Saturday 28 July 2012

Bagaimana Cara Mendapatkan Kulit Yang Cantik?


Kulit yang cantik dan sihat akan menceriakan anda

Kulit yang cantik dan sihat bukan saja menjadi idaman wanita malah lelaki juga. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.
Salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat ialah dengan menjaga pemakanan atau diet anda.

Untuk kesihatan dan kecantikan kulit pastikan diet anda mengandungi vitamin dan nutrien berikut:

  1. VITAMIN A: Membantu mengelakkan kulit dari menjadi kering. Vitamin ini berfungsi untuk penjagaan dan untuk memperbaiki tisu kulit. Banyak terdapat dalam hati haiwan, telor, salmon dan tomato.
  2. VITAMINS B: Sangat penting untuk memastikan kulit yang sihat dan cantik. Vitamin B1 (thiamine) memastikan kulit mendapat zat yang diperlukan dan kelihatan kemerah-merahan dengan memastikan pengaliran darah yang normal. Sumber utama Vitamin B ialah kekacang dan legume.
  3. VITAMIN C: Adalah sejenis antioksida yang akan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan struktur sel kulit. Kerosakan ini akan memecahkan kolagen yang terdapat pada kulit yang muda. Paling sesuai untuk dimakan ialah lada benggala, brokoli dan sayur berdaun hijau gelap.
  4. SELENIUM: Selenium dan copper dapat mengurangkan sunburn pada kulit anda. Sebagaiman diketahui kerosakan dari pancaran cahaya matahari amat kerap berlaku pada kulit anda. Selenium, copper dan zink boleh didapati dari bijirin penuh, makanan laut, telor, tiram dan daging tanpa lemak.


Dapatkan Vitamin A, B, C dan selenium anda setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.


Thursday 26 July 2012

7 Barang Yang Paling Kotor di Sekitar Anda

Keyboard komputer mungkin boleh menjejaskan kesihatan anda
Kekotoran boleh mendatangkan masalah kesihatan. Tentu anda akan menjauhkan diri dari barang atau tempat yang kotor atau anda akan membersihkannya jika boleh. Tapi tahukah anda ada barang kotor dan membahayakan kesiahtan yang anda gunakan setiap hari bahkan anda tidak menjauhinya?

Antaranya ialah:
  1. Remote control TV yang banyak mengumpulkan kuman tambahan lagi jika anda menggunakannya ketika anda tak sihat atau ketika anda makan sambil menonton tv. Selalulah bersihkan remote kontrol TV dan tangan anda bila anda ingin menggunakannya.
  2. Telefon. Tak kiralah samada telefon bimbit atau telefon rumah. Bakteria dengan mudah dipindahkan dari tangan ke mulut anda dan sebaliknya terutamanya ketika anda tidak sihat. Pernahkah anda menyahkuman telefon bimbit anda?
  3. Butang. Pernahkah anda terfikir butang yang anda tekan setiap hari tu penuh dengan kuman? Butang lif, autopay, autoteller, vending machine, mesin game, bahkan bermacam-macam butang lagi mungkin mendatangkan masalah kesihatan.
  4. Troli untuk shopping. Pemegang troli ini penuh dengan pelbagai kuman yang tidak sihat yang biasanya berpindah-randah dari tangan ke makanan dan muka.
  5. Eskalator (Tangga bergerak) iaitu bahagian pemegang (tempat letak tangan). Kebanyakan orang memegang tempat pemegang ini ketika naik atau turun eskalator dan memindahkan kuman dari seorang yang tidak sihat kepada orang lain.
  6. Keyboard komputer. Kuman datang dari tangan yang kotor dan cebisan makanan yang terkumpul di situ dari semasa ke semasa mungkin menyebabkan masalah kesihatan.
  7. Wang yang tiba ke tangan anda mungkin telah melalui tempat yang paling kotor dan tangan-tangan yang penuh kuman yang datang dari orang yang tak sihat.
Selalulah bersihkan tangan anda untuk menghilangkan bakteria setelah anda menyentuh atau menggunakan barang-barang kotor demi kesihatan anda.

Tuesday 24 July 2012

Kekurangan Vitamin D?

