Encik Mohd Dain Othman sedang membuat patung wayang kulit di woksyop galeri wayang kulitnya. |
Terdapat juga woksyop untuk membuat patung wayang kulit, pentas untuk persembahan wayang kulit dan kedai menjual buku, patung wayang kulit dan cenderamata berkaitan wayang kulit.
Ia telah ditubuhkan 4 tahun yang lepas oleh seorang bekas guru, Encik Mohd Dain Othman, telah berjaya menarik 2,000 orang pelawat, setakat ini ke galeri wayang kulit ini, kebanyakannya pelancong asing. Encik Mohd Dain Othman emulakan galeri wayang kulit ini kerana beliau mendapati susah untuk mendapatkan bahan berkenaan wayang kulit walaupun dari perpustakaan tempatan ketika terlibat dengan wayang kulit semasa di universiti.
Beliau juga ingin mengekalkan wayang kulit sebagai budaya dari negeri Kelantan. Encik Mohd Dain Othman yang juga merupakan tok dalang, membuat persembahan wayang kulit bersama kumpulannya telah memulakan kelas tok dalang untuk melatih tok dalang dan pemuzik wayang kulit di galeri wayang kulit kepunyaannya ini.
Jemputlah ke galeri wayang kulit Encik Mohd Dain Othman untuk mengetahui serba-serbi tentang wayang kulit.
Teringin hendak melihat secara dekat bagaimana wau ini dihasilkan. Kalau layang-layang tidak masalah ketika kecil dahulu memang buat sendiri.
ReplyDeleteakubiomed: Ini galeri buat wayang kulit la. Tapi mungkin En Dain pun pandai buat layang2 jugak, sapa tahu kan?
ReplyDeletebagus ada galeri ni...boleh tahu cara2 buat wayang kulit...tak lah pupus wayang kulit ni mcm tu jer...
ReplyDeletewahida: Ya, betul tu. Selain dari cara buat wayang kulit, ada juga diajar macamana nak muzik untuk wayang kulit dan untuk jadi tok dalang juga ;)
ReplyDelete