Friday, 11 January 2013

Cat Bercahaya Tanpa Lampu Untuk Lebuhraya

Lebuhraya yang bercahaya dalam gelap tanpa perlukan lampu jalan akan dibina pada pertengahan tahun 2013 di negara Belanda. Cat yang digunakan menyebabkan penanda trafik, garisan-garisan bercahaya dalam gelap di atas lebuhraya.


Lebuhraya ini menggunakan sejenis cat yang dimajukan oleh sebuah syarikat yang dipanggil Studio Roosegarde. Syarikat ini telah memajukan sejenis cat istimewa yang mengandungi serbuk bercahaya (photo luminescent powder) menggantikan cat jalan biasa.

Cat ini direka untuk mengcaj sendiri pada waktu siang, menyimpan tenaga dari cahaya matahari bagi mengeluarkan cahaya pada waktu malam atau minimum selama 10 jam.

Selain itu, Studio Roosegarde juga telah membangunkan cat yang sensitif kepada suhu. Bila suhu turun kepada darjah tertentu seperti tahap salji turun, ia akan mengeluarkan cahaya menyerupai kepingan salji (snow flake) yang besar di atas lebuhraya untuk memberi amaran jalan licin akibat salji di hadapan.



Amaran ini direka untuk memberikan pemandu masa untuk memperlahankan kenderaan untuk menghadapi jalan bersalji yang licin terutama bahaya seperti black ice (salji nipis yang menyebabkan jalan menjadi licin tapi salji ini tidak dapat dikesan oleh pemandu).


Kebaikan cat ini:
  1. Menjimatkan tenaga elektrik kerana tidak perlukan cahaya dari lampu bagi membuatkannya bercahaya.
  2. Sesuai untuk kawasan terpencil yang tiada lampu jalan.
  3. Mengurangkan kos pencahayaan untuk lebuhraya.
Cat ini masih memerlukan beberapa tahun lagi untuk dimajukan sepenuhnya di negara Belanda sebelum ia mula digunakan di seluruh dunia untuk lebuhraya.

5 comments:

  1. terbaik
    macam tak sabar je untuk cuba memandu di jalan yang ada cat ni

    eh, kalau buat cat rumah pun bagus juga, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau buat cat rumah lagi meletop. Siang cas cahaya matahari, malam dinding rumah jadi bunga-bunga!

      Bagus ni.

      Delete
  2. tehr: Ya, lagi pun garisan jalan akan kelihatan lebih jauh ke hadapan berbanding dengan cat yang memerlukan lampu untuk bercahaya.

    Buat cat rumah pun bagus jugak, malam2 rumah kita jer nampak dalam gelap. Tapi kan untuk apa bagi nampak rumah malam2 ek?
    Lainlah kalau ada majlis tertentu untuk menyenangkan orang cari umah kita ;)

    ReplyDelete
  3. Bagus ada sesuatu yang inovasi seperti ini harap dapat digunakan di jalan raya di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. akubiomed: Ya, mungkin akan digunakan juga kerana ia akan diperkenalkan ke peringkat antarabangsa dalam beberapa tahun lagi ;)

    ReplyDelete