berkebun, masakan secara sihat, berenang, perubatan tradisional Cina, kecergasan, komputer dan fotografi digital dan sebagainya.


Terdapat 2 semester dengan 3 bulan setiap semester. Peserta boleh mendaftar bagi 1-3 kursus setiap semester dengan yuran hanya RM80 untuk 1 kursus. Setiap kursus tambahan berikutnya berharga RM30 setiap satu. Pengajar terdiri dari tenaga pengajar UPM dan pakar-pakar industri dengan pelbagai bidang


Pengendalian program ini dibantu oleh satu kumpulan kecil sukarelawan yang diketuai oleh presidennya, Encik Azlan Hussain.


Untuk info lanjut sila klik di sini http://u3amalaysia.wordpress.com/

Tuesday 27 December 2011

Berbasikal Mengelilingi Melaka 2 Januari 2012

Jom kayuh basikal mengelilingi Melaka 2 Januari 2012
Berbasikal adalah salah satu cara untuk bersenam bagi menjaga kesihatan di samping menikmati keindahan alam dan mengurangkan pencemaran alam.

Anda suka berbasikal? Saya suka.. Kalau pergi melancung ke mana-mana saya akan cari basikal untuk disewa jika ada.

Kepada peminat basikal, ada 1 peluang menarik untuk berbasikal sempena sambutan tahun baru 2012 ini iaitu berbasikal mengelilingi Melaka. Ni menarik ni, di samping menunggang basikal untuk kesihatan, kita dapat juga menikmati pemandangan indah di Melaka.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua. Jadi kepada yang berminat, mari kita luangkan masa untuk berbasikal mengelilingi Melaka, pasti menyeronokkan dan berbaloi untuk kesihatan.

Sumber: Scoreboard TV3 12.30am 27/12/11

Thursday 22 December 2011

Wang Baru Malaysia 2012 Dilancarkan pada 21 Disember 2011


Beginilah rupa wang baru Malaysia 2012 yang dilancarkan pada 21 Disember 2011

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Siri Mata Wang Baru Malaysia semalam, 21 Disember 2011.

Reka bentuk wang kertas siri ke-4 dan terbaru ini menggunakan inspirasi dan ilham ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara Malaysia.


Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi seni tradisional dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Bahagian depan semua denominasi wang kertas masih mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.


Siri wang kertas yang mempunyai reka bentuk baru ialah nota RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Wang RM1 dan RM5 adalah dalam bentuk polimer, wang RM50 pula masih kekal dalam reka bentuk lama.


Mata wang RM20 telah diperkenalkan semula dalam Siri Mata Wang Baru dari Bank Negara Malaysia (BNM) setelah diberhentikan pengeluarannya pada tahun 1995 kira-kira lebih 16 tahun yang lepas.

Wang RM20 itu diberikan warna oren dan mengabadikan ilustrasi 2 jenis spesies penyu iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang hanya boleh didapati di perairan Malaysia. Ia juga melambangkan hidupan laut tropika negara Malaysia yang pelbagai serta berwarna-warni.


Wang kertas dan polimer yang bereka bentuk baru ini akan mula diedarkan pada bulan Julai 2012 manakala wang syiling baru iaitu 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang telah dilancarkan pada Julai 2011 yang lalu akan diedarkan pada Januari 2012.

Bersempena dengan pelancaran wang kertas ini, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan iaitu:

  1. 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) dijual pada harga RM15, 500,000,
  2. Koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 
  3. 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) dijual pada harga RM300.


Semua wang kertas peringatan tersebut menggunakan nombor siri yang sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi mereka yang berminat, sila dapatkan koleksi terhad ini di ibu pejabat BNM, Kuala Lumpur & cawangan-cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini. 










Duit syiling Malaysia siri ke-3


Duit syiling 50 sen
Ikon Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen baru ini amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka.

Duit syiling 20 sen
Ikon Bunga Melur
Bunga melur yang mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia dipaparkan pada duit syiling 20 sen baharu.

