Friday 24 December 2010

Melancung ke Bachok Pada Musim Tengkujuh


Pada musim tengkujuh ini jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Bachok, Kelantan. Ombak besar di musim ini membawa bersamanya ikan belanak.

Nelayan dari Pantai Melawi hingga ke Pantai Irama, Bachok, melakukan satu kegiatan menarik iaitu menangkap ikan menggunakan sejenis alat yang berbentuk 'Y' yang di panggil sauk.

Pesta menangkap ikan ini telah dijalankan bertahun-tahun lamanya dan menaraik minat ramai pengunjung terutamanya bila cuaca baik. Mereka akan datang untuk melihat kegiatan ini dan membeli hasil tangkapan yang didapati atau hanya untuk mengutip kulit siput di pantai.

Jika anda berkunjung ke sini anda mungkin boleh bermalam di Chalet Sri Pantai yang di miliki oleh Encik Muhammad Deraman. Di samping menikmati keindahan pantai dan mengalami budaya dan makanan penduduk setempat yang aman dan damai.

Wednesday 22 December 2010

Christmas Pudding


Here is a signature Christmas dish, courtesy of Hotel Istana in Kuala Lumpur, to whip up during the holiday season.


You’ll need:

720g dried mixed fruits

100g almond flakes

140g vegetable shortening

140g cake flour

72g breadcrumbs

144g brown sugar

4g mixed spice powder

4g cinnamon powder

4g ground nutmeg

4g salt 3 eggs

One green apple

One carrot

Orange zest (from one orange)

Orange juice (from one orange)

Lemon juice (from one lemon)

For sugar caramel:

500g sugar

200g water

Method: 1. Marinate the mixed fruits, almond flakes, grated green apple, grated carrot, orange zest and juice, lemon zest and juice for 30 days. Mix flour, breadcrumbs, brown sugar, salt and other spices in a separate bowl.

2. Add marinated mixed fruits and shortening (melted in saucepan until it looks like melted butter). Put in egg, one by one.

3. Wrap the base of cake tin with aluminium foil and place it on a baking tray. Boil sugar and water at 160∫C and pour into the cake tin. Leave the caramel to set (at room temperature) and pour pudding mixture on top.

4. Cover with another layer of foil (poke tiny holes on the foil). Before baking, fill the baking tray with water (to keep pudding moist) and bake for three hours at 120∫C. Cool and serve with vanilla sauce or cream.


Tip: It’s best to use a springform pan. If you don’t have vanilla sauce, use canned whipped cream or ready-made caramel. Dried mixed fruits are usually sold ready-made at the supermarket.



from: nst

Monday 20 December 2010

Mulakan Makan Untuk Sihat


Siapa kata makanan sihat membosankan? Ianya perlu enak, segar dan makanan meal penuh untuk mencapai berat badan ideal anda. Makan secara sihat penting untuk umur panjang dan sihat.

Jika anda ingin mengubah tabiat pemakanan anda, mulakan dengan buah-buahan dan sayuran yang merupakan bahagian penting dalam gaya hidup sihat. Ia penuh dengan vitamin, antioksidan dan nutrisi yang membantu anda menurunkan berat badan, melambatkan proses penuaan dan memberi anda banyak tenaga.

Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran jadi anda boleh tukar-tukar pengambilannya. Mula dengan beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda suka. Kemudian perlahan-lahan tambah jenis yang baru. Ini mengelakkan anda jadi bosan dan membantu anda mendapatkan vitamin yang berbeza dan nutrisi.

Selanjutnya gantikan sumber protein berlemak dengan daging tanpa lemak, ikan dan kacang. Protein penting kerana ia membuat anda kenyang dan dapat menjadi cara yang bagus untuk mendapatkan zink dan omega-3 dalam diet anda.
Menghindari makanan berproses akan membantu anda mengurangkan berat badan. Gula putih dan tepung putih tidak memiliki nilai zat makanan, limitkan pengambilannya dalam diet anda. Ini akan menjadi cara yang mudah untuk mengurangkan jumlah pengambilan kalori anda.

Paling penting perlu diingat adalah mengawal kuantiti pengambilan makanan. Tidak kira seberapa sihat anda makan, jika anda makan terlalu banyak, sukar untuk mendapat berat badan yang sesuai.

