Saturday 26 January 2013

22 Kesan Kekurangan Vitamin D

Kekurangan Vitamin D biasanya berlaku akibat kurang pendedahan kepada pancaran matahari dan ada juga kerana tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin D secukupnya. Selain daripada kedua-dua faktor tersebut adalah tidak diketahui kenapa berlakunya kekurangan.

Kekurangan Vitamin D mempunyai simptom atau tanda-tanda seperti:
  1. Keletihan
  2. Sakit-sakit otot dan kelemahan
  3. Kekejangan otot
  4. Sakit sendi
  5. Sakit kronik
  6. Penambahan berat badan
  7. Tekanan darah tinggi
  8. Tidak dapat tidur lena
  9. Tumpuan yang lemah
  10. Sakit kepala
  11. Masalah pundi kencing
  12. Sembelit atau cirit-birit
Salah satu cara untuk mengetahuinya ialah dengan berjumpa doktor untuk membuat ujian darah dan melihat adakah anda kekurangan Vitamin D ini.

Penyakit yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin D ialah::
Kekurangan vitamin D menyebabkan hampir setiap penyakit utama.
  1. Osteoporosis dan osteopenia
  2. 17 jenis Kanser (termasuk payudara, prostat dan kolon)
  3. Penyakit jantung
  4. Tekanan darah tinggi
  5. Obesiti
  6. Sindrom Metabolik dan Diabetes
  7. Penyakit autoimun
  8. Multiple sklerosis
  9. Rheumatoid arthritis
  10. Osteoartritis
  11. Bursitis (radang kantung bendalir sendi)
  12. Gout
  13. Ketidaksuburan dan PMS
  14. Penyakit Parkinson
  15. Kemurungan dan Seasonal Affective Disorder (Kemurungan bila musim bertukar)
  16. Penyakit Alzheimer
  17. Sindrom keletihan yang kronik
  18. Fibromyalgia (sakit diseluruh bahagian badan)
  19. Kesakitan kronik
  20. Penyakit periodontal (Keradangan gusi dan gusi berdarah)
  21. Psoriasis
  22. Ricket
Vitamin D adalah sebahagian dari vitamin yang amat diperlukan oleh badan anda, jadi elakan dari kekurangan.

                      3 comments:

                      1. perkongsian yang menarik, semoga bermanfaaat ya =D

                        ReplyDelete
                        Replies
                        1. Donny Ien: Terima kasih Donny. Ya semoga bermanafaat kepada kita semua ;)

                          Delete
                      2. singgah ambil ilmu
                        memang sangat berguna untuk tambah pengetahuan dan mengekalkan kesihatan

                        ReplyDelete