Duit syiling 10 sen
Ikon Motif Orang Asli
Warisan orang asli di Malaysia diabadikan dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Mari pada duit syiling 10 sen baru.

Duit syiling 5 sen
Ikon Destar Siga
Destar siga yang merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah, menjadi corak pada bahagian hadapan duit syiling 5 sen baru.


Sumber: www.hmetro.com.my dan BNM

Tuesday 20 December 2011

Gambar-gambar Gerhana Bulan 10 Disember 2011

Gerhana bulan penuh telah pun berlaku pada 10 Disember 2011 yang lalu seperti yang dijangkakan. Saya sempat mengambil beberapa gambar untuk tatapan kita semua dari Taman Cahaya, Ampang, Selangor, Malaysia. Jadikan gaya hidup pada malam gerhana ini lain dari yang lain contohnya: sembahyang sunat gerhana bulan.

Berikut adalah gambar-gambar gerhana bulan ketika ia bermula dan hampir berakhir.



Pukul 7.27 malam. Senja pada 10 Disember 2011 di Taman Cahaya, Ampang, Selangor. Matahari mula turun dan bulan akan muncul tak lama lagi. Gaya hidup malam akan bermula.
Pukul 9.32 malam. Gerhana bulan sudah bermula pada pukul 7.30 malam dan boleh dilihat bermula pukul 8.30 malam tadi. Sekarang dah 9.32 malam, awan mula berarak menutupi pemandangan di langit. Bulan sudah hilang di sebalik awan yang datang dengan satu gaya hidup.
Pukul 9.42 malam. Awan semakin menebal melitupi langit. Di sana-sini diselaputi awan seperti kapas makin banyak dibawa angin. Mungkinkah gerhana penuh pada pukul 10.30 malam nanti dapat saya lihat dan rakamkan? Harapnya begitulah gaya hidup pada malam ini...

Pukul 10.10 malam. Bulan gerhana mula kelihatan. Menjelang pukul 10.00 malam, kumpulan awan perlahan-lahan bergerak ke arah lain dan membenarkan bulan untuk mula kelihatan dan langit mula menjadi biru. Alhamdulillah...



Pukul 10.30 malam. Gerhana bulan penuh bermula selama kira-kira 1 jam. Gambar ini saya ambil dari tengah-tengah blok B. Kelihatan bulan seperti berada di celah-celah bangunan.


Pukul 10.32 malam. Masih gerhana bulan penuh di belakang blok B, berdekatan stesen LRT Cahaya. Awan nipis kelihatan seperti kepak yang besar membayangi sedikit bulan gerhana.


Pukul 10.35 malam. Zoom gambar bulan yang lebih dekat. Gerhana bulan penuh masih kekal.




Pukul 10.40 malam. Satu lagi zoom gambar gerhana bulan penuh 10 Disember 2011. Sungguh bermakna.


Pukul 10.44 malam. Zoom out untuk pemandangan langit ketika gerhana bulan penuh yang lebih luas. Kelihatan bulan gerhana penuh dikelilingi bintang-bintang di langit malam Taman Cahaya, Ampang, Selangor.



Pukul 11.19 malam. Gerhana bulan penuh sudah tamat dan sekarang dengan pantas gerhana bulan menjadi bulan sabit dan akan hilang terus dari pandangan kira-kira pukul 12 malam nanti.



Pukul 11.21 malam. Bulan gerhana semakin mengecil. Maaf, gambar goyang la pulak. Kelihatan gerhana bulan yang semakin mengecil di atas bangunan blok C, Taman Cahaya, Ampang.

Sunday 18 December 2011

Makanan Cina - Dim Sum dan Pau Halal

Nasi Daun Kiambang. Gambar dari: bestmaspastry.com
Makanan Cina memang sedap dan menjadi kesukaan banyak orang. Contohnya seperti dim sum, pau, nasi daun teratai, mee, sup dan sebagainya yang sangat menyelerakan. Tapi ada kadang-kadang kita tak dapat mencari makanan Cina yang halal dengan senang.

