Monday, 30 January 2012

Tarian Singa @Latest Recipe, LMKL 30 Januari 2012

Pagi tadi kira-kira pukul 9.15 pagi persembahan Tarian Singa telah diadakan di Restoran Latest Recipe dan seluruh LMKL sempena sambutan Tahun Baru Cina 2012.

Selepas persembahan tarian, singa merah dan emas ini mengadakan persembahan akrobatik yang mendebarkan dihadapan pintu utama hotel (tak sempat tangkap gambar akrobatik ni sebab bateri habis). 

Sungguh meriah LMKL hari ini. Enjoy the photos!

Persembahan dimulakan di lobi hotel, Front Office & Conservatory

Kemudian menaiki tangga menuju ke Latest Recipe Restaurant

Kelibat 2 ekor singa, merah dan emas mula kelihatan melalui dinding cermin LR.

Singa emas masuk dari bahagian kiri restoran Latest Recipe.

Singa merah pula terus mengelilingi LR dari sebelah kanan restoran

Kedua-dua singa bertembung dan bertegur sapa sebelum meneruskan tarian.

Singa emas menaikkan kepalanya dengan hebatnya dalam perjalanan keluar ke pintu besar Latest Recipe.

Sang singa makan limau dan ambil angpau dulu sebelum keluar dari LR dan
meneruskan lenggok ke Restoran Prime pula dan ke seluruh bangunan LMKL.

4 comments:

  1. Mak pun suka sgt2 tgk tarian singa ni.

    Mgikutkepercayaan kaum cina,tarian singa ni memang derang buat bila tahun baru cina bermula, masuk umah baru or memulakan perniagaan derang. Bg derang ia utk mengundang tuah

    ReplyDelete
  2. Kalau ada kamera memang sudah selamat si singa ini kena paparazzi. :-)

    ReplyDelete