Thursday, 10 January 2013

Apakah 12 Tanda Penderaan Oleh Pasangan Anda?

Dera adalah perkara yang boleh menjadi kebiasaan dalam perhubungan sesuatu pasangan. Adakah anda didera?

Dera mungkin terjadi dalam hubungan anda jika berlaku faktor-faktor berikut dalam hubungan anda. Lebih banyak jawapan "ya" kepada faktor atau soalan berikut akan menunjukkan yang anda didera oleh pasangan anda dan anda perlu bertindak meminta pertolongan atau melaporkan pada pihak berkuasa.

Soalan-soalan yang patut anda tanya ialah:

  1. Adakah anda takut pada pasangan anda pada kebanyakan masa?
  2. Adakah anda mengelakan topik-topik tertentu atau mengambil masa yang panjang untuk memikirkan cara bagaimana untuk bercakap tentang topik-topik tertentu dengan pasangan anda supaya ia tidak menimbulkan rasa marah atau reaksi negatif dari pasangan anda?
  3. Adakah anda merasa anda tidak dapat melakukan perkara yang betul untuk pasangan anda atau untuk membuat mereka senang dengan anda?
  4. Adakah anda merasa begitu teruk dengan diri sendiri sehingga merasakan anda layak didera secara fizikal?
  5. Adakah anda telah hilang rasa hormat dan cinta kepada pasangan anda?
  6. Adakah anda kadang-kadang terfikit yang anda bahawa andalah yang tak betul, mungkin andalah yang bersalah yang menyebabkan kelakuan pasangan anda menjadi tak menentu?
  7. Adakah kadang-kadang terfikir untuk membunuh pasangan anda supaya dia tidak mendera anda lagi?
  8. Adakah anda bimbang pasangan anda akan membunuh anda?
  9. Adakah anda bimbang yang pasangan anda akan mengambil anak-anak dari anda?
  10. Adakah anda merasa tidak tahu di mana tempat untuk mendapatkan bantuan/pertolongan?
  11. Adakah anda merasa seperti tidak beremosi (emotionally numb)?
  12. Adakah anda didera semasa kanak-kanak atau adakah anda membesar dalam suasana keluarga yang penuh dengan keganasan dan kekerasan? Keganasan di rumah adalah biasa bagi anda?
Jika anda mempunyai tanda-tanda di atas jelaslah menunjukan anda didera dalam perhubungan dengan pasangan anda. Segeralah dapatkan pertolongan dari pihak berkuasa untuk mengelakan anda terus didera.

3 comments:

  1. wah, begitu banyak sekali soalan mengenai penderaan ni
    atau mungkinkah berlaku penderaan secara tak sengaja?

    ReplyDelete
  2. tehr: Kalau tak sengaja tu takper la kan. Dah tau tu, kita boleh betulkan. Ya tak? ;)

    ReplyDelete
  3. Penderaan emosi sukar hendak dikesan luaran fizikal.

    ReplyDelete