Caper, kudup bunga masih pada pokoknya. Foto: mylot.com |
Pelbagai saiz capers, ada besar, sederhana, kecil. Foto: celnet.org.uk |
Capers adalah kudup bunga Capparis Spinosa, tumbuhan berduri, yg sentiasa menghijau berasal dari Mediterranean dan beberapa bahagian Asia. Capers telah lama menjadi makanan kegemaran di rantau Mediterranean
Selepas kudup dituai, ia dikeringkan di bawah cahaya matahari, dijeruk samada dalam cuka, air garam, wain atau garam. Pengawetan mengeluarkan rasa masam lemonnya, lebih kurang sama dengan buah zaitun hijau.Ada pelbagai saiz capers dari kecil (kira-kira saiz baby pea hijau) sehingga saiz buah zaitun kecil.
Lebih kecil capers tersebut maka lebih mahal lah harganya. Capers yang lebih besar lebih kuat rasanya dan kurang aromatik. Capers, kudup herba kecil yang memberikan rasa masam dan masin yg mengasyikkan pada salad, kuah, sos, sayur-sayuran dan pelbagai hidangan utama.
No comments:
Post a Comment