Sunday 30 April 2017

Dunia Yang Pasti Ditinggalkan

*PERINGATAN PENTING UNTUK KITA SEMUA*

Firman Allah *"Bukankah Kami telah melanjutkn umur kamu sehingga sempat utk beringat bgi sesiapa yg mahu beringat"* *(Fathir 37)

Bagaimana manusia masih lalai?

Nabi saw mengkhabarkn:
*"Hati orang tua tetap muda terhadap dua perkara: cinta dunia dan panjang angan2"* *(Bukhari)*

             
            *INGATLAH*

kamu sedang berjalan menuju Tuhanmu,

*sekarang hampir sampai...*

Buat yg terbaik dlm umur yg berbaki,
lalu akan diampunkan akan dosa umur mu yg lalu...

Tetapi jika buat tidak elok pada umur yg berbaki,
kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dan yg berbaki sekali.

*PERGUNAKAN BAKI UMUR YG TINGGAL DENGAN SEBAIK MUNGKIN*

*#Jangan banyak bergurau dan terjebak dlm perkara yg tidak ada manfaat utk akhirat*

*#Jangan melampau dalam Menyediakan keperluan penghidupan.*

*#Jangan berkawan dengan orang yg tidak menambah iman,ilmu dan amal*

*#Jangan banyak buang masa dengan memikirkan hal keduniaan yg bakal ditinggalkan*

*#Jangan masih runsing, berkeluh kesah dan kesal akan soal hidup seharian*

*#Banyakkan berdoa mengharapkn keridhaan Allah dan pohonlah akan husnul khatimah dan dijauhkn dari su'ul khatimah*

*#Banyakkan istighfar dan taubat berterusan setiap hari pada pagi dan petang*

*#Tambahkan ilmu agama dan banyak ingat kepada kematian dan bersedialah untuk menghadapinya*

*#Siapkan wasiat dan rancang pembahgian harta*

*#Kerapkan menghubung silaturahim dan menggantikan kerenggangan sebelum ini*

*#Minta maaf dan buat baik terhadap pihak yg pernah dizalimi*

*#Tingkatkan amalan soleh terutama amal jariah yg boleh memberi pahala dan syafaat selepas mati*

*#Maafkan kesalahan orang kepada diri kita walau bagaimana teruk kesalahan itu*

*#Bereskan segala hutang yg sedia ada dan jgn buat hutang yg baru walaupun utk menolong orang lain*

*DUNIA INI PASTI  AKAN DITINGGALKAN*

Kesemua yg kita ada sekarang ini pasti akan ditinggalkan dan pasti akan berakhir.

*renung renungkan...*

Ajarlah Anak Menjadi Hamba

*Didik anak menjadi "Hamba"*

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

+ *Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone*

+  *Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa*. 😭

+  *Tak kurang juga anak lelakinya,* mana mahu nak buat kerja2 perempuan?

Budaya *anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.*

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

+ Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

+ Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

+ "Kesian anak tu kecik lagi.."
+ "Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
+ "Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk *menjadi "hamba" anak sampai ke tua.*

+ Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak *menyusahkan mak pak.* Ini terjadi dalam dunia masa kni

+ Baju laki bini anak beranak mak basuh
+ Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedar kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

+ Mereka akan buat secara terpaksa

+ Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka

Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

+ *Sementara si anak sedap menggoyang kaki*

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

+ *Usah terlalu kasihankan anak*
+ Jangan terlalu *memanjakan anak*

+ Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
+ Ajar mereka tentang kerja rumah
+ Ajar mereka erti kehidupan
+ Pupuk kesedaran dalam diri mereka

+ *Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan*

+ *Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik*

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.

---------------------------------------------------------------------

Jika anda merasakan info/perkongsian kami ini berguna, LIKE dan SHARE page ini agar kami dapat kongsikan banyak lagi ilmu2 Parenting daripada admin2 yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Bahasa paling mudah dan sempoi kami guna agar anda tidak bosan baca panjang2

"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"

Like kami: Ibu Bapa Prihatin

Syed Ali Thanthawi Tentang Kematian

cnp

Antara ribuan komen tentang kematian, ada 1 komen yang sangat meruntun jiwa..Semoga kita sama-sama dapat membacanya.

Ini di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:-

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang-barang itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dengan kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yang akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atas mu ada 3.

1. Orang yang mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yang sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu!
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh-sungguh.
Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yang disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini in syaa Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Tazkirah KEMATIAN di atas semuga kita semua insaf bahawa perjalanan sebenar kita masih jauh dan berliku... kita sedang menuju ke alam akhirat yang abadi. Lalu apakah persiapan kita sudah mencukupi?

Saya ingin memohon maaf
atas apa jua kesalahan.

■SALAM SILATULRAHIM

You are Not Too Late Nor Early

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya

Ya Allah Tuhan Yg Menguasai Langit dan Bumi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Di pagi Jumaat, penghulu segala hari ini, hanya pada~Mu  kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat serta segala kurniaan diberikan

Ya Allah Kurniakanlah kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang  beriman serta segala kebaikan di dunia,  jua di akhirat.

Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami demi kebaikan dunia dan akhirat.

Dorongkanlah kami utk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepada Mu jualah kami kembali.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Elakkan Kezaliman Selepas Kemalangan

Lt Kol Husin MC:
🌾 MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN*

*B A W A*
*K E R E T A  A N D A*
*K E  B A L A I  P O L I S  D U L U*

*Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.*

*Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.*

*Jangan tandatangan..! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.*

*Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!*

*Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,*

*"Saya nak towing saje.."*

*Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.*

*Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.*

*Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.*

*Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.*

*Caranya..? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.*

*Contohlah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.*

*Sebab itulah longkai biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.*

*Dan lagi best, anda boleh claim 'lost of use' pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.*

*Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.*

*RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900*

*Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.*

*Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.*

*Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.*

*PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.*

*Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.*

*Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.*

*Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.*

*KEDUA! Hati-hati dengan longkai bila diaorang cakap,*

*"Hantar kat bengkel saya je lah..!"*

*Itu kencing je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu. Share artikel ini kalau berguna pada kawan lain..!*

*M E N G E L A K K A N*
*K E Z A L I M A N  S E M A S A*
*D A L A M  K E M A L A N G A N*

Jagalah Hati


Bismilahirohmanirohim

بسم الله الرحمن الرحيم

*Hati yang hidup (baik) akan menghidupkan tubuh badan. Hati yang sihat akan membuatkan jiwa kita tenang dan iman kita segar. Hati yang sihat akan menjauhi larangan Allah swt.

