Tuesday 31 January 2012

Khasiat Kunyit

Kunyit bagus untuk kesihatan. Boleh digunakan dalam pelbagai masakan.
Kunyit adalah salah satu herba yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan yang telah menjadi amalan terutamanya kaum Melayu dan India.

Kunyit padat dengan nutrien menjadikannya antioksidan yang lebih kuat untuk kesihatan berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran .

Antioksidan adalah nutrien utama dalam menjaga kesihatan yang:

  • Menyokong fungsi ingatan 
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan sistem imun
  • Dan secara keseluruhan, membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas .

Kandungan antioksidan kunyit datang dari sebatian aktif yang dipanggil curcuminoids, yang mengandungi antioksidan yang:

  • 5 hingga 8 kali lebih kuat daripada vitamin E, juga lebih kuat daripada vitamin C
  • 3 kali lebih berkuasa daripada biji anggur atau ekstrak kulit kayu pain
  • Cukup kuat untuk memusnahkan oksidan yang paling aktif iaitu radikal hidroksil

Selain dari kepadatan nutrien untuk kesihatan, ia berkalori rendah dan termogenik semula jadi dalam kunyit meningkatkan tahap kesihatan metabolisme anda, ia membantu anda membakar kalori. Ini penting jika anda cuba untuk menguruskan badan.

Sementara itu, hampir semua orang yang hidup di dunia kini mengalami tekanan hidup yang tinggi yang mampu mengganggu kesihatan. Kunyit mengandungi sejenis adaptogen - bahan yang membantu menyokong badan anda terhadap tekanan dan meningkatkan kesihatan sistem imun.

Amalkan penggunaan kunyit demi kesihatan anda setiap hari kerana ia menyokong banyak fungsi - mata, kulit, tulang dan sendi, hati, penghadaman dan banyak lagi.

4 comments:

  1. Kunyit hidup ni memang khasiatnya. Sbb tu kaum india jdkan ia masker dimuka

    My FIL pun x suka guna kunyit serbuk. So, klu mak blk kampung, kena grg ikan/ayam pakai kunyit hidup ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak lagenda: Teruskan penggunaan kunyit. Semoga sihat walafiat selalu ;)

      Delete
  2. Patutlah kalau belah Penang. Ada nampak wanita India mukanya agak kekuningan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Ya la tu, diorang guna kunyit la kot. Saya pun banyak kali nampak kat tempat2 lain pun...

      Delete