Monday 21 January 2013

3 Bahaya Batuk Yang Berterusan

Batuk pada puratanya akan sembuh dalam masa 18 hari. Kebanyakan orang menjangka demam yang mereka hadapi akan sembuh selepas 7 atau 9 hari walaupun masih batuk.

Batuk yang berlarutan dan melebihi masa sembuh yang dijangkakan akan menyebabkan ramai orang mengambil antibiotik yang mendatangkan masalah kerana ia tidak dapat menghapuskan virus yang menyebabkan batuk, malah akan menyebabkan rintangan antibiotik (antibiotic resistance).

3 Bahaya Dari Batuk Yang Berterusan ialah:

  1. Sesak nafas. Bordetella pertussis adalah sejenis bakteria yang boleh menjangkiti tekak dan berada di situ menyebabkan batuk pada orang dewasa dan selalunya akan pulih dalam beberapa hari. Jika ia menjangkiti kanak-kanak ia akan menyebabkan batuk kokol, bila batuk kanak-kanak akan mengeluarkan bunyi ketika berusaha untuk bernafas. Jika terkena kepada bayi di bawah 6 bulan, ia perlu diberi bantuan pernafasan (respirator) yang akan mendatangkan masalah lain pula kerana bila bayi batuk, alat pernafasan akan tercabut dari mulutnya. Kanak-kanak perlu diberi vaksin untuk mengelakan batuk kokol.
  2. Gangguan Gaya Hidup. Jika anda batuk di waktu malam sudah tentu anda tak dapat tidur dan akan menyebabkan anda mengantuk dan letih di waktu siang. Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala, sesak nafas, berpeluh dan terkencing. Batuk boleh memalukan dan tidak dapat bercakap dengan lancar. Kawan-kawan juga akan menjauhkan diri kerana tidak tahan dengan bunyi batuk anda dan mungkin juga takut berjangkit.
  3. Kesan Fizikal. Batuk yang terlalu kuat boleh menyebabkan retak tulang rusuk, terutama di kalangan wanita yang bertulang lemah.Kekuatan dan kuasa batuk yang berpanjangan menyebabkan ketegangan otot sisi dada dan diafragma. Urat hidung boleh pecah. Otot dikawasan dubur dan kawasan-kawasan lain juga boleh pecah. Bekas luka pembedahan boleh terbuka semula akibat batuk yang keras. Batuk kronik sering kali merupakan isyarat penyakit yang lebih serius seperti bronkitis, batuk kering, atau kanser. Batuk yang diakibatkan oleh jangkitan virus boleh berjangkit kepada orang lain, memberikan bahaya jangkitan penyakit.
Anda mungkin perlu berjumpa doktor jika anda menghidapi demam, sakit-sakit badan, sesak nafas, berdehit atau serak bersama batuk.

6 comments:

  1. Kalau sudah batuk berterusan elok berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Ya, betul tu. Bimbang kalau ada komplikasi lain plak...

      Delete
  2. batuk memang suatu penyiksaan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddydee: Cuba amalkan madu & serbuk kayu manis di bancuh dalam air (apa2 air tapi jgn air terlalu panas atau air ais). amalkan minum pagi dan petang. Kalau tak sembuh, batuk tu, kenalah jumpa doktor.

      Delete
  3. assalamualaikum,salam sejahtera
    sy ingin bertanya,
    saya telah mengalami batuk lbh daripada 3 bulan dan deman,selsema datang berulang kali.Dah pergi ke klinik dan diberikan pelbagai ubat namun batuk masih tidak hilang.Dan kebelakangan ini pelbagai gejala yang saya rasa seperti rasa letih dan lemah seluruh badan tanpa sebab ,sesak nafas dan sakit dada,sakit belakang dada,sakit bahu dan lengan,menggigil,pitam ,pening dan sering demam.Jd apakah sebenarnya yang sy alami,sbb sy risau dgn semua ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam. situasi kita hampir sama. better pegi hospital n diorg akn buat xray n beberapa rawatn lain tuk mgesan kuman or virus yg mjangkiti anda. cuma anda perlu ksabrn mnunggu di hop kjaan.

      Delete