Sekarang sudah terdapat 1 syarikat makanan berstatus halal yang menjual makanan Cina yang halal iaitu Bestmas Pastry Trading. Bestmas Pastry Trading mengeluarkan makanan Cina seperti pelbagai jenis dim sum, pau, Loh Mai Kai, Lotus Leaf Rice (Nasi dalam daun teratai) dan lain-lain lagi.


Bestmas Pastry Trading telah ditubuhkan pada Oktober 2004. Matlamat Bestmas adalah untuk mengusahakan makanan halal seperti yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia disebabkan kekurangan makanan halal dalam pasaran negara.

Bestmas membuat dan memasarkan makanannya untuk pasaran tempatan. Selain daripada itu Bestmas juga  menyediakan dim sum untuk syarikat makanan franchise Only Mee dan kumpulannya di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Genting Highland.

Selain dari tu Bestmas membekalkan pelbagai dim sum untuk jenama Kart Frozen Food (Rebranding) yang dipasarkan di kebanyakan pasaraya dalam negara.


Sesiapa yang berminat untuk membuat perniagaan makanan Cina ini, Bestmas sedia membantu dengan menjadikan anda pengedar atau anda boleh membeli dan menjenamakan makanan tersebut dengan jenama anda sendiri. Untuk keterangan lanjut lawati http://bestmas-pastry.com/.

 Sekarang anda boleh menikmati makanan Cina yang sedap ni dari Bestmas. Jemput makan...

Wednesday 14 December 2011

Pertukaran DYMM Agung Pada 12 & 13 Disember 2011

DYMM Yang Dipertuan Agong Tengku Mizan dan permaisuri berangkat dari Istana Negara, Jalan Duta ke Dataran Parlimen untuk majlis perpisahan rasmi. Gambar dari: thesundaily.my

DYMM Yang Dipertuan Agong Tengku Mizan dan permaisuri menaiki pesawat Diraja untuk pulang ke Terengganu. Gambar dari: nst.com.my

Gaya hidup sentiasa berubah, begitu juga dengan Yang Dipertuan Agung, perlu bergilir setiap 5 tahun sekali. DYMM Yang Dipertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin mula menjalankan tugas sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia bersama DYMM Tuanku NUR Zahirah pada 13 Disember 2006 dan telah mengakhirinya pada 12 Disember 2011 yang lalu dan terus berangkat pulang ke Terengganu pada hari yang sama dengan menaiki pesawat khas diraja.

Keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Sultanah Kedah Tuanku Sultanah Haminah Hamidun di KLIA dengan pesawat khas diraja. Gambar dari: kebunketereh.com

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Sultanah Kedah Tuanku Sultanah Haminah Hamidun disambut ke KLIA dengan sambutan penuh adat-istiadat. Gambar dari: kebunketereh.com

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Sultanah Kedah Tuanku Sultanah Haminah Hamidun berangkat dari Dataran Parlimen selepas acara sambutan rasmi untuk ke Istana Negara. Gambar dari: kebunketereh.com


Pada 13 Disember 2011 Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di istana negara yang baru untuk kali ke-2. Pertama kali ketika baginda berusia 43 tahun dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Gaya hidup yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Baginda Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim, 84, telah dipilih dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober 2011 lepas, selama lima tahun bermula pada 13 Disember 2011 menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong sebagai gaya hidup di kalangan 9 Raja-raja Melayu telah bermula sejak kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Kedua-dua istiadat keberangkatan pulang dan perlantikan Yang  Dipertuan Agong kali ini adalah gaya hidup yang pertama seumpamanya dilakukan di istana negara yang baru sejak ia mula beroperasi pada 15 November 2011 yang lalu. Istana negara yang baru ini dibina dengan senibina bercirikan Islam dan tradisional Melayu di tanah seluas 96.52 hektar.

Monday 12 December 2011

Jalan berlubang (Potholes)

Keselamatan jalan raya mungkin tergugat dengan adanya jalan berlubang. Walaupun kereta berada dalam keadaan baik tapi jika termasuk ke dalam lubang yang cukup besar mungkin menyebabkan kemalangan atau kerosakan kenderaan. Lebih-lebih lagi jika kenderaan tersebut sedang bergerak laju.