#Tanda2 hati yang bersih dan sihat:
1. Tidak putus mengingat Tuhannya,
2. Jika terluput zikir, maka ia merasakan gelisah;
3. Rindu untuk beribadah kepada Allah sebagaimana merindukan makanan dan minuman;
4. Bila melakukan ibadah maka hilanglah kedukaan dan datanglah ketenangan;
5. Menjaga masa dan merasa rugi bila melakukan hal yang tak berfaedah;
6. Sentiasa berusaha untuk ikhlas dalam beramal dan berusaha menjauhi riyak dan syirik.

Rasulullah mengajar doa untuk kita amalkan agar hati sentiasa khusyuk dan tenang:

_*"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas (tamak) dan doa yang tidak dikabulkan"*_  (HR Muslim).
Aamiin Ya Robbal Alamiin     
        
*♡Jagalah hati demi untuk mencari keredhaan Allah swt. Penuhkan hati dgn ilmu, dengan zikrullah dan dengan kalamullah♡*

Friday 28 April 2017

Doa Melunaskan Hutang

Sahabat yang di rahmati Allah..

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?”

Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”

Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”

Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”

Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada pagi dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن… (Doa di bawah). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Doa ini di baca 3 kali pagi dan 3 kali petang. Jika diamalkan secara istiqamah, insyaallah masalah hutang akan selesai. Doa ini juga terdapat dalam buku doa alma'surat. Boleh didapati di kedai-kedai buku. Amalkan dengan yakin. Saya telah mengamalkan doa ini, alhamdulillah sebahagian dari hutang saya telah selesai saya lunaskan.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.

Mengibas Tempat Tidur 3 kali

Kenapa Rasul SAW suruh kita kibas cadar sebelum tidur.... Ni hikmah dia😍
--------------"""-------------

Mengibas debu dri tempat tidur

Informasi yang sangat berharga!

Hikmah di sebalik mengibas debu di cadar tilam sebelum tidur.

Mengapa kita harus mengibas cadar tilam kita?

Ini adalah apa yang kita akan ungkapkan dan di sinilah tantangan ilmiah dan kesimpulan oleh para ilmuwan Barat:

Ketika seseorang tidur beberapa sel-sel mati dan jatuh ke cadarnya. Setiap kali kita bangun ia akan akan tertinggal di belakanh dan terakumulasi. Sel-sel mati ini tidak terlihat oleh mata dan hampir tidak dapat dihancurkan.

Ketika jumlah sel-sel mati meningkat maka akan dengan mudah menembus kembali ke dalam tubuh, ini boleh menyebabkan penyakit serius.

Ilmu Barat cuba untuk menghancurkan sel menggunakan berbagai disinfektan seperti Dettol dan sejenisnya, tapi semua sia-sia. Sel-sel mati tidak pindah atau hilang.

Salah satu ilmuwan mengatakan, ia mencuba mengibas debu 3 kali seperti dalam Hadis dan tercengang  menemukan bahwa semua sel-sel mati hilang !!

Nabi ﷺ bersabda: "Barangsiapa pergi ke tempat tidur, ia harus mengibas debu di cadar tidurnya tiga kali, kerana dia tidak tahu apa yang ditinggalkan"

Kebanyakan orang berfikir itu adalah cara menghilangkan serangga kecil tapi tidak tahu bahwa masalah ini jauh lebih besar dari itu.

Hal ini sangat menyedihkan bila menemukan bahwa kebanyakan dari kita mengabaikan ajaran Nabi ﷺ.

Silakan share, biar seluruh dunia tahu bahwa apa pun perintah Allah SWT adalah untuk kepentingan dan kebaikan manusia. سبحان الله.

Wednesday 26 April 2017

Urik asid tinggi menjadi sihat dengan Cellmaxx

Urik asid tinggi menjadi sihat dengan Cellmaxx.
Pengakuan Pengguna Cellmaxx
Seumur hidup tak pernah amik apa2 supplements. 2.5 tahun yang lalu fobia dengan segala jenis ubat-ubatan due to some pblm.


Sampai ubat batuk dan panadol pun takut nak makan.
Selepas mengambil 3 kotak Cellmaxx bacaan urik asid dari 500 ke atas telah turun kepada 343 dan penyakit2 lain yang dihidapi sudah banyak berkurangan.

Info Cellmaxx Whatsapp 012-3408995

#makeityourjourney #allouttothemaxx #cellmaxx #betulbetullaris #networkmarketing #inilahpentasnya #alhamdulillah #syukurlah #truehealthtruewealth #push #livelifeloveit #allouttothemaxx #maxxima #drrezaibrahim #drreza #CHRIS2Coach #0123408995 #cellmaxxampang #cellmaxxmalaysia #fattehcellmaxx #stemsel #push2017 #allout2017 #malaysiabookofrecords #airasia #urikasid #pengakuanpenggunacellmaxx #pengakuanpengguna

Sunday 23 April 2017

Apakah Takbur

TAZKIRAH PENGHULU HARI

TAJUK: TAKBUR

            Salah satu penyakit hati ialah sifat takbur yang dikenali melalui perwatakan yang suka menunjuk-nunjuk serta ego. Bagaimanakah kita hendak mengenali sifat-sifat ini?. Di sini saya sertakan tips mengenal-pasti sifat ini bagi membantu diri kita untuk mengubatinya, insyaallah.

*Takbur ialah*
*Bangga dirinya melebihi orang lain, suka memuji diri, bangga dengan kemuliaan diri, harta, ilmu dan keturunannya.
* Suka menonjol diri kepada orang lain.
* Memandang rendah orang lain.
* Minta dirinya dipuji di majlis keramaian.
* Bermulut keji, suka mencela atau mengkritik orang lain secara berlebihan dan melampau.
* Berlagak angkuh ketika berjalan.
* Memaling muka ketika bertemu dengan seseorang.
* Berlagak dalam berbicara.
* Membantah teguran orang lain.
* Tidak mengendahkan nasihat dan teguran orang lain.
* Berlagak pandai walaupun tidak tahu.
* Berpakaian terlalu menonjol dan berlebih-lebihan.
* Suka menindas orang Islam yang lemah dan miskin.
* Berlagak dirinya sahaja betul dan tidak pernah salah.
* Suka membazir harta benda sama ada milik sendiri atau orang lain.

             Antara punca utama segala sifat tersebut berlaku ialah apabila hati kita sudah hilang sifat kehambaan kepada Allah SWT. Sudah tidak merasai kewujudan Allah SWT, yang bahawasanya dari Allahlah segala yang kita miliki dan punyai selama ini. Segala-galanya hanya dipinjamkan Allah kepada kita sebagai modal untuk beramal. Berusaha mentaati dan berbakti mengikut ketentuaanNya.

                    Firman Allah SWT: Maksudnya, “Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan amal (ketaatan) kepada-Nya dalam menjalani agama yang lurus, mendirikan shalat, menunaikan zakat. Itulah agama yang lurus.” (QS. Al-Bayyinah : 5)

                Sifat ikhlas ialah lawan kepada sifat takbur seperti merendah diri, kasih sayang dan bersopan santun sesama manusia dan tolong menolong sesama insan, lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Dari situlah akan lahirnya sifat ikhlas yang sebenarnya.