Berteduh untuk mengelakkan dari sinar matahari.
Kekurangan Vitamin D berlaku kerana faktor gaya hidup yang tidak mahu kena cahaya matahari.
Vitamin D tidak sepatutnya menjadi masalah bagi negara Malaysia yang terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa yang kaya dengan limpahan cahaya matahari. Mengikut kajian, ramai penduduk Malaysia lelaki, wanita dan kanak-kanak menghadapi kekurangan vitamin D yang boleh didapati secara percuma dari sinaran matahari itu.

Kekurangan Vitamin D terjadi kerana faktor gaya hidup yang selalu mengelakkan dari pancaran cahaya matahari terutama bagi golongan wanita yang menganggap kulit cerah lebih cantik berbanding kulit gelap. Ramai juga yang bekerja di dalam bangunan. Kekurangan Vitamin D juga berlaku di Thailand, Korea, Jepun dan lain-lain.

Fungsi Vitamin D (mengikut kajian terbaru)
  1. Metabolisma sel
  2. Kesihatan tulang.
  3. Kesihatan jantung
  4. Fungsi sistem imun
  5. Sebagai sokongan kepada sistem saraf
  6. Mengurangkan keradangan sistemik (yang membabitkan seluruh badan)
  7. Kesihatan badan secara keseluruhan.
Vitamin D penting untuk mengekalkan tahap serum kalsium dalam darah. Bila kalsium kurang badan akan mendapatkannya dari buah pinggang. Jika gagal, kalsium akan diserap dari tulang anda. Tanda-tanda kekurangan Vitamin D pada orang dewasa yang serius ialah lemah & sakit otot.

Selain mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin D, biarkan diri anda (bahagian lengan dan kaki (leg) pun boleh) anda kena cahaya matahari selama 15 - 30 minit setiap hari untuk mendapatkan cukup bekalan Vitamin D.

Sunday 22 July 2012

1 Ramadhan 2012/1433H Bersama Irfan Khairi

Pada 1 Ramadhan 1433H bersamaan 21 Julai 2012 buat pertama kalinya saya dapat berpuasa dengan Sifu Irfan Khairi ketika menghadhiri kelas kedua kursus DIMS 2nd batch. Saya ingin mencatatkan peristiwa ini sebagai salah satu peristiwa manis yang tak dapat saya lupakan dalam hidup saya.

Hanya ini saja gambar-gambar yang sempat saya rakamkan disebabkan sibuk mendengar lecture yang disampaikan oleh lecturer kami Sifu Irfan Khairi di AeU, Kuala Lumpur ini.

Enjoy the pics ;)

Walaupun berpuasa Sifu Irfan Khairi tetap bersemangat memberikan lecture kepada kami.

Sifu Irfan Khairi dari dekat (maaf blurr sikit). Topik hari ini iaitu topik kedua bagi Kursus Executive Diploma in Internet & Social Media Marketing di AeU Kuala Lumpur ialah membina Laman Web yang menjual.


Sifu Irfan Khairi menjawab salah satu pertanyaan dari salah seorang pelajar.


Kami beratur untuk mendapatkan dummy domain,  username & password untuk latihan praktikal membina laman web pada waktu petang nanti yang akan di kelolakan oleh krew Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) En Zul dan En Putera.

Kami semua berada di Tingkat 20, Main Building, Asia eUniversity, Kuala Lumpur. Sebelum kelas kami bermula pada pukul 9.30pagi, kira-kira pukul 8.30pagi Sifu Irfan Khairi masih berada dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia secara live di TV1, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Saturday 7 July 2012

Apakah Cucian Kering?

Cucian kering biasa digunakan untuk mencuci pakaian seperti kot ini
Cucian kering atau Dry cleaning. Apa itu cucian kering? Sebenarnya cucian kering adalah mencuci menggunakan pelarut selain daripada air.

