Tahun baru boleh dijadikan satu permulaan untuk membuat azam baru. 7 faktor yang membantu anda mencapai matlamat atau gol anda ialah:
1) Ketahui sebab & berasa terlalu inginkan matlamat yang telah anda buat. Ini akan membantu anda untuk menghadapi halangan yang bakal tiba.
2) Perlu spesifik. Jangan hanya kata ingin lebih bahagia, lebih kaya tapi buatkan dalam cara yang membolehkan anda untuk mengesan kemajuan anda dan mengukur kejayaan anda. Contohnya: jika anda ingin lebih masa bersama keluarga. Tentukan seminggu sekali keluar bersama keluarga atau jika ingin lebih sihat, tetapkan dalam seminggu berapa kali anda perlu bersenam.
3) Jangan hanya fikir sahaja tapi tulis. Orang yang menulis azamnya mempunyai 70% lebih tinggi peluang untuk mencapai azamnya berbanding orang yang tak menulisnya. Tulis matlamat spesifik anda dan tuliskan bagaimana anda akan merasa apabila anda telah dicapai dan tampal di sekitar pejabat/rumah anda di tempat yang senang anda lihat.
4) Reka persekitaran yang membantu anda. Jangan pandang rendah faktor sekeliling anda kerana ia akan membantu atau merosakkan azam anda. Buat carta kemajuan, rekrut pasukan sokongan di kalangan keluarga dan rakan-rakan anda, cari seseorang untuk membantu anda bertanggungjawab, upah jurulatih, sertai kumpulan, buat blog dan sebagainya. Begitu juga, jika ada orang atau perkara-perkara yang menarik anda ke bawah atau keluar laluan, tangani mereka secara langsung dan elakkan mereka.
5) Kecilkan usaha anda. Jangan terlalu banyak azam/matlamat, ini akan membuatkan anda kelam-kabut dan akhirnya tak mencapai apa yang dihajati. Sebaliknya dapatkan 1 azam yang besar dan kecilkan kepada beberapa matlamat yang kecil.
6) Fokus kepada proses. Jangan patah semangat jika anda tidak mencapai matlamat anda dengan cepat. Sebaliknya dapatkan kemajuan sedikit demi sedikit. Contohnya: jika anda mahu menjadi lebih cergas, beri tumpuan untuk berjoging jauh sedikit setiap kali anda keluar untuk berjalan kaki, bukannya terus berjoging sejauh 5 kilometer dalam tempoh seminggu. Kegigihan selalunya berbaloi.
7) Maafkan kegagalan anda. Halangan dan kegagalan tidak akan menentukan kejayaan anda di masa hadapan tapi BAGAIMANA ANDA BERTINDAK BALAS terhadap kegagalan akan menentukan kejayaan anda. Jika berlaku kerosakan/kegagalan, bertenang, dan kembali kepada tingkah laku yang biasa diamalkan dengan baik, bukannya menyalahkan/menghukum diri sendiri.
Okay, jadi anda tidak pergi ke gym seperti anda rancang?. Bagaimana jika lakukan regangan (streching) selama 5 minit? Apabila proses menuju matlamat tergelincir dan tersandung, anda berada di pihak yang baik. Ia berlaku kepada semua orang. Hanya jangan biarkan kejadian yang tak diingini, halangan dan kegagalan mengganggu anda secara berlebihan. Jadikan ia sebagai pengajaran, buat penyesuaian sewajarnya, dan terus kembali kepada jalan yang sepatutnya. "Life rewards those who work at it".
Pastikan anda mencapai azam yang anda buat di tahun baru.
Saya suka dengan tip yang ke 7. Memaafkan diri kerana ada masanya kegagalan bukanlah tidak boleh dicapai kerana disebabkan faktor luaran.
ReplyDeleteakubiomed: Terima kasih, betul tu. Jika faktor luaran mengganggu anda dalam proses mencapai matlamat, bina sempadan & jauhkan diri dari faktor tersebut seboleh-bolehnya. Bergaul hanya dengan orang yang boleh membantu anda mencapai matlamat/gol anda ;)
ReplyDeleteKita mulai dengan lembaran baru dan belajar dari masa lalu agar masa sekarang dan mendatang tak terulang kembali
ReplyDeletenice share
Jefry: Terima kasih. ;)
Deletebetul2
ReplyDeletemaafkan diri sendiri bila berlaku kegagalan
tak perlu la nak terjun bangunan atau terjun sungai
tehr: Ya, betul tu, bukan menghukum diri lebih2, sebaliknya perbaiki kesilapan diri untuk kejayaan di masa depan. ;)
Delete