( Copy Paste dari: mohamadzakihalim.com)

Tinggakan Dunia Sebelum Waktu

"Orang mukmin yang hebat ialah, dia meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah. Dia datang masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal".

Sekadar renungan......

Killer Speech by Robert Mugabe

*Killer speech by Zimbabwe President Robert Mugabe:*

_"Racism will never end as long as white cars are still using black tyres. Racism will never end if people still use black to symbolise bad luck and white for peace. Racism will never end if people still wear white clothes to weddings and black clothes to funerals. Racism will never end as long as those who don't pay their bills are blacklisted not white listed. Even when playing snooker, you haven't won until you've sunk the black ball, and the white ball must remain on the table! But I don't care, as long as I'm still using white toilet paper to wipe my black ass, I'm happy."_

Selamatkan Hati dari Buruk Sangka

(mana nak dapat sekarang)
Suatu hari, Saidina Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan.

Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.

Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya,

"Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"

Jawab lelaki itu,

"Bukan."

Ditanya kembali oleh Umar,

"Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?"

Dia menjawab,

"Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."

Umar bertanya lagi,

"Kamu hamba atau merdeka?"

Lelaki itu menjawab,

"Hamba milik seorang Bani Asim."

Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata,

"Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."

Lelaki itu berkata,

"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.

Beliau bertanya,

"Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"

Dia berkata,

"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA "

"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."

Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

#KalamUlama

Tip Lepaskan Diri dari Seksa Kubur

Anonymous™:
TAJ TSHA:
🙋‍♂✍ⓂR TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■💕Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■💕Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■💕Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■💕Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■💕AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■💕Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■💕Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■💕Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■💕Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■💕 Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■💕Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■💕Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■💕Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■💕Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

🔴Jangan lupa share Ⓜsr✍

Thursday 20 April 2017

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Hantarkan pada yang lain, untuk mengingati mereka. Semoga Allah merahmati kamu ! Amin :)
--------------------------
Tgms

Monday 17 April 2017

Tuisyen Percuma

# Kerajaan Selangor telah melancarkan tuisyen online percuma untuk pelajar2 Tingkatan 5. Anda perlu log masuk ke laman web berkenaan untuk dapat tuisyen percuma. Sila sebarkan.
www.smartselangorfreetuition.com

Jom Baca Al-Mathurat

*Jom Baca Al-Mathurat

Ayuh sahabat semua, luangkan waktu kita sebentar bersama Al-ma'thurat. Semoga beroleh ganjaran dan keredhaan di sisi Allah swt.

اَعُوذُ باِلله السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنْ الشَيْطَانِ الرَّجِيْمِ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

🌷1) سورة الفاتحة 

🌷2) سورة البقرة 1-5

🌷3) اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ 

🌷4) لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

🌷5) اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

🌷6) لِّلَّه ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dibaca 1x : Al Baqarah 284

🌷7) آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Dibaca 1x : Al Baqarah 285

🌷8) لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Dibaca 1x : Al Baqarah 286

🌷9) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Dibaca 3x

🌷10) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Dibaca 3x

🌷11) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ مَلِكِ النَّاسِ إِلَهِ النَّاسِ مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ
Dibaca 3x

🌷12) اَصْبَحْنَا وَاَصْبَحَ /اَمْسَيْنَا وَاَمْسَى المُلْكُ لله وَالْحَمْدُ لله لاَ شَرِيْكَ لَهُ لاَ اِلَهَ الا هُوَ وَاِلَيْهِ النُّشُوْر /واليه المصير
Dibaca 3x

🌷13) اَصْبَحْنَا / اَمْسَيْنَا عَلَى فِطْرَةِ الاسْلامِ، وَكَلِمَةِ الاخْلاصِ وَعَلىَ دِينِ نَبِيَّنَا مُحَمَّدٍ صلى الله عَلَيْهِ وَسّلَم وَعَلى مِلَّةِ اَبِيْنَا اِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفَا وَمَا كَـانَ مِنَ المُشْرِكِيْنَ
Dibaca 3x

🌷14) اَللَّهُمَّ اِنِّى اَصْبَحْتُ / أمسيتُ مِنْكَ فِى نِعْمَةٍ وَعَا فِيَةٍ وَسِتْرِ فَأَتِمَّ عَلَى نِعْمَتَكَ وَعَافِيَتَكَ وَسِتْرْكَ فِى الدُّنْيَا وَالاخِرَةِ
Dibaca 3x

🌷15) يَا رَبِى لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلالَ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
Dibaca 3x

🌷16) رَضِيْتُ بِا للهِ رَبَّا، وَبِالاِِسْلامَ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُولا
Dibaca 3x

🌷17) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسَهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَاد َكَلِمَاتِهِ
Dibaca 3x

🌷18) اَللّهُمَّ إَنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ اَنْ نُشْرِكَ شَيْءًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ نَعْلَمُهُ
Dibaca 3x

🌷19) بِسْم اللهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَى ءٌ فِى الارْضِ وَلا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ
Dibaca 3x

🌷20) اَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Dibaca 3x

🌷21) اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Dibaca 3x

🌷22) اَللُّهُمَّ عَافِنِى فِى بَدَنِى اَللُّهُمَّ عَافِنِى فِى سَمْعِى اَللُّهُمَّ عَافِنِى فِى بَصَرِى
Dibaca 3x

🌷23) اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ والْفَقْرِ اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لاَ اِلَهَ اِلاَ اَنْتَ
Dibaca 3x

🌷24) اَسْتَغْفِرُ الله الَّذَى لاَ اِلَهَ اِلاَ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومَ وَاَتُوبُ اِلَيْهِ
Dibaca 3x

🌷25) سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، اَشْهَدُ اَنْ لا اِلَهَ الا اَنْتَ اَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوبُ اِلَيْكَ
Dibaca 3x

🌷26) اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَامُحَمد عَبْدِكَ وَنَّبِيِّكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِي الامِّي وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَّلِمْ تَسْلمًا عَدَدَ مَا أَحَاطَ بِهِ عِلْمُكَ وَخَطَّ بِهِ قَلَمُكَ وَأَحَصَاهُ كِتَابُكَ وَاَرْضَ اَللَّهُمَّ عَنْ سَادَاتِنَا اَبِي بَكْر وَعُمَرَ وَعُثمَانَ وَعَلِيِّ وَعَنِ الصَّحَابَةِ أَجْمَعِيْنَ وَعَنِ التَّابِعِيْنَ وَتَابِعِيْهِمْ بِإِحْسَانَ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَّلامُ عَلَى المُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لله رَبِ الْعَالَمِيْنَ          

