Showing posts with label Madu. Show all posts
Showing posts with label Madu. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

10 Kebaikan Madu Untuk Kesihatan

Madu ada banyak kebaikan selain rasanya yang sedap dan manis madu juga merupakan ubat sebagai penyembuh. Gula sangat tidak bernilai berbanding madu.




Madu tempatan lebih baik kerana ia dihasilkan oleh lebah tempatan, ia mengandungi ciri-ciri yang merangsang sistem ketahanan badan (immune system) yang sesuai dengan persekitaran tempatan. Selain daripada itu madu asli adalah segar, madu asli juga lebih mempunyai rasa yang lebih sedap dan lebih berkhasiat. Selain itu, apabila anda membeli madu dari petani tempatan, anda akan membantu ekonomi tempatan juga.

10 Kebaikan Madu Ialah:
  1. Meningkatkan tenaga
  2. Bagus untuk menghilangkan morning sickness atau rasa loya.
  3. Baik untuk sakit tekak, laryngitis dan pharyngitis.
  4. Madu yang dicampur serbuk kayu manis boleh membantu dalam pelbagai aspek antaranya termasuk membantu daripada jangkitan pundi kencing, artritis, sakit perut dan nafas berbau. Ia juga dapat melngurangkan keguguran rambut.
  5. Madu mentah boleh mengubati isu-isu yang berkaitan dengan mati pucuk lelaki dan kemandulan wanita. Manakala susu kambing mentah yang panas dicampur madu mentah dipercayai dapat meningkatkan jumlah penghasilan sperma.
  6. Salve (memalit) diperbuat daripada madu untuk diabetes dan ulser, terbukti berkesan apabila antibiotik tipikal yang lain tidak memberi kesan yang baik. Ia boleh digunakan untuk ekzema (eczema), kebusukan kudis (canker sores) atau gusi berdarah.
  7. Madu dicampur cuka epal (apple cider), meredakan penyakit seperti sakit perut, sembelit dan juga migrain. 
  8. Madu dan lemon boleh menghancurkan lemak. Oleh itu, jadikanlah ia sebagai sumber tenaga yang berguna untuk fungsi badan.
  9. Madu adalah bebas kolesterol dan dilaporkan boleh membantu mengawal tahap kolesterol di dalam badan.
  10. Madu mentah mempunyai tekstur yang likat disebabkan kandungan air yang rendah, ia tidak sesuai utk bakteria membiak & merupakan pengawet semula jadi yang baik.

Sokong petani tempatan untuk menambah pendapatan & ekonomi negara sendiri dengan membeli keluaran tempatan yang segar dan organik bila anda ingin mengambil madu.

Tuesday, 6 December 2011

Rendang Ikan Talang Masin & Air Halia Madu


Makanan dalam pantang bagi orang utara terutamanya kedah. Kalau bukan dalam pantang pun boleh makan sebab makanan ni sedap, terutamanya Rendang Ikan Talang Masin ni. Mmm.. Selamat Mencuba..


Rendang Ikan Talang Masin
Bahan-bahan
Ikan talang masin- potong-potong, asam jawa, kicap cair, lada hitam biji-biji- tak perlu tumbuk, bawang besar dihiris, garam, halia dihiris halus, bawang putih di cincang.


Cara-caranya
Panaskan minyak, goreng ikan talang hingga masak atau garing. Angkat ikan. Keluarkan sebahagian minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Masukkan halia, lada hitam, asam jawa, bawang putih, kicap cair 4 sudu sambi dikacau-kacau. Masukkan ikan talang goreng, kacau. Masukkan bawang besar dan gaul hingga bawang wangi. Masukkan sikit saja garam. Angkat dan hidang. Boleh makan.


Jus Halia Madu.
Bahan-bahanya
Halia 5-6 ulas
Madu
Air 2 atau 3 cawan (agak-agak saja) 


Cara-caranya
Ketuk halia dan rebus dalam air. Masukkan air halia bersama halia ke dalam gelas. Masukan 2-3 sudu besar madu. Kacau dan hidang.


Selamat mencuba dan makan-makan.


Petikan dari: ASPIRASI  Belahan Jiwa TV1 6 Nov 11

Monday, 5 July 2010

Muzium Lebah Sedunia


Muzium Lebah ni terletak di Ayer Keroh Melaka. Muzium ini memaparkan cara-cara untuk membiakkan dan menternak lebah madu sehinggalah ke pemprosesan madu untuk dijual.

Di sini terdapat sebuah kabinet kaca tempat mempamirkan berjuta-juta lebah hidup. Anda boleh melihat sendiri sarang lebah dan berbagai-bagai jenis lebah.

Anda dapat merasa anak lebah yang masih dalam kepongpong, berjenis-jenis madu termasuklah madu diraja (royal honey) yang terkenal dengan khasiatnya itu.

Terdapat juga berbagai jenis produk berasaskan madu untuk anda beli sebagai buah tangan.

Pendek kata lawatan ke muzium lebah ini sungguh informatif, menarik dan penuh dengan pengalaman baru mengenai madu dan lebah yang tak boleh dilepaskan.

Selamat berkunjung ke sana...