Jalan berlubang ialah bukaan berbentuk seakan-akan mangkuk di jalan raya yang boleh menjadi sehingga 10 inci dalam dan boleh menggugat keselamatan. Ia disebabkan oleh jalan yang haus dan lusuh, luluhawa jalan raya dan kekerapan penggunaan jalan oleh kenderaan berat.

Mereka berlaku apabila lapisan atas jalan raya atau tar (asphalt), telah haus atau rosak dan mendedahkan asas konkrit.
Sebaik sahaja lubang terbentuk di jalan, ia boleh berkembang menjadi beberapa kaki , dengan air hujan mempercepatkan lagi proses dan menjadikan kurang keselamatan kenderaan tergugat, menjadi salah satu punca utama kemalangan kereta.

Jalan berlubang memberikan tekanan yang besar ke atas sistem suspension and penyerap hentakan/shock absorbent (yang menyerap kebanyakan kesan bonggol jalan dan jalan berlubang).

Selain dari faktor keselamatan, ia boleh menyebabkan kerosakan yang mahal untuk kereta anda dan menyebabkan anda berjumpa dengan mekanik kereta yang tidak diduga. Jalan berlubang boleh memberikan impak yang serupa dengan kemalangan kereta dengan kelajuan 35-mph, jika cukup dalam.

Walaupun jalan berbonggol-bonggol boleh memberikan gangguan kecil kepada pemandu, jalan yang penuh dengan lubang di sana-sini boleh menyebabkan kerosakan harta benda yang serius pada kereta anda dan dari aspek keselamat ia mungkin mengakibatkan kemalangan kereta.

Friday 9 December 2011

Salted Caramel Chocolate Shortbread- Millionaire's Shortbread

Salted Caramel Chocolate Shortbread- Millionaire's Shortbread.
Picture from: http://gotitcookit.blogspot.com/
Ingredients:

Shortbread:
1 3/4 cup flour
1/3 cup sugar
1/2 cup butter 


Salted Caramel:
1/2 cup butter
1/2 cup packed light brown sugar
2 tablespoons light corn syrup
1/2 cup sweetened condensed milk
1-2 tsp crushed sea salt, I used Maldon's flaky sea salt

Chocolate Topping:
1 cup semisweet chocolate chips

Shortbread:
Preheat oven to 350.
In a 9x9 pan, line it with foil, or parchment paper.   You need this in order to get these cookies out of the pan.  DO NOT skip this step or your cookies will be more broken up when you have to prythem from the pan.

Shortbread is supposed to be FIRM, and to get firm shortbread you need to handle it!  Here's what you do, combine the soft butter with the sugar until well mixed, add the flour and knead the dough for at least 5-10 minutes with your hands.  The goal is too give your shortbread a "tough" sturdy texture that can stand up to all that caramel and chocolate.
Press into a pan in a packed and even layer.  Bake for 20 minutes at 325 degrees until just starting to brown.


In a 2 quart saucepan, combine 1/2 cup butter, brown sugar, corn syrup, and sweetened condensed milk. Bring to a boil. Continue to boil for 5 minutes. 

Add sea salt, remove from heat and beat vigorously with a wooden spoon for about 3 minutes. Pour over baked crust (warm or cool). Cool until it begins to firm. 

In a 2 cup microwave bowl, add 1 cup of chocolate chips and microwave for 30 second increments, stirring each time until it is melted.  Spread the chocolate over the cooling caramel and slightly tap the pan on the counter to smooth out any knife marks in the chocolate.  Let cool completely, which realistically takes about 4 hours.  

If you are in a hurry, you could try putting it in the fridge, but this can make your chocolate brittle so it doesn't cut in straight sided pieces.  Remove the cookies from the pan, using the foil edges and cut into small squares.  A large, long, sharp knife is best.  I use a cleaver.... it looks kind of scary, but it makes the cleanest cuts.