☘Doa penutup☘ 

🌷27) اللَّهُّمَ إنَّا نَسئْاَلُكَ لِسَانًا رَطبًا بِذِكرِكَ وَقَلْبًا مفْعُما بِشُكْرِكَ وبدا حينا لينا بطاعتك اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْالُكَ إِيمَانًا كَامَلا وَنَسْاَلُكَ قَلْبً خَاشِعًا وَنَسْاَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا, وَنَسْاَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا وَنَسْاَلُكَ دَيْنًا قَيِّمًا, وَنَسْاَلُكَ الْعَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّةٍ وَنَسْاَلُكَ تَمَامَ الْغَنِى عَنِ النَّاس وَهَبْ لَنَا حَقِيْقَةَ الايْمَانِ بِكَ حَتَّى لا نَخَاف وَلا نَرْجُوَ غَيْرَكَ وَلا نَعْبُدُ شَيْـئا سِوَاك وَاجْعَلْ يَدَكَ مَبْسُوْطَةً عَلَيْنَا عَلَى اَهْلِيْنَا وَاَوْلادِنَا وَمنْ مَعَنَا بِرَحْمَتِكَ وَلا تَكٌِلْنَا اِلَى أَنْفُسِنَا طَرْقَةَ عَيْنِ وَلا اَقَلّ مِنْ ذَلِكَ يَانِعْمَ الْمُجِيْبُ وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ وعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

#AuraFitrah99
#RawatanPerubatanIslam
#RuqyahSyar'iyyah

Sunday 16 April 2017

TIPS POSTING FACEBOOK YANG BERKESAN

 TIPS MUDAH 4

TIPS POSTING FACEBOOK YANG BERKESAN
.
7.30-9.30am
.
TABIAT
👉Org nk mula kerja
👉Hari isnin-rabu trafik laju
👉Hari jumaat mood org kerja dah berkurangan,maka lebih rajin berfb
👉Hari jumaat post ttg islamik sahaja.
.
CIRI-CIRI POST
👉Menyegarkan
👉Inspirasi
👉Motivasi
👉Softselling
.
12.30-2.00pm
.
TABIAT
👉Waktu org keluar lunch
👉Mereka xde masa nak baca cerita pjg
👉Sambil makan,beratur ambil lauk
👉Hari jumaat,pempuan rehat panjang
👉 Maka boleh buat cerita panjang la masa solat jumaat kan.
.
CIRI-CIRI POST
👉Ringkas
👉Santai
👉Ringan
.
5.30-7.00pm
.
TABIAT
👉Org balik kerja.
👉Mood penat xbertenaga.
.
CIRI-CIRI POST
👉Post kelakar,joke,humor.
👉Elakkan post tentang traffic jem.
.
10.00-11.45pm
.
TABIAT
👉Sudah siap solat isyak dan sudah makan malam.
.
👉Mula online sambil menonton tv.
👉Ada juga yg memang ngadap pc,laptop @ smartphone semata-mata fesbuking
.
CIRI-CIRI POST
👉Traffic paling laju jam 10 malam.
👉Ada juga yang post seawal 9:30pm
👉Masa terbaik utk buat branding
👉 Marketing , Positioning @ Hard Selling
👉 Buat diskaun hebat @ tawaran meleleh

🔴Aktiviti fesbuking mula slow 11:45 sebab online banking tutup pada 12pm.
🔴12pm org mula masuk tidur.
🔴Xperlu update sebarang post selepas 11.30 malam.
.
🔴Jgn update post selepas 12 mlm,
Nampak sgt kita ketagih fb.
😂😂😂

Azlan Khairuddin
Diamond Awet Muda😎

#BuatSaja
                        

40 Pelajaran dari Nabi Muhammad SAW

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Hantarkan pada yang lain, untuk mengingati mereka. Semoga Allah merahmati kamu ! Amin :)
--------------------------
Tgms

Friday 14 April 2017

Luar biasa Orang membaca Al-qur'an

*Luar biasa bagi yang membaca Al-qur'an*

Berkata Abdul Malik bin Umair:
"Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-qur'an".

"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-qur'an".

Berkata Al-imam Qurtubi:
"Barang siapa yang membaca Al-qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.
"Perbanyaklah membaca Al-qur'an jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah:
"Bahwasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca Al-qur'an,  maka oleh karena itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari baca'an manusia".

Berkata Abu Zanad:
"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan pada nya ada yang membaca Al-qur'an".

Berkata Shaikhul Islam ibnu Taimiyyah: "tidak ada sesuatu yang lebih bisa memberikan nutrisi otak, kesegaran jiwa, dan kesehatan tubuh serta mencakup segala kebahagiaan melebihi dari orang yang selalu melihat kitabullah ta'ala".

Bergantunglah pada Alqur'an niscaya kau akan mendapatkan keberkahan.
Allah berfirman: "ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh keberkahan agar mereka mau mentadaburi ayat-ayatnya".

Berkata sebagian ahli tafsir
"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-qur'an maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Saya memohon kepada Allah agar mberikan taufiqnya kepada saya dan kalian semua untuk selalu membaca Al-qur'an dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada Alqur'an maka sebarkanlah,,,
demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Alqur'an maka pahala anda akan selalu mengalir..

🌾🌿alaqsatahfiz.edu.my🌿🌾

14 Cara Mengundang Rezeki Allah

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan. 

- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

- Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Rezekimu bukan daripada bossmu atau pelangganmu. Tetapi daripada Allah S.W.T.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah S.W.T Redhai.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Thursday 13 April 2017

Redha la dengan Takdir

Takdir itu terus berjalan..dan akan terus berjalan..ia tidak sesekali mempedulikanmu..jika engkau sabar dan redha maka engkau akan mendapat bahagianmu itu..dan jika engkau membangkang tidak redha dan bersunggut engkau juga akan mendapat bahagianmu..sedangkan episod takdir itu akan tetap berjalan meninggalkanmu
Bergantung haraplah dengan merendahkan diri dihadapan Allah dalam hal keadaan apa pun..takut dan haraplah kepadaNya..dan waspadalah dengan Allah dalam membolak balikan mengikut kehendakNya..
Semoga dalam jagaan Allah dan didikan Allah untuk orang2 yang tidak pernah kenal putu asa..
Insan yang mulia dilisan makhluk belum tentu ia mulia pada pandangan Allah..hina pada lisan manusia belum tentu hina pada pandangan Allah..
Ketahuilah olehmu.. kerungsingan manusia itu kebanyakkan terhadap masa depan dunia..takut dengan masa depan kehidupan dunia..sibuk dengan perancangan masa depan dunia.. terlupa bahawa masa depan kita adalah akhirat..sebuah perjalanan yang panjang yang begitu mendebarkan..
Kerana terlalu terangnya dunia terlupa akan kegelapan kubur..
Kerana terlalu luas dan cantiknya rumah2 didunia terlupa dengan sempitnya liang lahad nanti..

