Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Saturday, 17 December 2016

Bicara Buat Seorang Sultan

BICARA BUAT SEORANG SULTAN.
(buat Sultan Kelantan Muhammad V).

pada kerendahan dalam pakaian.
pada penampilan dalam keramaian.
perasaan tertawan kepada sang sultan.
pada bicara yang sederhana,.
pada gaya yang bersahaja,.
jiwa tertarik pada raja,.
moga nyata, dia payung rakyat jelata...
inilah nasihat raja dan rakyat….
raja dimulia bukan kerna singgahsana.
raja disayang bukan kerna paluan gendang.
raja diangkat bukan kerna kalimat ‘daulat’.
raja dicinta bukan kerna kuasa.
raja dihormat bukan kerna  pangkat.
raja dimulia kerna takwanya,.
raja disayang kerna dia berjuang,.
raja diangkat kerna Tuhan memberkat.
raja dicinta kerna budi bahasanya,.
raja dihormat kerna kasihkan rakyat.
raja dibenci kerna buruk budi,.
raja dicerca kerna tamakkan harta,.
raja dimarah kerna dia bermewah.
raja dilupa kerna tinggalkan agama,.
apabila raja itu zuhud,.
 namanya selalu disebut.
apabila raja takutkan Allah,.
sekelian rakyat jantung diserah.
apabila raja sangat sederhana,.
 jiwa jelata penuh bangga,.
apabila raja kuat agama,.
 dengan ikhlas rakyat berdoa...
tuanku raja yang masih muda,.
namun ada teladan untuk semua,.
dalam persarungan penuh kerendahan,.
dalam kehidupan penuh kerakyatan,.
sayang rakyat penuh melimpah.
kepada raja kasih tertumpah.

Dr MAZA,.
160211.

Takbir, Allahuakbar3!

Sunday, 6 January 2013

Muzium Wayang Kulit

Muzium wayang kulit? Kemungkinan anda tak pernah dengar kan? Ya, ini adalah galeri wayang kulit atau juga boleh dipanggil muzium wayang kulit.

Encik Mohd Dain Othman sedang membuat patung wayang kulit di woksyop galeri wayang kulitnya.
Muzium wayang kulit yang lebih dikenali sebagai galeri wayang kulit ini terletak di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan. Galeri ini menempatkan pelbagai bahan yang berkaitan dengan wayang kulit seperti sejarah wayang kulit, persembahan wayang kulit, termasuk peralatan muziknya, patong wayang kulit dan buku.

Terdapat juga woksyop untuk membuat patung wayang kulit, pentas untuk persembahan wayang kulit dan kedai menjual buku, patung wayang kulit dan cenderamata berkaitan wayang kulit.

Ia telah ditubuhkan 4 tahun yang lepas oleh seorang bekas guru, Encik Mohd Dain Othman, telah berjaya menarik 2,000 orang pelawat,  setakat ini ke galeri wayang kulit ini, kebanyakannya pelancong asing. Encik Mohd Dain Othman emulakan galeri wayang kulit ini kerana beliau mendapati susah untuk mendapatkan bahan berkenaan wayang kulit walaupun dari perpustakaan tempatan ketika terlibat dengan wayang kulit semasa di universiti.

Beliau juga ingin mengekalkan wayang kulit sebagai budaya dari negeri Kelantan. Encik Mohd Dain Othman yang juga merupakan tok dalang, membuat persembahan wayang kulit bersama kumpulannya telah memulakan kelas tok dalang untuk melatih tok dalang dan pemuzik wayang kulit di galeri wayang kulit kepunyaannya ini.

Jemputlah ke galeri wayang kulit  Encik Mohd Dain Othman untuk mengetahui serba-serbi tentang wayang kulit.

Monday, 30 April 2012

Serunai Ibu Alat Muzik Tradisional dari Kelantan

Isa Samad dari Kota Bharu sedang teliti mewarnakan Serunai Ibu.
Foto dari: www.nst.com.my
Isa Samad dari Kota Bharu,Kelantan sedang teliti mewarnakan 'fife' atau serunai, alat muzik tiupan dari buluh, tradisional Melayu lama yang diwarisi turun-temurun. Serunai ini digunakan dalam wayang kulit dan pertunjukan silat, ia mempunyai tujuh lubang pemetik. Dikenali sebagai 'big fife' atau serunai ibu, mempunyai bunyi yang lebih rendah berbanding dengan 'small fife' atau serunai anak. Dalam istilah muzik barat, bunyi rendah ini dipanggil soprano, tenor, atau alto. Serunai dimainkan menggunakan satu teknik yang dikenali "circle breathing" di mana udara disedut melalui hidung dan ia serentak ditiupkan melalui melalui serunai ini. Bunyi yang terhasil adalah nota yang berterusan.

Diedit dari: www.nst.com.my

Friday, 6 January 2012

Pembuat Wau Lumpuh dari Pulai Chondong


Husmizi sedang membuat Wau Bulan. Gambar dari: nst

Husmizi Ibrahim, seorang pembuat wau dari Pulai Chondong, Machang, Kelantan tetap gigih dan terus bersemangat untuk memelihara warisan turun-temurun dengan membuat wau bulan (wau tradisional Melayu dari Kelantan) walaupun dia lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kemalangan 10 tahun yang lalu.

Dengan kebolehan penglihatan yang tajam untuk detail pada corak pada wau bulan, Husmizi mampu menggubah corak-corak unik pada wau. Beliau berkebolehan mereka motif yang rumit pada Wau Bulan dan wau tradisional yang lain.

Kepada peminat dan penggemar wau hubungi beliau di Pulai Chondong dan dapatkan rekaan wau beliau dengan motif yang tersendiri pada wau yang ditempah.