Other ideas:
  • Make the shortbread and caramel, cool completely and cut into long, narrow strips about the size of Twix candy bars and then dip into melted chocolate.
  • Add chopped pecans or walnuts into your caramel, or a layer of nuts between the shortbread and the caramel, top with chocolate as usual.
  • If you like the salted aspect, top the chocolate with a very light sprinkling of sea salt.
  • Use could use milk chocolate instead of semi-sweet, but it does make it a more sugary punch!
  • Chocolate shortbread (substitute cocoa powder for 1/4 cup of flour) and top with white chocolate. Wow....

Thursday 8 December 2011

Millionaire's Shortbread




Millionaire's Shortbread. Gambar dari: food network.com
Anda pernah dengar makanan ini? Millionaire's Shortbread. Dikatakan berasal dari Scotland, ia adalah shortbread dilapisi karamel di atasnya dan kemudian atas sekali dengan lapisan coklat! 


Bahan-Bahan
Shorbread:
2 ketul mentega, potong kecil-kecil, tambah sedikit lagi untuk diguna pada acuan
2 cawan tepung serbaguna, tambah sedikit untuk acuan
2/3 cawan gula halus
1/2 sudu teh garam halus

Lapisan Karamel:
2 (14-ounce) tin susu pekat manis
2 sudu besar mentega

Topping Coklat:
3/4 pound(340gram) milk chocolate

Cara-cara membuatnya:
Shortbread
Sapu mentega pada 2  acuan bersaiz 8 inci,  4 persegi (acuan swiss roll). Letakan tepung, gula dan garam dalam pemproses makanan dan kacau sehingga campuran berbiji-biji menyerupai kacang pea (Boleh juga gaul dengan tangan dalam mangkuk). Tekan campuran shortbread ke dalam acuan yang disediakan dan bakar sehingga perang di bahagian tepi, kira-kira 20 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sepenuhnya.


Lapisan Karamel
Dalam periuk berdasar tebal dengan api sederhana rendah, masukkan susu pekat dan 2 sudu mentega. Kacau perlahan-lahan hingga campuran sehingga mendidih, kacau berterusan. Teruskan kacau di atas api sehingga campuran menjadi pekat dan berwarna seperti karamel, kira-kira 15 minit. Tuangkan karamel ke atas shortbread dan ratakan menggunakan spatula. Sejukkan ke suhu bilik

Topping Coklat
Dalam mangkuk kaca yang diletak atas periuk air menggelegak perlahan-lahan, cairkan coklat. Apabila coklat telah cair, tuangkan ke atas lapisan karamel yang telah disejukkan. Sejukkan pada suhu bilik selama kira-kira 10 minit, dan kemudian di dalam peti sejuk untuk menyejukkan sepenuhnya, dan coklat menjadi sedikit keras tetapi tidak terlalu keras. Dipotong menjadi segi empat 2-inci dan menikmati, atau simpan dalam bekas kedap udara, pada suhu bilik, atau simpan dalam peti sejuk supaya menjadi makanan yang manis dan sejuk!


Wednesday 7 December 2011

Kris Sakti Pasukan Aerobatik Malaysia

Pasukan Kris Sakti dari Malaysia sedang membuat persembahan aerobatik di LIMA 2011 semalam 6 November 2011. Gambar dari: mygj.net
Aerobatik adalah satu gaya hidup yang mempunyai ramai peminat. Pada 19 November 2011, Kementerian Pertahanan telah mengumumkan penubuhan sebuah pasukan aerobatik yang merupakan gabungan dari sektor swasta dan kerajaan yang akan mula beroperasi pada LIMA 2011.

Kris Sakti (Bahasa Inggeris: Magic Dagger) ialah pasukan aerobatik Malaysia yang pertama. Nama hasil idea Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak. Kris atau keris adalah senjata Melayu yang digunakan dalam gaya hidup masa lampau. Kris Sakti adalah hasil gabungan Syarikat Aerotree Defence & Services Sdn Bhd dan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Untuk LIMA 2011 nanti pasukan ini akan menggunakan 4 buah pesawat dari jenis Extra 300L buatan Jerman. Pesawat Extra 300L ini telah direka oleh Walter Extra pada tahun 1987, seorang juruterbang & pemenang anugerah aerobatik dari Jerman dan dibina oleh Extra Flugzeugbau.