Ada 3 jenis pelarut yang biasa digunakan iaitu:

  1. Perchlorethylene atau PERC. Ini adalah jenis pelarut yang paling biasa digunakan dalam cucian kering.  Ia sangat toksik dan karsinogen. Ia lekat pada pakaian dan boleh meresap ke dalam badan dan menyebabkan kanser, merosakkan buah pinggang, salur pernafasan serta mencemarkan alam sekitar dan udara. Ia secara beransur-ansur dihentikan penggunaannya di Amerika dan Eropah tetapi ada kemungkinan 80% daripada pengusaha cucian kering masih menggunakannya.
  2. Hydrocarbon. Pelarut yang berasaskan petroleum. Ia lebih baik daripada PERC, tetapi tidak betul-betul mesra alam kerana ia berasaskan petroleum. Tetapi ia lebih baik daripada sesuatu yang 100% toksik. Kira-kira 10% pengusaha cucian kering menggunakannya.
  3. GreenEarth adalah jenama pelarut, ia sebenarnya dikenali sebagai siloxane. Ia selalu diiklankan sebagai green atau mesra alam tetapi ia adalah sebaliknya. Mungkin lebih baik daripada petroleum, tetapi masih karsinogen kerana ia adalah bahan kimia dan tidak baik untuk anda yang menggunakan cucian kering.
  4. Cecair CO2. Ia adalah karbon dioksida yang diletakkan dibawah tekanan supaya menjadi cecair dan digunakan sebagai pelarut. Ia adalah yang paling baik, selamat dan mesra alam. Pakaian keluar bersih dan bebas bahan kimia. Kurang dari 50 pengusaha cucian kering menggunakan bahan ini untuk cucian kering mereka.
Mungkin anda boleh bertanya kedai cucian kering apa jenis pelarut (solvent) yang mereka gunakan bagi keselamatan anda bila membuat cucian kering.

Wednesday 4 July 2012

Khasiat Halia, Kunyit, Bawang Putih dan Bawang besar

Bawang putih sejenis herba yang boleh mengurangkan risiko kanser, gastrik, ulser dan merendahkan tahap kolestrol anda. 
Herba/rempah yang anda gunakan pada setiap hari mempunyai khasiat kesihatan yang amat baik. Di antara herba yang biasa digunakan ialah halia, kunyit, bawang putih dan bawang besar.

Di antara khasiat yang ada ialah:

Halia
  1. Bahan aktifnya flavonoid gingerol dapat mengurangkan dan mengelak penyebaran sel-sel kanser.
  2. Mengurangkan mabuk dalam perjalanan.
  3. Merendahkan tahap kolestrol.
  4. Mengelakkan pembekuan darah, mengurangkan keganansan platelet dan mempunyai sifat anti radang yang boleh melawan penyakit jantung.
Kunyit
  1. Flavonoid curcumin bahan aktif yang terdapat dalam kunyit dapat mendorong kematian sel-sel kanser.
  2. Ia juga dapat mengurangkan saiz tumor kolon sehingga 57%.
  3. Curcumin juga dapat menghalang perkembangan sel-sel kanser.
Bawang putih
  1. Pengambilan bawang putih yang tinggi dapat mengurangkan risiko kanser kerana ia menghalang pembentukan nitrosamine (sejenis karsinogen) dari makanan yang dimakan.
  2. Bawang putih mentah atau dimasak yang ditambah pada makanan dapat mengurangkan risiko kanser colorectal (kanser kolon atau rektum) sehingga 30%.
  3. Boleh mengurangkan jumlah kolestrol sehingga 31%.
  4. Menurunkan triglycerides dan kolestrol yang tak baik (LDL kolestrol) sehingga 50%.
  5. Allicin bahan aktif dalam bawang putih boleh membunuh bakteria H Pylori (bakteria yang menyebabkan masalah penghadaman termasuk gastrik dan ulser.)
Bawang besar
  1. Herba yang boleh membunuh 100% bakteria dalam makanan.
  2. Bahan aktif flavonoid quercetin boleh melawan tumor pada paru-paru dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  3. Mengawal alergik pada hidung.
  4. Mengurangkan risiko kanser prostate.
  5. Melindungi dari penyakit jantung.
Tambahkan herba/rempah di atas, halia, kunyit, bawang putih, bawang besar dan lain-lain ke dalam makanan anda setiap hari untuk kesihatan.