Friday, 24 December 2010
Melancung ke Bachok Pada Musim Tengkujuh
Pada musim tengkujuh ini jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Bachok, Kelantan. Ombak besar di musim ini membawa bersamanya ikan belanak.
Nelayan dari Pantai Melawi hingga ke Pantai Irama, Bachok, melakukan satu kegiatan menarik iaitu menangkap ikan menggunakan sejenis alat yang berbentuk 'Y' yang di panggil sauk.
Pesta menangkap ikan ini telah dijalankan bertahun-tahun lamanya dan menaraik minat ramai pengunjung terutamanya bila cuaca baik. Mereka akan datang untuk melihat kegiatan ini dan membeli hasil tangkapan yang didapati atau hanya untuk mengutip kulit siput di pantai.
Jika anda berkunjung ke sini anda mungkin boleh bermalam di Chalet Sri Pantai yang di miliki oleh Encik Muhammad Deraman. Di samping menikmati keindahan pantai dan mengalami budaya dan makanan penduduk setempat yang aman dan damai.
Labels:
perjalanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment