Tuesday 24 January 2012

Raikkonen kembali ke F1 dengan aksi ujian persendirian di Valencia

Kimi Raikkonen kembali beraksi di F1 pada 2012 setelah 2 tahun bersara. Foto: krspace

Juara dunia 2007, Kimi Raikkonen telah kembali memandu kereta Formula 1 buat kali pertama dalam tempoh 2 tahun. Raikkonen menghabiskan hari Isnin (semalam) dengan  memandu Renault 2010-spec di litar Valencia Sepanyol dalam sesi ujian yang diatur khas yang direka untuk membantu dia membiasakan diri dengan F1 bila dia kembali ke sukan itu musim ini.

Finn, yang akan berlumba untuk pasukan Lotus (dahulu Renault) pada tahun 2012, akan menghabiskan 2 hari akan datang dengan R30. Dia akan menumpukan perhatian untuk menyesuaikan diri kepada kokpit F1 selepas memandu dalam Kejohanan Rally Dunia dan juga akan mendapat peluang pertama untuk mencuba tayar Pirelli, walaupun dia menggunakan tayar demonstrasi-spec pengeluar Itali.

Raikkonen kali terakhir memandu kereta F1 di Grand Prix Abu Dhabi 2009 apabila dia mengucapkan selamat tinggal kepada Ferrari. Selepas ujian persediaan ini, Raikkonen akan menyertai rakan sepasukan baru Romain Grosjean dan menilai kereta Lotus 2012 pada sesi pertama pra-musim pelbagai pasukan, bertempat di Jerez dari 7-10 Februari 2012.


5 comments:

  1. masih berbisa lagi ke kimi tu,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hatiputera: Nak tau berbisa ke tidak kita tunggu F1 season start bln mac nanti. Tapi kan Kimi ni handsem ramai perempuan suka, sudah tentu menaikkan jualan tiket F1 ;)

      Delete
  2. tak sabar nak layan F1 musim 2012 ni
    agak2 siapa yg boleh juara tahun ni ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tehr: Belum tahu lagi la... Takleh nak ckp.
      Biasa tehr tgk F1 kat circuit mana?

      Delete
  3. Formula 1 saya kurang minat berbanding MotoGP.

    ReplyDelete