Sebelum penubuhan pasukan Kris Sakti, Tentera Udara Diraja Malaysia bergantung pada jet Pejuang mereka (MiG-29, F/A-18D & Sukhoi Su-30) dan Pilatus PC-7 dari Pasukan "Taming Sari" untuk pertunjukan aerobatik seperti LIMA dan sebagainya.
Satu lagi aksi menarik dan kemas dari Extra 300L kelolaan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia di LIMA 2011 pada 6 November 2011. Gambar dari: mygj.net
Pasukan Kris Sakti telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Razak ketika pembukaan LIMA 2011 (Langkawi International Maritim and Air Show)  pada 6 November 2011, sekaligus telah membuat kemunculan sulungnya dengan dipandu oleh pilot dari Tentera Udara Diraja Malaysia.

Latihan penerbangan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia bukan saja dilakukan di Pengkalan Udara RMAF Butterworth, Malaysia tapi juga di luar negara bersama bekas pasukan Red Arrow, di United Kingdom.

Yang ada sekarang ialah 1st team dari Tentera Udara Diraja Malaysia, kemudian nanti akan ditubuhkan 2nd team, pengambilan akan dibuat dari belia-belia yang berminat untuk menyertai pasukan aerobatik sebagai gaya hidupnya.

Selepas beraksi di LIMA Langkawi, Kris Sakti akan membuat pertunjukan besar di seluruh malaysia dan Asia Tenggara sebelum ke peringkat antarabangsa.

Tuesday 6 December 2011

Rendang Ikan Talang Masin & Air Halia Madu


Makanan dalam pantang bagi orang utara terutamanya kedah. Kalau bukan dalam pantang pun boleh makan sebab makanan ni sedap, terutamanya Rendang Ikan Talang Masin ni. Mmm.. Selamat Mencuba..


Rendang Ikan Talang Masin
Bahan-bahan
Ikan talang masin- potong-potong, asam jawa, kicap cair, lada hitam biji-biji- tak perlu tumbuk, bawang besar dihiris, garam, halia dihiris halus, bawang putih di cincang.


Cara-caranya
Panaskan minyak, goreng ikan talang hingga masak atau garing. Angkat ikan. Keluarkan sebahagian minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Masukkan halia, lada hitam, asam jawa, bawang putih, kicap cair 4 sudu sambi dikacau-kacau. Masukkan ikan talang goreng, kacau. Masukkan bawang besar dan gaul hingga bawang wangi. Masukkan sikit saja garam. Angkat dan hidang. Boleh makan.


Jus Halia Madu.
Bahan-bahanya
Halia 5-6 ulas
Madu
Air 2 atau 3 cawan (agak-agak saja) 


Cara-caranya
Ketuk halia dan rebus dalam air. Masukkan air halia bersama halia ke dalam gelas. Masukan 2-3 sudu besar madu. Kacau dan hidang.


Selamat mencuba dan makan-makan.


Petikan dari: ASPIRASI  Belahan Jiwa TV1 6 Nov 11

Sunday 4 December 2011

Rapid KL Guna 1 Tiket Untuk LRT Star dan LRT Putra

Rapid KL telah memulakan sistem 1 tiket untuk kedua-dua LRT Star dan LRT Putra bermula pada hari Selasa 28 Nov 2011 yang lalu.
Hanya perlu beli 1 tiket jika anda dari LRT Star dan hentian terakhir anda di LRT Putra tak perlu beli tiket sekali lagi untuk ke LRT Putra. Begitulah sebaliknya.
Rapid KL menggelarnya sistem tiket bersepadu.




Kaunter tiket LRT Putra telah ditutup dan gatenya telah dibuka, cuma tinggal tapak yang di tampal dengan masking tape kuning. Tidak perlu beli tiket lagi di sini.