~ Kalam Sufi ~

Cara Memagar Rumah, Bangunan atau Kawasan

CARA ‘MEMAGAR’ BANGUNAN & KAWASAN
(Kaedah Ikhtiar Muslim)

‘MEMAGAR’ RUMAH (BAHAGIAN DALAM)

1. BIASANYA dilakukan pada waktu malam.

2. Mulakan dengan azan/ iqamah di tengah rumah. Cukup dengan suara perlahan.

3. Seorang duduk di tengah rumah, baca surah Al-Baqarah. Bacaan diteruskan sehinggalah tamat proses ‘memagar’. Tak perlu dihabiskan keseluruhan surah Al-Baqarah, tapi jika dapat diteruskan hingga habis lebih baik.

4. Seorang lagi berperanan sebagai tukang renjis. Berdiri di tepi mana-mana dinding dengan bahu kanan menghala ke dinding. BIASANYAdimulakan dengan dinding kanan rumah (Berdiri di dalam rumah menghadap pintu utama rumah, tengok sebelah kanan. Dinding itulah yang dimaksudkan). Jarak di antara dinding dengan perenjis lebih kurang 2-3 kaki.

5. Perenjis berjalan perlahan-lahan ke arah hadapan (dengan bahu kanan menghala ke dinding) ke setiap dinding. Sampai ke pintu-pintu bilik, masuk ke dalam bilik, lalu kesemua dinding dan keluar. Terus berjalan sehinggalah sampai ke tempat mula.

6. Cara merenjis – Paling mudah gunakan botol ‘spray’. Sambil berjalan, sembur sahaja. Boleh juga air yang sudah diruqyah di isi dalam sebuah bekas dan direnjis dengan tangan (tapi melenguhkan). Celup tangan dalam air, renjis dari kiri ke kanan (ke arah dinding). Sedikit renjisan pun sudah cukup, ambil syarat sahaja. Kalau tidak nanti habis basah dinding, lantai dan perabot.

7. Sambil merenjis, bacakan apa-apa ayat Al-Quran ataupun doa berterusan. BIASANYA orang suka baca Ayat Kursiy. Boleh saja jika hendak baca 3 Qul, surah Al-Fiil, doa-doa dan ayat-ayat yang lain.

8. Setelah sampai ke tempat mula tadi, pandang ke arah bumbung. ‘Spray’/ renjis sekali, sekadar ambil syarat memagar bahagian atas.

9. Bahagian (dinding) dalam tandas dan bilik air tidak direnjis. Cukup dengan merenjis di depan pintu tandas sahaja.


CARA ‘MEMAGAR’ KAWASAN RUMAH.

Lebih kurang sama seperti cara memagar dalam rumah.

1. Berdiri menghadap pintu pagar/ laluan utama ke luar. Lihat sebelah kanan rumah. Perenggan/ pagar / sempadan itulah yang dimaksudkan. Mula memagar dari situ. Berjalan di tepi semua pagar/ sempadan sambil merenjis/ menabur bahan. Sambil berjalan, baca ayat-ayat pilihan (biasanya Ayat Kursiy).

2. Mulakan dengan azan/ iqamah di dalam rumah. Kemudian seorang baca surah Al-Baqarah. Seorang lagi merenjis (jika air) ataupun menabur (jika lada hitam, garam atau lain-lain).

3. Cara merenjis/ menabur sama seperti memagar dalam rumah.

4. Akhirnya, pandang bumbung rumah, renjis/lontar sedikit bahan sebagai syarat.


Apakah ‘pagar’/’benteng’ yang dibuat boleh ditembusi?

Ya, antaranya dalam keadaan-keadaan berikut:

1. Pagar sudah lama. Selang beberapa bulan ataupun setahun sekali digalakkan buat pagar yang baharu. Pagar lama mungkin sudah rosak, berlubang ataupun rapuh pada mana-mana bahagian. Pagar ghaib ini samalah seperti pagar zahir yang kita buat daripada batu, kayu, dawai dan lain-lain. Lama-kelamaan ia akan berkarat, dimakan anai-anai, tumbang ditanduk lembu dan lain-lain.

2. Penghuni rumah/ kawasan yang dipagar itu selalu melakukan perkara-perkara yang dilarang agama menyebabkan pagarnya semakin nipis, runtuh ataupun berlubang.

3. Jin/ pengamal sihir yang berusaha meruntuhkan pagar itu ialah seorang yang benar-benar kuat ilmunya (atas izin Allah). Biasanya mereka ada kaedah untuk menembusi pagar yang dibuat. Jin-jin dan pengamal sihir kebanyakan biasanya tak berjaya tembus.

4. Salah seorang/ beberapa orang/ keseluruhan keluarga itu ada jin saka. BIASANYA jin saka dapat menembusi pagar/ benteng kerana dia ialah ‘family member’ (sudah jadi ahli keluarga tersebut). ‘Family member’ boleh keluar masuk sesuka hatinya.


Bagaimana cara untuk mengukuhkan pagar?

1. Penghuni rumah/kawasan lakukan amal-amal soleh, dan buat amalan-amalan pendinding seperti selalu/ setiap hari al-Ma’thurat, atau Manzil, atau apa-apa wirid yang sesuai.
2. Perbaharui pagar selang beberapa bulan/ tahun.

Siapakah yang boleh melakukan proses memagar?

Perawat, tuan rumah atau sesiapa sahaja Muslim yang ada keyakinan.

Tandas dan bilik air tak dipagar. Tidakkah berbahaya?

1. Luar kawasan rumah sudah dipagar. Jadi tak perlu risau.
2. Sebelum masuk bilik air/ tandas, baca doa: “Allaahummainni a’uzhubika minal qubuthi wal qabaaith.”
3. Untuk menguatkan lagi, boleh saja berzikir DI DALAM HATI semasa berada di dalam bilik air/ tandas.


#AuraFitrah99
#RawatanPerubatanIslam
#RuqyahSyar'iyyah

12 AMALAN SALAH DALAM RAWATAN ALTERNATIF/TRADISIONAL

12 AMALAN SALAH DALAM RAWATAN ALTERNATIF/TRADISIONAL

1) Jampi Mentera

Bagi hal berkenaan jampi dan mentera, terdapat dalil yang jelas daripada hadith Nabi (s.a.w) yang melarang menggunakan jampi dan mentera khususnya daripada jenis jampi dan mentera yang memuja dan menyeru makhluk halus, mengandungi kata-kata kufur atau kata-kata yang tidak difahami maknanya.

