Timun adalah makanan seharian yang penuh khasiat dan boleh digunakan dalam pelbagai masakan atau boleh dimakan mentah begitu sahaja. Bila anda membeli timun pilih yang keras dan berwarna hijau gelap untuk mendapatkan kesegaran timun.
Timun memberikan khasiat seperti berikut:
1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.
2) Khasiat Timun Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.
3) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).
4) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.
5) Khasiat Timun Membekalkan Mineral Mesra Kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.
6) Khasiat Timun Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.
Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.
7) Khasiat Timun Memulihkan Mata
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.
8) Khasiat Timun Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.
9) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.
Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
10) Khasiat Timun Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi.
Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.
11) Khasiat Timun Menyihatkan Kuku dan Rambut
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.
12) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.
13) Khasiat Timun Menyembuhkan mabuk (hangover)
Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk(hangover) anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.
14) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.
Showing posts with label Kebaikan. Show all posts
Showing posts with label Kebaikan. Show all posts
Thursday, 24 April 2014
14 Khasiat Timun Untuk Kesihatan Anda
Labels:
buah pinggang,
kanser,
Kebaikan,
Kesihatan,
Sembelit,
Timun,
tip kesihatan
Tuesday, 2 April 2013
10 Kebaikan Madu Untuk Kesihatan
Madu ada banyak kebaikan selain rasanya yang sedap dan manis madu juga merupakan ubat sebagai penyembuh. Gula sangat tidak bernilai berbanding madu.
Madu tempatan lebih baik kerana ia dihasilkan oleh lebah tempatan, ia mengandungi ciri-ciri yang merangsang sistem ketahanan badan (immune system) yang sesuai dengan persekitaran tempatan. Selain daripada itu madu asli adalah segar, madu asli juga lebih mempunyai rasa yang lebih sedap dan lebih berkhasiat. Selain itu, apabila anda membeli madu dari petani tempatan, anda akan membantu ekonomi tempatan juga.
10 Kebaikan Madu Ialah:
Sokong petani tempatan untuk menambah pendapatan & ekonomi negara sendiri dengan membeli keluaran tempatan yang segar dan organik bila anda ingin mengambil madu.
Madu tempatan lebih baik kerana ia dihasilkan oleh lebah tempatan, ia mengandungi ciri-ciri yang merangsang sistem ketahanan badan (immune system) yang sesuai dengan persekitaran tempatan. Selain daripada itu madu asli adalah segar, madu asli juga lebih mempunyai rasa yang lebih sedap dan lebih berkhasiat. Selain itu, apabila anda membeli madu dari petani tempatan, anda akan membantu ekonomi tempatan juga.
10 Kebaikan Madu Ialah:
- Meningkatkan tenaga
- Bagus untuk menghilangkan morning sickness atau rasa loya.
- Baik untuk sakit tekak, laryngitis dan pharyngitis.
- Madu yang dicampur serbuk kayu manis boleh membantu dalam pelbagai aspek antaranya termasuk membantu daripada jangkitan pundi kencing, artritis, sakit perut dan nafas berbau. Ia juga dapat melngurangkan keguguran rambut.
- Madu mentah boleh mengubati isu-isu yang berkaitan dengan mati pucuk lelaki dan kemandulan wanita. Manakala susu kambing mentah yang panas dicampur madu mentah dipercayai dapat meningkatkan jumlah penghasilan sperma.
- Salve (memalit) diperbuat daripada madu untuk diabetes dan ulser, terbukti berkesan apabila antibiotik tipikal yang lain tidak memberi kesan yang baik. Ia boleh digunakan untuk ekzema (eczema), kebusukan kudis (canker sores) atau gusi berdarah.
- Madu dicampur cuka epal (apple cider), meredakan penyakit seperti sakit perut, sembelit dan juga migrain.
- Madu dan lemon boleh menghancurkan lemak. Oleh itu, jadikanlah ia sebagai sumber tenaga yang berguna untuk fungsi badan.
- Madu adalah bebas kolesterol dan dilaporkan boleh membantu mengawal tahap kolesterol di dalam badan.
- Madu mentah mempunyai tekstur yang likat disebabkan kandungan air yang rendah, ia tidak sesuai utk bakteria membiak & merupakan pengawet semula jadi yang baik.
Sokong petani tempatan untuk menambah pendapatan & ekonomi negara sendiri dengan membeli keluaran tempatan yang segar dan organik bila anda ingin mengambil madu.
Labels:
Kebaikan,
Kesihatan,
Madu,
tip kesihatan
Subscribe to:
Posts (Atom)