Cara berikut boleh diamalkan.
Lihat pinggan, pastikan bahawa itu sebenarnya pinggan dan bukannya pinggan hidang, saiz pinggan yang terlalu besar menyebabkan anda sukar untuk mengawal jumlah makanan anda. Setengah dari pinggan anda mesti diisi dengan sayur-sayuran, satu perempat dengan protein dan satu perempat lagi dengan karbohidrat (sebaik-baiknya bijirin penuh).

Sunday 19 December 2010

Khasiat Buah Delima

Delima membantu menstabilkan kadar kolesterol
Peningkatan kolesterol jahat boleh menyebabkan risiko kesihatan yang merugikan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat. Keuntungan ini memperbaiki kesihatan.

Delima Memiliki Kandungan Antioksidan yang Tinggi
Delima mengandungi antioksidan yang lebih tinggi berbanding wain merah dan teh hijau. Jika anda memerlukan sumber antioksidan dalam kehidupan sehari-hari, anda perlu pastikan itu adalah antioksidan terbaik. Delima merupakan sumber antioksidan terbaik.

Delima Melawan Penyakit Jantung
Delima membantu meningkatkan peredaran darah. Ini adalah cara terbaik untuk melindungi diri dari serangan penyakit jantung. Berdasarkan kajian terkini, kandungan antioksidan jus delima membantu mengurangkan pembentukan lemak di dinding arteri. Antioksidan membantu memperbaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoid'dan 'polyphenol', antioksidan yang dapat melawan penyakit jantung dan kanser.

Delima Untuk Stimulasi Disfungsi
Jus buah delima kaya antioksidan yang dapat meningkatkan aliran darah ke alat kelamin.

Delima Memperkuat Sistem Pertahanan Badan
Delima adalah pendekatan yang baik untuk melawan penyakit. Delima dapat meningkatkan pengedaran darah. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah delima akan membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan penyakit. Ini adalah langkah pertama untuk mengelakkan dari menjadi korban serangan jantung atau penyakit jantung.

Delima Mengurangkan Risiko Diabetes
Minum jus delima baik bagi pesakit diabetes dan menurunkan risiko masalah jantung. Satu penyelidikan baru mendapati bahawa pesakit diabetes yang minum jus buah delima selama 3 bulan dapat menurunkan kemungkinan aterosklerosis (atau pengerasan pembuluh darah).

Mencegah Kemasukan Virus HIV-1 dan Mikrobisida
Kajian menunjukkan jus delima menghalang kemasukaan virus HIV-1 ke dalam tubuh. Ia juga dapat menahan serangan virus dari jenis A hingga G dan kumpulan O.

Mencegah Kanser Kelenjar Prostat
Ini hanya boleh dicapai dengan minum jus buah delima atau mengambil suplemen delima. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa jus buah delima dapat mengurangkan pertumbuhan kanser prostat. Kebanyakan pesakit puas hati dengan keputusan yang diperolehi di mana penggunaan delima dapat mengubati kanser.

Menentang Kanser Payudara
Penyelidikan terbaru mendapati bahawa minyak dari biji buah delima dapat memusnahkan sel-sel kanser tanpa menjejaskan payudara dan mempertahankan sel yang ada. Kajian lain di Universiti Chicago mendapati jus delima yang diperam dan minyak biji delima dapat membantu mencegah kanser payudara. Sebuah kajian di Wisconsin mendapati bahawa sari buah delima akan membantu mencegah pertumbuhan sel kanser kulit.

Membantu Merendahkan Tekanan Darah
Jus buah delima mengandungi 'phytochemical' mendorong penerima serotonin dan estrogen, dapat memperbaiki sistem tekanan dan tulang. Antioksidan pada buah delima juga mengurangkan akumulasi sel-sel darah kotor secara semulajadi dan mengurangkan tekanan darah, faktor untuk mencegah serangan jantung dan stroke.

Menguatkan Kesihatan Gigi
Delima diketahui mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi sihat boleh diperolehi selain dari menggunakan perkhidmatan seorang doktor pakar. Ini boleh menghalang daripada kehilangan gigi.

Mencegah Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
Para penyelidik dari Vanderbilt University Medical Center mengakui bahawa mereka yang minum jus buah delima untuk tiga kali atau lebih setiap minggu dapat mengurangkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer daripada mereka yang minum kurang dari satu sajian seminggu.

