Showing posts with label Vitamin D. Show all posts
Showing posts with label Vitamin D. Show all posts

Saturday, 26 January 2013

22 Kesan Kekurangan Vitamin D

Kekurangan Vitamin D biasanya berlaku akibat kurang pendedahan kepada pancaran matahari dan ada juga kerana tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin D secukupnya. Selain daripada kedua-dua faktor tersebut adalah tidak diketahui kenapa berlakunya kekurangan.

Kekurangan Vitamin D mempunyai simptom atau tanda-tanda seperti:
  1. Keletihan
  2. Sakit-sakit otot dan kelemahan
  3. Kekejangan otot
  4. Sakit sendi
  5. Sakit kronik
  6. Penambahan berat badan
  7. Tekanan darah tinggi
  8. Tidak dapat tidur lena
  9. Tumpuan yang lemah
  10. Sakit kepala
  11. Masalah pundi kencing
  12. Sembelit atau cirit-birit
Salah satu cara untuk mengetahuinya ialah dengan berjumpa doktor untuk membuat ujian darah dan melihat adakah anda kekurangan Vitamin D ini.

Penyakit yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin D ialah::
Kekurangan vitamin D menyebabkan hampir setiap penyakit utama.
  1. Osteoporosis dan osteopenia
  2. 17 jenis Kanser (termasuk payudara, prostat dan kolon)
  3. Penyakit jantung
  4. Tekanan darah tinggi
  5. Obesiti
  6. Sindrom Metabolik dan Diabetes
  7. Penyakit autoimun
  8. Multiple sklerosis
  9. Rheumatoid arthritis
  10. Osteoartritis
  11. Bursitis (radang kantung bendalir sendi)
  12. Gout
  13. Ketidaksuburan dan PMS
  14. Penyakit Parkinson
  15. Kemurungan dan Seasonal Affective Disorder (Kemurungan bila musim bertukar)
  16. Penyakit Alzheimer
  17. Sindrom keletihan yang kronik
  18. Fibromyalgia (sakit diseluruh bahagian badan)
  19. Kesakitan kronik
  20. Penyakit periodontal (Keradangan gusi dan gusi berdarah)
  21. Psoriasis
  22. Ricket
Vitamin D adalah sebahagian dari vitamin yang amat diperlukan oleh badan anda, jadi elakan dari kekurangan.

                      Wednesday, 23 January 2013

                      Kekurangan Vitamin D Pada Kanak-kanak Gemuk

                      Vitamin D dibentuk dibawah kulit apabila kulit anda terkena cahaya matahari. Selain dari itu makanan seperti  cendawan shitake & butang, ikan sardin, tenggiri, salmon, tuna dan ikan sembilang juga mengandungi Vitamin D.

                      Vitamin D menjalankan pelbagai fungsi yang penting dalam badan anda termasuklah pembangunan dan pembentukan tulang. Satu kajian menujukan kanak-kanak yang gemuk mengalami kekurangan vitamin D sehingga 50%. Remaja belasan tahun  yang gemuk memerlukan lebih Vitamin D berbanding rakan mereka yang lebih kurus.

                      Kanak-kanak dan remaja belasan tahun yang gemuk menyerap Vitamin D ke dalam lemak pada badan mereka dan menghalangnya dari digunakan & badan mereka hanya mampu menggunakan 50% dari Vitamin D berbanding rakan sebaya mereka yang lebih kurus.

                      3 Cara Untuk Mengatasi Masalah ini ialah:
                      1. Jika anak anda gemuk, bawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan ujian tahap Vitamin D.
                      2. Hidangkan susu rendah lemak kepada anak-anak anda.
                      3. Pastikan anak-anak anda bergerak untuk menjauhkan diri dari tv dan pergi bermain di luar untuk mendapatkan senaman (latihan fizikal) dan Vitamin D percuma dari pancaran matahari.
                      Kawal berat badan anak-anak anda sebagai salah satu faktor untuk mengelakkan kekurangan Vitamin D.

                      Tuesday, 24 July 2012

                      Kekurangan Vitamin D?

                      Berteduh untuk mengelakkan dari sinar matahari.
                      Kekurangan Vitamin D berlaku kerana faktor gaya hidup yang tidak mahu kena cahaya matahari.
                      Vitamin D tidak sepatutnya menjadi masalah bagi negara Malaysia yang terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa yang kaya dengan limpahan cahaya matahari. Mengikut kajian, ramai penduduk Malaysia lelaki, wanita dan kanak-kanak menghadapi kekurangan vitamin D yang boleh didapati secara percuma dari sinaran matahari itu.

                      Kekurangan Vitamin D terjadi kerana faktor gaya hidup yang selalu mengelakkan dari pancaran cahaya matahari terutama bagi golongan wanita yang menganggap kulit cerah lebih cantik berbanding kulit gelap. Ramai juga yang bekerja di dalam bangunan. Kekurangan Vitamin D juga berlaku di Thailand, Korea, Jepun dan lain-lain.

                      Fungsi Vitamin D (mengikut kajian terbaru)
                      1. Metabolisma sel
                      2. Kesihatan tulang.
                      3. Kesihatan jantung
                      4. Fungsi sistem imun
                      5. Sebagai sokongan kepada sistem saraf
                      6. Mengurangkan keradangan sistemik (yang membabitkan seluruh badan)
                      7. Kesihatan badan secara keseluruhan.
                      Vitamin D penting untuk mengekalkan tahap serum kalsium dalam darah. Bila kalsium kurang badan akan mendapatkannya dari buah pinggang. Jika gagal, kalsium akan diserap dari tulang anda. Tanda-tanda kekurangan Vitamin D pada orang dewasa yang serius ialah lemah & sakit otot.

                      Selain mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin D, biarkan diri anda (bahagian lengan dan kaki (leg) pun boleh) anda kena cahaya matahari selama 15 - 30 minit setiap hari untuk mendapatkan cukup bekalan Vitamin D.