Pagar yang menghalang penumpang dari terus naik melalui tangga tu telah ditanggalkan oleh pihak Rapid KL.





Deretan gate baru dan kaunter tiket yang baru dibuka hari ini 28 Nov 2011.



Gate baru yang tidak menggunakan tiket (kecuali pas bulanan atau touch n go) hanya sentuh token ketika masuk dan masukkan token ketika keluar.


Ada sedikit kekecohan bila pelanggan bank ini tidak dapat masuk kerana bank dan mesin atm berada melepasi gate. Nasib baik ada polis bantuan (dalam gambar) yang membenarkan wanita tu masuk.



Mesin tiket baru Rapid KL  yang mengeluarkan token (bukan tiket).



Mesin tiket dan gate lama di balut plastik. Direhatkan, tak digunakan lagi.






Papan penunjuk arah diletak di pelbagai tempat untuk membantu menunjuk arah kepada penumpang LRT star dan LRT putra yang agak keliru dengan sistem baru ini.


Satu lagi perubahan nyata Rapid KL hari ini ialah setiap bangku tempat duduk mempunyai kipas di atasnya. Wah.... lega, berangin. Sejuk sikit kalau hari panas. Terima kasih atas keprihatinan Rapid KL.

Saturday 3 December 2011

Gerhana Bulan Penuh Pada 10 Disember 2011

Gerhana bulan penuh akan berlaku pada 10/12/2011 nanti. Gerhana akan mula kelihatan pada pukul 8.30 malam dan berakhir kira-kira tengah malam. Gerhana penuh pula akan berlaku dari pukul 10.15 malam sehingga pukul 10.57 malam.

Semua negeri di Malaysia dan kawasan sekitarnya akan dapat melihat gerhana penuh ini. Sila lihat gambarajah di bawah (Gambarajah dari http://www.falak-online.net/portalfalak/gerhana-bulan-penuh-10-disember-2011).
Gerhana terakhir yang dapat dilihat dari negara kita ialah pada Jun 2011 yang lalu. Jika anda terlepas melihat gerhana 10 disember 2011 nanti gerhana bulan penuh berikutnya dijangka hanya akan berlaku pada 4 April 2015.

Pada yang berpeluang jangan lupa juga melakukan sembahyang sunat gerhana bulan pada masa bulan gerhana nanti.

Thursday 1 December 2011

Kimi Raikkonen Kembali ke Formula 1 2012

Kimi Raikkonen, juara dunia Formula 1 2007 yang meninggalkan Formula 1 pada akhir tahun 2009 untuk mengejar kerjaya dalam rali, telah memutuskan untuk membuat kemunculan semula pada musim 2012 dengan team Lotus Renault GP.
Mula muncul pada tahun 2010 team gabungan antara Proton dan Dato Tony Fernandes di kenali sebagai Lotus GP. Pada tahun 2011 telah berpecah, Proton punya Lotus Renault GP dan Dato Tony, Team Lotus.

Jadi sekarang Lotus ada 2 team dalam Formula 1. Pada mulanya 1, sekarang dah jadi 2 dah.
Keputusan construtor pada tahun 2011.
CONSTRUCTOR STANDINGS PTS
1 Red Bull Racing 650
2 Vodafone McLaren Mercedes 497
3 Scuderia Ferrari 375
4 Mercedes GP Petronas F1 Team 165
5 Lotus Renault GP 73
6 Force India F1 Team 69
7 Sauber F1 Team 44
8 Scuderia Toro Rosso 41
9 AT&T Williams 5
10 Team Lotus 0

Pada 29 Nov 2011 Kimi Raikkonen, 32 tahun, telah mengumumkan keputusannya untuk kembali semula berlumba dalam Formula 1 selepas ketiadaannya selama 2 tahun. Beliau telah menandatangani kontrak 2 tahun dengan Lotus Renault GP.

Salah seorang pemandu yang ada sekarang akan digugurkan dari pasukan samada Bruno Senna atau Vitaly Petrov belum ditetapkan untuk digugurkan bagi memberi tempat kepada Kimi Raikkonen.