Daripada ‘Awf bin Malik al-Ashja‘i r.a.: “Ketika zaman Jahiliyyah, kami melakukan jampi. Maka kami bertanyakan Rasulullah (tentang perkara itu): “Wahai Rasulullah, bagaimanakah hukum, terhadap yang demikian?” Maka sabda Rasulullah (s.a.w): “Kemukakan kepada ku jampi kamu itu; tidak mengapa menjampi selagi ia tidak mengandungi syirik (kepada Allah)” (Riwayat Imam Muslim r.a.).

Menurut pandangan Tuan Guru Prof. Dr. Hj. Jahid Bin Hj. Sidek al-Kholodi al-Naqsyabandiah dari Pusat Rawatan Islam al-Manarah mengatakan bahawa mereka yang mengamalkan jampi mentera dalam perubatannya adalah salah disisi agama dan ia bercanggahan dengan prinsip perubatan Islam itu sendiri.

2) Ilmu Sihir untuk Melawan Sihir

Manakala penggunaan ilmu sihir untuk merawat sihir larangannya adalah jelas berdasarkan kepada hadith Nabi (s.a.w) yang melarang pendekatan sedemikian digunakan untuk merawat orang yang terkena sihir. Kaedah ini dinamakan dalam hadith sebagai “al-Nushrah”.

Daripada Jabir r.a. berkata: “Rasulullah (s.a.w) telah ditanya tentang al-Nushrah. Maka sabda Rasulullah (s.a.w): “(al-Nushrah) adalah amalan syaitan.” Bahkan mempelajari sihir juga haram. Nabi (s.a.w) pernah bersabda riwayat Ibn ‘Abbas r.a. berkata, Nabi (s.a.w) pernah bersabda:“Sesiapa yang mempelajari satu cabang ilmu dari ilmu nujum (tilik), maka dia telah mempelajari cabang ilmu (dari) sihir, maka ia akan bertambah dan terus bertambah (kesyirikan dan ilmu sihirnya)” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.). Jadi, apatah lagi mengamalkannya dan menghantarnya dengan cara saka dan santau untuk menganiayai orang lain.

3) Tangkal dan Azimat

Tangkal dan azimat adalah budaya khurafat, tahyul dan syirik yang sering dipaparkan dalam rawatan tradisional. Tujuannya adalah untuk mengubati penyakit seperti sawan, cacing, demam, gangguan hantu syaitan, menolak bala dan lain-lain. Dalam masyarakat Malaysia, fetish atau tangkal dipakaikan pada kanakkanak, untuk mengelakkan daripada ditimpa penyakit sawan dan lain-lain. Tangkal juga diletakkan depan pintu rumah supaya tidak dimasuki makhluk halus dan orang yang jahat (Jawiah, 2010).

Perawat yang membuat tangkal lazimnya menggunakan ayat al-Qur’an, gambar rajah, nombor, simbol dan perkataan Arab, yang mempunyai makna tertentu pada sesuatu. Kemudiannya dibalut kemas dan di asapkan dengan kemenyan lalu dipakaikan pada orang yang berhajat. Tangkal atau azimat banyak dipakaikan kepada anggota badan dan digantung pada pintu rumah kononnya bagi mengelak penyakit, gangguan dan bala. Inilah cara yang lazim menggunakan tangkal dan azimat.

Tangkal dan azimat adalah haram dan termasuk dalam perbuatan sihir dan syirik bertepatan dengan sabda Nabi (s.a.w) melalui Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: “Sesiapa yang mengikat suatu ikatan (tangkal), kemudian menghembus (menjampi) pada ikatan tersebut, ia telah melakukan sihir, sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah berlaku syirik. Sesiapa yang menggantung sesuatu (tangkal), maka dia telah bertawakkal dengannya” (Riwayat Imam Nasa’i r.a.).

Syeikh ‘Atiyyah Saqar juga pernah mengucapkan “Sesiapa yang mempercayai sesuatu khurafat seperti kayu kokka (sebagai tangkal pelindung yang) dapat menghindarkan syaitan dan iblis, memurahkan rezeki dan menyembuhkan penyakit adalah pelaku syirik kerana segala itu adalah hak Allah (s.w.t) semata-mata” (Zaharuddin, 2011).

Hasil dari temu bual penulis dengan pengasas pusat rawatan Islam Darussyifa’ Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haron Bin Din menyatakan bahawa penggunaan tangkal azimat dalam perubatan adalah haram dan ia seolah-olah tidak percaya terhadap kekuasaan Allah dalam menyembuhkan penyakit manusia.

4) Mandi Bunga

Amalan mandi bunga adalah sejenis khurafat yang diamalkan dan dilakukan terutamanya di dalam amalan perubatan tradisional untuk membuang sial, menghindari bala penyakit dan membawa tuah. Kononnya untuk membuang sial pada anak dara yang tidak mendapat jodoh meskipun usia sudah lanjut. Nabi (s.a.w) pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada penyakit berjangkit dengan sendirinya tanpa takdir Allah (s.w.t), tiada tanda sial pada burung (melalui burung berterbangan kiri atau ke kanan), tiada sial pada burung hantu (tiada roh orang mati

dibunuh yang menuntut bela) dan tiada sial pada bulan Safar” (Riwayat Imam Bukhari r.a.).

Dr. Yusuf al-Qaradawi juga menyatakan, “Kepercayaan sial ini termasuklah menganggap sial pada haiwan, tempat dan masa. Sesiapa yang mempercayai adanya sial, maka dia telah berlepas diri (tidak bertawakkal) pada Allah (s.w.t)”. (Zulkili Hasan, 2013).

5) Menggunakan Ruqyah yang Tidak Difahami Ucapannya

Dalam bidang rawatan alternatif, ruqyah yang diperbolehkan Rasullullah (s.a.w) mempunyai syarat-syarat tertentu. Selagi mana ruqyah menggunakan lafaz yang difahami dan tidak ada unsur syirik, maka dibolehkan meruqyah dengannya. Ruqyah yang dilakukan menggunakan bahasa yang tidak difahami dan mengarut adalah salah dan boleh menimbulkan keraguan. Antara syarat ruqyah syar’iyyah adalah perlu seeloknya menggunakan sumber dari Al-Qur’an dan Al-Sunnah, tiada unsur syirik dan pemujaan, i’tiqad kesembuhan bukan pada ruqyah, tetapi pada Allah (s.w.t), dan menggunakan bahasa yang boleh difahami dan bukannya kalam orang yang kafir atau jahil yang boleh menimbulkan keraguan dan itnah.

Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda melalui ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy r.a., “Kami semasa zaman Jahiliyyah biasa melakukan jampi mentera, lalu kami bertanya kepada baginda (s.a.w): Wahai Rasulullah !, Apakah pendapat kamu di dalam masalah ini?. Maka baginda (s.a.w) pun bersabda “Tunjukkanlah kepadaku jampi-jampi kalian, tidak mengapa meruqyah selagi mana tidak mengandungi syirik (Riwayat Imam Muslim r.a.).

6) Pengeras

Dalam mendatangi bomoh atau perawat, pastinya ada istilah “pengeras”. Pengeras adalah ganjaran dan upah yang diberikan kepada bomoh atau jin peliharaan atas tilikannya (bantuan jin). Pengeras boleh jadi berupa wang, haiwan, makanan dan lain-lain.

Memberi pengeras adalah haram bersandarkan sabda Nabi (s.a.w) dari Abi Mas’ud al-Ansari r.a.: “Sesungguhnya Rasullullah (s.a.w) menegah (melarang) tentang jual beli anjing, wang hasil pelacuran dan memberi pengeras (habuan) untuk bomoh (atas tilikan dan ramalannya)” (Riwayat Imam Bukhari r.a.).

Malahan, begitu jua halnya apabila seseorang mendatangi bomoh, jika tidak yakin kepada dukun, maka pesakit tidak akan berusaha sedaya upaya untuk mencari dan memberi pengeras kepada bomoh tersebut walaupun pengerasnya cukup pelik dan mahal sehingga membazir masa, wang dan tenaga, jadi, dia mesti yakin sepenuhnya kepada bomoh tersebut (misalnya jikalau dia memberikan pengeras seperti yang diminta, akan sembuh).

7) Mendatangi Dukun, Tukang Tilik dan Seumpamanya

Mendatangi dan menggunakan khidmat bomoh serta dukun meskipun dalam mencari rawatan untuk kesembuhan adalah dilarang dalam Islam. Ia menjadi khurafat apabila ia melibatkan sihir, dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan
syirik kepada Allah (s.w.t).

Sabda Nabi (s.a.w) riwayat Abu Hurairah r.a.: Sesungguhnya Rasullullah (s.a.w) bersabda, “Sesiapa yang mendatangi (jima’) perempuan yang haid, atau berjima’ dengan isterinya dari duburnya, atau mendatangi dukun (bomoh) dan mempercayai ramalannya, maka ia telah kufur terhadap apa yang diturunkan pada Nabi Muhammad (s.a.w) (agama Islam)” (Riwayat Imam Ibnu Majah r.a.)

Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menyebutkan: “Amalan (mempercayai bomoh) ini ialah syirik dan satu bentuk kezaliman yang paling besar terhadap Allah (s.w.t) dan syariat-Nya. Islam menentang sebarang bentuk khurafat seperti ini dan Islam adalah agama yang berdiri di atas keyakinan dan bukannya sangkaan" (Basri Ibrahim, 2009).

Masyarakat perlu berwaspada kerana kadang kala bomoh boleh menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat (tabib), wali, peramal bahkan ustaz. “Tok bomoh” yang berperanan mengubati orang sakit, menghalau syaitan dan lain-lain. Bomoh masih dipercayai sehingga kini kerana bomoh berupaya menyembuhkan penyakit dari kuasa ghaib yang tidak dapat diubati perubatan moden. Tok bomoh yang menggunakan khidmat jin suruhan akan membuat suatu perjanjian sebelum bekerjasama. Semakin taat bomoh pada jin dengan mengikuti segala perintahnya (berbuat maksiat), maka semakin taat pula jin kepadanya. Bomoh yang mengubati pesakit menggunakan jin selalunya mengetahui keadaan pesakit sebelum pesakit sampai kerana diberitahu oleh jin suruhannya. Di dalam amalan perubatannya, bomoh menyeru dan memuja nama jinnya. (Wahid, 1996; Mahyuddin Ismail, 2012)

8) Kemenyan

Kemenyan adalah suatu bahan perantaraan yang digunakan oleh kebanyakan bomoh dalam perubatan tradisional, kebiasaannya ia dikaitkan dengan sihir dan jin. Di antara tanda-tanda dukun, bomoh dan tukang sihir yang bersahabat dengan jin dan syaitan adalah mereka menggunakan kemenyan. Dalam amalan tangkal dan azimat, azimat yang siap dijampi di asapkan dengan kemenyan dahulu. Bomoh akan memerintahkan jin suruhannya menjaga azimat tersebut dan mendampingi orang yang memakainya.

Sebenarnya, asap kemenyan adalah sejenis seruan dari bomoh untuk memanggil dan berdamping dengan jin syaitan supaya dapat memohon pertolongan darinya. Ia adalah sebesar-besar kekufuran dan sebesar-besar pintu kejahatan. Syaitan tidak melayani bomoh dan membantunya sehinggalah bomoh tersebut kufur dan patuh pada hasutannya melalui perjanjian yang termeterai. Sebagai balasan kepada jin, maka bomoh mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik seperti meminta darah ayam, pulut kuning, telur berwarna serta lain-lain (Jahid Sidek, 2004).

Sabda Nabi (s.a.w) melalui Nu’man bin Bashir r.a., dia mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Perkara halal itu jelas (terang) dan perkara haram juga jelas (terang). Dan diantaranya terdapat perkara syubhat (kesamaran) yang tidak ramai manusia mengetahuinya. Barang siapa yang menjauhi perkara syubhat, maka dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barang siapa yang terdedah (melakukan) perkara syubhat, maka dia akan terdedah kepada perkara haram, sepertimana pengembala yang mengembala gembalaannya di sekitar (dekat) kawasan larangan, dan ditakuti dia dan gembalaannya akan termasuk (juga) ke dalam kawasan larangan” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.).

9) Pemutus Ubat

Pemutus ubat adalah amalan yang perlu dilakukan apabila mendapat kesembuhan (nazar). Dalam perubatan Islam, hanya doa dan kesyukuran kepada Allah (s.w.t) menjadi tanda pemutus ubat bagi pesakit yang telah sembuh. Inilah yang sebenar menurut Islam, iaitu memanjatkan kesyukuran kepada Rabb al-Jalil. Antara amalan pemutus ubat khurafat yang sering ditonjolkan oleh perwat tradisional ialah melepaskan binatang seperti ayam hitam ke kawasan yang tidak dihuni dan menyembelih binatang yang bersifat tertentu. Hakikatnya, amalan itu bertujuan seumpama nazar tanda terima kasih kepada jin dan syaitan yang membantunya. Jika dilakukan, nescaya jin dan syaitan tidak akan mengganggunya kerana dia telah bersekongkol dengan orang yang melakukan syirik pada Allah (s.w.t).

