Monday, 9 January 2012

Anwar Ibrahim Bebas dari Tuduhan Liwat Kedua.

Anwar Ibrahim dihadapan mahkamah setelah dibebaskan.
Gambar: kl-today.com

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.

Mohamad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan,” katanya.

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, ketika ditemui, berkata mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan dan berkata, mereka ada 10 hari untuk berbuat demikian.

Ini adalah kes tuduhan liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kes berlaku di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 dengan pembantunya sendiri Mohd Saiful.

Kes ini mula dibicarakan pada 3 Februari 2010 dan diputuskan hari ini 9 Januari 2011. Jam 9.45 pagi tadi Anwar Ibrahim keluar dari mahkamah setelah dibebaskan dari tuduhan liwat. Dekat 1  tahun baru tamat perbicaraan.

Yang pertama dulu dengan pemandu beliau sendiri, Azizan Abu Bakar pada tahun 1998 dan telah dibebaskan dari tuduhan liwat tersebut. Ingat lagi macam mana kekecohan berlaku di media Malaysia. Rasa macam tak percaya pun ada masa tu. Betul ke Datuk Seri Anwar Ibrahim ni?

No comments:

Post a Comment