Monday 7 January 2013

Anjing Untuk Membantu Orang Buta Islam?

Anjing sebenarnya boleh digunakan oleh orang islam yang buta sebagai guide dog. Yang paling dicari dan dikehendaki ialah yang telah dilatih dari kecil untuk menjadi mata dan telinga kepada orang buta, ia adalah anjing perkhidmatan iaitu guide dog atau anjing pelatih.


Anjing pemburu, pengawal dan pembimbing boleh digunakan tanpa apa-apa isu kata mufti Perlis Dr Juanda Jaya. Anjing pelatih/pembimbing (guide dog) dilatih untuk meningkatkan mobiliti orang buta dan telah terbukti untuk membantu mereka hidup berdikari.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, umat Islam dibenarkan untuk membela anjing jika ia telah dilatih untuk menjadi anjing pengawal atau wacth dog, anjing penjaga kebun atau anjing untuk melihat (seeing dog) untuk orang buta. 

"Ia berkata dalam hadis menyatakan, malaikat tidak suka salakan anjing dan tidak akan memasuki rumah di mana anjing disimpan. "Kita dibenarkan untuk menjaga mereka, selagi mereka tidak disimpan di dalam rumah, dan kita perlu sertu jika kita menyentuh anjing apabila mereka basah."

Sertu, adalah perbuatan membasuh kulit anda dengan air 6 kali dan dengan campuran air dan tanah 1kali. Sertu sering disalah anggap sebagai Samak iaitu perbuatan membersihkan kulit haiwan dengan bahan-bahan kasar seperti pasir atau abu.

Telah terbukti orang buta boleh hidup berdikari dengan dibantu oleh anjing.

2 comments:

  1. Bukan tak boleh cuma menimbulkan cakap-cakap dan fitnah lebih baik tak usah dilaksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Ya, betul jugak tu. Tapi bergantunglah pada keputusan seseorang kan. ;)

      Delete