Sunday, 13 January 2013

6 Makanan Superfood Yang Selalu Diabaikan

Makanan ini memberikan tenaga untuk latihan fizikal (bersenam), meningkatkan kesihatan anda, dan mengurangkan berat badan, namun sering diabaikan sebagai makanan.

Makanan superfood ini terdiri dari:

1) Rumpai Laut (Seaweed/Nori)
Rumpai laut biasa dimakan sebagai pembalut sushi. Rumpai laut kaya dengan iodin. Ia penting untuk fungsi kelenjar tiroid yang sihat. Garam beriodin telah diwujudkan untuk mengatasi masalah kekurangan iodin ini tetapi ia telah makin diabaikan kerana kandungan sodiumnya yang tinggi. Rumpai laut juga mengandungi vitamin K, besi dan mikronutrien penting untuk fungsi sel yang sihat. Rumpai laut boleh didapati di supermarket dan hancurkan ia dan tabur di atas sup, salad dan lain-lain. Ia juga boleh dimakan begitu saja.

2) Kubis Masin (Kubis Jeruk)
Kubis adalah superfood, ia rendah karbohidrat, tinggi serat, dan mampu melawan kanser, 3-indole carbinol dan d-glucarate, sebatian yang berfungsi untuk membersihkan lebihan estrogen. Penapaian yang menukarkannya kepada kubis masin, meletakkan ia pada steroid pemakanan. Probiotik dalam penapaian boleh membantu menjadikan sistem penghadhaman anda sihat.

Bakteria baik ini berupaya mengurangkan keradangan, memperbaiki penghadhaman, dan mungkin juga membantu dalam penurunan berat badan. Penapaian juga meningkatkan antioksidan yang terdapat dalam kubis, semakin tinggi tahap antioksidan bermakna badan anda lebih mudah menyerap dan menggunakannya.

3) Hemp Seeds (Biji Hemp)
Hemp seed tidak akan membuat anda khayal. Hemp seed sangat kuat, hanya 2 sudu besar mengandung 400 miligram anti-inflamasi asid gamma-linolenic dan 2 gram asid lemak omega-3, ditambah pula semua 9 jenis asid amino, ia membantu memaksimalkan proses pemulihan dari latihan fizikal.

4) Mi Shirataki
Mi Shirataki dibuat dari pokok konjac (lebih lanjut mengenainya di sini). Ia mengandungi kalori yang sangat rendah, hanya 20 kalori atau kurang untuk 1 hidangan. Mi Shirataki terdapat dalam pelbagai bentuk dari angel hair, fettuccine, penne dan sebagainya. Hanya basuh bersih-bersih, celurkan mi dan masak atau letak sos mengikut selera anda.

5) Ubi Bit (Beet root)
1 kajian menunjukkan bahawa bit boleh meningkatkan prestasi dan mengurangkan jumlah oksigen yang diperlukan untuk melakukan sesi kardio. Beet root mengandungi nitrat, yang digunakan dalam pengeluaran oksida nitrik, sebatian yang menjadikan saluran darah mengembang, membolehkan lebih banyak darah dan oksigen mengalir ke otot anda. Beet root boleh dimakan mentah, dimasak, atau dibuat jus

6) Asparagus
Asparagus mengandungi Vitamin K adalah penting untuk pembekuan darah dan vitamin B yang perlu untuk metabolisme tenaga. Sebatang asparagus hanya mengandungi 3 kalori. Satu kajian baru-baru ini dalam Jurnal Sains Makanan melaporkan bahawa asparagus boleh membantu badan dalam mempercepatkan metabolisme alkohol.

Untuk kesihatan anda amalkan selalu kesemuanya sebagai makanan.

3 comments:

  1. sekali sekala kena makan sushi nie utk dapatkan khasiat rumpai laut.. nice info.. :D

    ReplyDelete
  2. Hairul Hissam: Ya, betul tu Hairul. Selain drpd bersama sushi, rumpai laut juga boleh di ramas2 dan tabur di atas sup, salad, atau apa2 makanan yang kita suka. Ia akan jadikan makanan kita masin sikit, jadi kurangkan garam dalam makanan tu kalau nak tabur rumpai laut ;)

    ReplyDelete
  3. Agar sukar untuk mencari makan yang dicadangkan kerana sesuai untuk negara barat. Kalau ada cadangan makanan tempatan yang baik kesihatan okay juga.

    ReplyDelete