Friday, 6 January 2012

Pembuat Wau Lumpuh dari Pulai Chondong


Husmizi sedang membuat Wau Bulan. Gambar dari: nst

Husmizi Ibrahim, seorang pembuat wau dari Pulai Chondong, Machang, Kelantan tetap gigih dan terus bersemangat untuk memelihara warisan turun-temurun dengan membuat wau bulan (wau tradisional Melayu dari Kelantan) walaupun dia lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kemalangan 10 tahun yang lalu.

Dengan kebolehan penglihatan yang tajam untuk detail pada corak pada wau bulan, Husmizi mampu menggubah corak-corak unik pada wau. Beliau berkebolehan mereka motif yang rumit pada Wau Bulan dan wau tradisional yang lain.

Kepada peminat dan penggemar wau hubungi beliau di Pulai Chondong dan dapatkan rekaan wau beliau dengan motif yang tersendiri pada wau yang ditempah.

1 comment:

  1. Dia ni abang member sekolah saya. Memang puji dgn sikap dia... x pernah mengharapkan bantuan..

    ReplyDelete