Melindungi Otak Bayi
Dalam kajian Pediatrics mendapati bahawa minum jus delima selama kehamilan dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus buah delima juga boleh membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun yang lalu, doktor mengesahkan bahawa asid folik tidak cukup (folat) boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Itulah sebabnya American Medical Association mengesyorkan bahawa semua wanita hamil untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari. Jus buah delima membekalkan asid folik yang tinggi. Selain itu, jus delima yang baik mengandungi potassium yang dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil pada malam hari.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi dalam buah adalah agen anti-inflamasi yang hebat. Ini akan mengurangkan bunyi dehitan pada pesakit asma.


Delima juga dapat mengelak penyakit gaut dan penyakit awal pagi (alahan ibu mengandung) juga mempercantik dan merawat kulit.

'Potassium' dalam delima cukup tinggi, selain dari mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, natrium, vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C, reaksi dengan natrium, menetapkan keseimbangan air tubuh dan menjaga degupan jantung untuk tetap normal (bagi ibu dan fetusnya). Dengan menjaga keseimbangan potassium-sodium menyokong kepekaan saraf dan otot berfungsi dengan betul (kajian mendapati rahim menjadi lebih kuat sesuai dengan sensitiviti gerakan untuk menyokong bayi dikandung), mencegah edema, dan mengurangkan gula yang beredar dalam darah (ibu pertama kalinya hamil atau kehamilan lebih dari 3 kali). Delima meringankan keletihan otot dan membolehkan bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

Jus Pomepure dapat melakukan semua ini. Boleh didapati di www.pomepureasia.com

Saturday 18 December 2010

Makan-makan di DCT Hong Kong Chicken Rice House


Beberapa hari lalu keluar di TV1 pasal restoran ni, menarik! dan tak mahal dalam RM4 jer, sedap pulak tu. Ianya berada di DCT HONG KONG CHICKEN RICE HOUSE NO 4, PERSIARAN AVENUE 1, KULIM AVENUE, KULIM HI-TECH PARK, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN. Kalau ada peluang ke Kulim kena singgah kat sini ni.

ANTARA MENU YANG DI SEDIAKAN :
  1. HONG KONG CHICKEN RICE + BLACK PEPPER SAUCE + PERCUMA AIR SUPER STAR (RM 4.00)
  2. HONG KONG CHICKEN RICE + MUSHROOM SAUCE + PERCUMA AIR SUPER STAR (RM 4.00)
  3. HONG KONG CHICKEN RICE + GINGER SAUCE + PERCUMA AIR SUPER STAR (RM 4.00)
  • PINK LADY
  • TIMUN
  • BELIMBING
  • TEMIKAI SUSU
  • BUAH PEACH
  • CARROT MERAH
  • KURMA
  • JAMBU BATU
  • FLAVOERS(DRAGON FRUIT JUS)
  • RED EYE (TEMBIKAI MERAH JUS)
  • PAPA-JOE (JAGUNG MANIS JUS)
  • HAPPY DAY (LAICI JUS)
  • MISS U (LONGAN JUS)
  • SUMMER SET (MANGO JUS)
  • BLACK AND WHITE (OREN JUS)
  • RED AND BLUE (EPAL HIJAU JUS)
  • ALOHA (BUAH CAMPURAN JUS)
  • MY DARLING (NENAS JUS)
  • HOLIDAY JUICE (STRAWBERI JUS)
  • MAMA BLUES (ANGGUR JUS)
  • LOVER (CINCAU JUS)
  • SWEET NESS (EPAL MERAH JUS)
  • MY FRIEND (RAMBUTAN JUS)
  • NUTS FLAVOERS (KELAPA LAUT JUS)

Tuesday 14 December 2010

Lifebook 2011

Health:
1. Drink plenty of water
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar
3. Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less food that is manufactured in plants
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy
5. Make time for prayer
6. Read more books than you did in 2009
7. Sleep for 7 hours
8. Take a 10-30 minutes walk every day with smile
From; Nizam Bin Zakaria

Monday 13 December 2010

5 Alasan (Kurang Jelas) Mengapa Perjalanan adalah Baik untuk anda


Kita semua tahu kebaikan yang jelas tentang perjalanan atau pelancungan iaitu memperluas pandangan, mengalami budaya baru, bertemu orang-orang dari semua lapisan masyarakat dan sebagainya.

Tapi bagaimana dengan kebaikan yang kurang jelas?

Perjalanan benar-benar dapat menguntungkan anda dengan cara-cara anda tidak pernah anda bayangkan!

Berikut adalah 5 sebab (kurang jelas) mengapa perjalanan baik untuk anda!

