Matawang Uzbekistan. Foto:atsnotes |
Republik Uzbekistan dahulunya adalah sebuah negeri di bawah Negara Rusia. Selepas Rusia berpecah ia kini sebuah negara tersendiri yang dikelilingi oleh Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan dan Turkmenistan.
Uzbekistan adalah negara yang paling ramai penduduk di Asia Tengah, dengan rekod 28 juta orang. Kira-kira 90 peratus daripada mereka beragama Islam. Bahasa Uzbekistan dan Rusia digunakan dengan meluas, sementara Bahasa Inggeris biasa digunakan di kalangan generasi muda.
Uzbekistan mempunyai banyak tugu-tugu kuno, alam semulajadinya yang kaya, dan kemajuan yang pesat hari ini menarik perhatian seluruh dunia. Berabad-abad lamanya, negara ini berada di persimpangan Laluan Sutera yang terkenal dengan pedagang, ahli geografi, pendakwah, dan seterusnya pelancong.yang mengembara.
Dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur dan persamaan demografi (agama dan penduduk pelbagai etnik), rakyat Malaysia akan mendapati Uzbekistan menarik untuk dikunjungi.
Ia pasti lebih menarik kerana Uzbekistan menempatkan beratus-ratus monumen bersejarah Islam, sebahagian besar daripadanya mendapat status Tapak Warisan Unesco.
Umat Islam tidak akan mempunyai masalah makanan, rumah sembelihan secara umumnya dimiliki dan diuruskan oleh orang Islam. Makanan dari jenis yang tidak pedas biasanya disediakan.
Uzbekistan adalah sebuah negara empat musim dan memberikan landskap yang berbeza dan pengalaman merasai setiap musim.
Adalah lebih baik untuk menukar Ringgit kepada US Dolar lebih awal kerana tidak banyak money changer di Uzbekistan. US Dollar $1 adalah kira-kira 1700 Sum (sebotol 1 liter air mineral berharga 1000 Sum). Sum ialah matawang bagi Uzbekistan.
Tour guide anda akan menasihati anda untuk menukar dolar Amerika Syarikat (AS) kepada Sum bila perlu sahaja kerana sukar untuk menukar Sum kembali kepada mata wang lain.
Visa untuk lawatan boleh diperolehi di Kedutaan Republik Uzbekistan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut hubungi 03-4253 3406, e-mel kepada embassy@uzbekembassy.com.my atau mail@uzbekembassy.com.my atau lawati http://uzbekembassy.com.my/.
Tip:
Simpan salinan kedua Pengisytiharan Custom bersama-sama dengan semua baucar hotel yang diberikan kepada anda mungkin berguna apabila diperiksa. Simpan juga semua resit yang lain jika pegawai-pegawai Kastam di lapangan terbang memintanya semasa anda ingin berlepas pulang.
Sumber: nst
No comments:
Post a Comment