Rasullullah (s.a.w) telah menerangkan kesesatan perbuatan mereka ini di dalam sabdanya. Dari ‘Amru bin Syu’aib r.a., diriwayatkan dari bapa dan datuknya, Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda: “Tiada nazar kecuali kepada sesuatu yang bertujuan mendapat keredhaan Allah dan tiada sumpah di dalam perkara yang bertujuan memutuskan tali silaturrahim” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.).

Sabda Nabi (s.a.w) lagi dari ‘Aisyah r.a., Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda: “Tiada nazar dalam berbuat maksiat kepada Allah (s.w.t)” (Riwayat Imam Nasa’I r.a.).

10) Bahan Perantaraan Perubatan

Dalam tradisi masyarakat Melayu, keris adalah bahan perantaraan yang sering digunakan dan dipertontonkan dalam rawatan alternatif. Antaranya, kita pernah mendengar istilah “keris berdiri” atau “keris menari dengan sendiri” apabila bomoh yang menggunakan keris mula mengubati pesakitnya. Dalam amalan perubatan, keris ini akan berdiri dan berjalan terapung di atas anggota badan pesakit sehingga ia hanya berhenti di tempat yang sakit. Kononnya keris dapat mencari bahagian anggota yang sakit dan bomoh akan terus menjampi bahagian yang sakit menggunakan keris tersebut. Ini merupakan satu bentuk penipuan secara terang-terangan kepada orang jahil (Hizwan, 2012).

Sebetulnya, jin dan syaitan yang menipu manusia yang jahil dengan mengerakkan keris itu sehingga dapat berdiri dengan sendirinya dan menari. Dengan itu, manusia yang melihatnya berasa kagum dan menyangka keris tersebut mempunyai kuasa sakti. Mana mungkin keris yang pegun sebegitu dapat melakukan sesuatu tanpa didorong oleh sesuatu. Ini semua adalah angkara jin syaitan yang berusaha menyesatkan manusia. Maka, orang ramai akan terjerumus dalam kesyirikan kerana mempercayai terdapat makhluk yang lebih berkuasa selain Allah (s.w.t).

Sebenarnya, jenis benda perantaraan yang digunakan ketika proses perubatan (ruqyah) adalah bersifat subjektif dan terpulang berdasarkan ( تجربه ) iaitu mengikut kepandaian dan kemahiran pengubat dan bomoh. Kaedah fiqh ada menyebutkan, “asal segala sesuatu adalah harus”. Selagi mana bahan perantaraan yang digunakan mempunyai khasiat khusus dalam perubatan dan mampu merawat pesakit, tidak mengandungi unsur haram, makhluk halus, pujaan, kuasa sakti dan boleh membawa kebaikan, maka harus berubat dengannya, digunapakai kaedah serta memberi manfaat kepada orang lain (Zaharuddin A. Rahman, 2011).

Sabda Nabi (s.a.w), “Ada seseorang bertanya pada Nabi (s.a.w): Wahai Rasullullah,
adakah engkau telah berhenti dari melakukan jampi?, Maka Rasullullah (s.a.w) pun bersabda: “Sesiapa yang mampu dari kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya, maka, lakukanlah” (Riwayat Ibnu Hibban r.a.).

11) Roh dan Tahdir al-Arwah

Roh bukanlah benda atau sesuatu yang dapat dilihat dan disaksikan dengan mata kasar, walau dengan cara yang paling canggih sekalipun. Seseorang itu tidak mampu mengetahui hal roh walau sehebat mana pun ilmunya. Allah (s.w.t) beriman dalam Al-Quran (17:85), “Katakanlah (wahai Muhammad): “Roh itu termasuk di dalam urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan kecuali sedikit”. Apabila roh berpisah dari jasad, ia akan berada di alam yang dinamakan barzakh. Ia tidak mampu kembali ke alam dunia sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Roh-roh orang mukmin diberikan nikmat di alam barzakh dan roh orang kafir diazab sehingga kiamat.

Ini bermakna, paparan roh orang mati boleh kembali semula walaupun telah lama mati adalah tidak benar dan khurafat. Jika kelihatan makhluk berupa si mati, maka ulama berpendapat ia hanyalah angkara jin iblis yang menyerupai si mati. Dakwaan bahawa roh orang mati tidak boleh kembali berdasarkan irman Allah (s.w.t) (23:99-100), “Demikianlah keadaan orangorang kair itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, Dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan”.

Prof. Ahmed Azzedine Al-Bayanuny juga menyatakan: “Dakwaan orang yang mampu bertemu dengan roh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan jin dan syaitan. Ia bukannya roh sebenar”.

12) Istighathah Kepada Selain Allah

Istighathah dengan kuasa ghaib yang bertujuan untuk perubatan dan selainnya sudah lama wujud dalam budaya masyarakat Melayu. Istighathah yang dilarang adalah istighathah kepada jin dan syaitan, roh, kubur atau sihir. Hal ini tiada gunanya kerana semua makhluk adalah lemah di sisi Allah (s.w.t) dan perbuatannya termasuk dalam perbuatan syirik pada Allah (s.w.t). Istighathah sesama makhluk dengan meyakini bahawa makhluk tersebut dapat memberi kesan kepada permintaannya adalah sama seperti orang lemas meminta tolong kepada orang lemas dan banduan dengan banduan (Khadher, 2012).

Antara ucapan istighathah lain yang dilarang ialah meminta tolong dengan berkata: “Wahai jembalang air, tolonglah saya dan lepaskan saya dan mereka dari kesusahan dan penyakit ini, sembuhkanlah saya”. Istighathah kepada selain Allah (s.w.t) seperti kepada roh orang yang telah mati atau memohon kesembuhan di kuburan wali atau alim ulama’ ialah budaya syirik sedangkan orang yang mati itu sudah terputus hubungan dengan orang masih hidup.

Nabi (s.a.w) pun pernah bersabda: “Apabila mati seorang anak Adam, terputus segala amalannya kecuali tiga benda, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kepadanya” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.).

Imam Qurtubi pernah mengucapkan “Tidak dinafikan bahawa memohon pertolongan jin dan makhluk halus adalah satu bentuk khurafat, kemusyrikan dan kekafiran. Ini telah menyebabkan jatuh hukum syirik ke atasnya kerana meletakkan kebergantungan dan kesembuhan pada jinnya dan bukan pada Allah (s.w.t)".


Artikel ini bukan rekaan tapi hasil kajian yg ditulis dalam jurnal
 "Seni Perubatan Alternatif Di Malaysia: Analisis Permasalah Metode Rawatan" oleh ;
- Mohd Farhan Md Arifin (Universiti Malaya)
- Khadher Ahmad (Universiti Malaya)
- Nor Izati Samsudin (Universiti Malaya)
- Mohamad Zaim Isamail (Universiti Malaya)
- Muhammad Ikhlas Rosele (Universiti Malaya)


Terima kasih.