1. Dapat melakukan kerja dengan lebih baik.

Jangan biarkan orang berkata perjalanan adalah membuang masa dan hanya untuk bermalas-malas.

Back packing sebenarnya merupakan pelajaran yang sangat baik dalam kemahiran yang anda perlukan untuk kerja apapun: perancangan, penyelesaian masalah, komunikasi, membuat keputusan, pengurusan kewangan. Anda namakan, ia ada di sana!

2. Mendapatkan kebebasan

Perjalanan akan membuat anda lebih berkebolehan, matang dan mampu menjaga diri sendiri.

Hanya selepas melakukan penerbangan dari setempat ke tempat lain dan mencari hotel sendiri, anda akan menjadi lebih berdikari dan tidak lagi menelefon ibubapa anda bila mendapat masalah.

Anda akan mula menyelesaikan masalah sendiri.

3. Menjadi lebih bahagia di rumah

Anda akan lebih menghargai keselesaan di rumah setelah merasai hidup yang serba sederhana di hostel atau hotel murah semasa dalam perjalanan.

Bila anda mejejakkan kaki di rumah semula anda akan rasa syukur yang sangat besar, merasa betapa selesa kehidupan selama ini. Ini akan membuat anda lebih bahagia dan menghargai hidup ini.

4. "Terapi Perjalanan"

Perjalanan akan membuatkan anda merasa lebih hebat dan ceria.

Anda akan mampu berfikir lebih tenang, membuat keputusan dengan lebih baik dan lebih bersedia menghadapi dan menangani masalah yang bakal mendatang.

5. Memperbaiki Hubungan

Perjalanan adalah cara yang mengagumkan untuk mengeratkan dan menjalinkan hubungan.

Seorang rakan saya bertunang tak lama selepas dia bertugas di luar negara. Dia mengatakan bahawa "semua berubah".

Dan jika anda melakukan perjalanan atau pelancungan dengan seorang kawan, dia akan menjadi seorang kenalan yang lebih rapat lagi dengan anda setelah sama-sama mengalami susah senang di perjalan. Hubungan persahabatan akan menjadi lebih baik!

Anda mempunyai pengalaman perjalanan yang kurang jelas ini? Ada pengalaman lain yang bagus? Marilah kongsikan pengalaman tersebut!

Wednesday 8 December 2010

Acai Berry Meningkatkan Daya Penglihatan


Acai berry lebih kecil dari anggur dan berwarna purple gelap (dark purple) telah digunakan selama berabad-abad oleh masyarakat asli di kawasan-kawasan Amazon Brazil. Ini membuatkan mereka sihat dan kini rahsia kekuatan penyembuhan Acai berry telah diketahui secara meluas. Orang-orang Brazil menggunakan minuman Acai berry secara teratur.

Untuk memiliki penglihatan yang baik, seluruh tubuh harus dalam kesihatan baik. Minuman Acai berry adalah kunci untuk kesihatan yang baik dan penglihatan yang baik. Acai berry yang sebahagian besar terdiri daripada biji, namun memiliki sedikit isi yang melakukan keajaiban bagi tubuh manusia. Salah satu manfaat ini adalah perbaikan penglihatan.

Acai berry penuh dengan vitamin dan mineral yang diperlukan, di antaranya ialah vitamin A akan meningkatkan daya penglihatan. Isi Acai berry juga melambatkan proses penuaan. Bila usia meningkat, daya penglihatan semakin merosot kerana bahagian lentur mata menjadi semakin kaku.

Diabetes mempengaruhi penglihatan dengan cara yang negatif. Berkat kekuasaan restoratif dari Acai berry pembasmian awal Diabetes boleh dikawal. Ini akan menjaga penglihatan. Tidur malam yang baik adalah bermanfaat untuk penglihatan. Dengan meminum Acai berry secara teratur akan menyihatkan mata bila disertakan rehat yang diperlukan oleh tubuh.

Acai berry harus menjadi sebahagian daripada pengambilan harian semua orang. Vitamin dan mineral buah ini dicerna lebih baik berbanding tablet vitamin yang diambil oleh kebanyakan orang. Kesihatan akan bertambah baik dan ini akan meningkatkan penglihatan. Penglihatan sukar untuk dipulihkan selepas merosot dan acai berry adalah kunci untuk meningkatkan penglihatan.

Selain itu acai berry juga dapat menghilangkan keletihan, meningkatkan tenaga, mengurangkan berat badan dan menyihatkan jantung.