Monday, 13 December 2010

5 Alasan (Kurang Jelas) Mengapa Perjalanan adalah Baik untuk anda


Kita semua tahu kebaikan yang jelas tentang perjalanan atau pelancungan iaitu memperluas pandangan, mengalami budaya baru, bertemu orang-orang dari semua lapisan masyarakat dan sebagainya.

Tapi bagaimana dengan kebaikan yang kurang jelas?

Perjalanan benar-benar dapat menguntungkan anda dengan cara-cara anda tidak pernah anda bayangkan!

Berikut adalah 5 sebab (kurang jelas) mengapa perjalanan baik untuk anda!

1. Dapat melakukan kerja dengan lebih baik.

Jangan biarkan orang berkata perjalanan adalah membuang masa dan hanya untuk bermalas-malas.

Back packing sebenarnya merupakan pelajaran yang sangat baik dalam kemahiran yang anda perlukan untuk kerja apapun: perancangan, penyelesaian masalah, komunikasi, membuat keputusan, pengurusan kewangan. Anda namakan, ia ada di sana!

2. Mendapatkan kebebasan

Perjalanan akan membuat anda lebih berkebolehan, matang dan mampu menjaga diri sendiri.

Hanya selepas melakukan penerbangan dari setempat ke tempat lain dan mencari hotel sendiri, anda akan menjadi lebih berdikari dan tidak lagi menelefon ibubapa anda bila mendapat masalah.

Anda akan mula menyelesaikan masalah sendiri.

3. Menjadi lebih bahagia di rumah

Anda akan lebih menghargai keselesaan di rumah setelah merasai hidup yang serba sederhana di hostel atau hotel murah semasa dalam perjalanan.

Bila anda mejejakkan kaki di rumah semula anda akan rasa syukur yang sangat besar, merasa betapa selesa kehidupan selama ini. Ini akan membuat anda lebih bahagia dan menghargai hidup ini.

4. "Terapi Perjalanan"

Perjalanan akan membuatkan anda merasa lebih hebat dan ceria.

Anda akan mampu berfikir lebih tenang, membuat keputusan dengan lebih baik dan lebih bersedia menghadapi dan menangani masalah yang bakal mendatang.

5. Memperbaiki Hubungan

Perjalanan adalah cara yang mengagumkan untuk mengeratkan dan menjalinkan hubungan.

Seorang rakan saya bertunang tak lama selepas dia bertugas di luar negara. Dia mengatakan bahawa "semua berubah".

Dan jika anda melakukan perjalanan atau pelancungan dengan seorang kawan, dia akan menjadi seorang kenalan yang lebih rapat lagi dengan anda setelah sama-sama mengalami susah senang di perjalan. Hubungan persahabatan akan menjadi lebih baik!

Anda mempunyai pengalaman perjalanan yang kurang jelas ini? Ada pengalaman lain yang bagus? Marilah kongsikan pengalaman tersebut!

No comments:

Post a Comment