Tuesday, 3 January 2012

Di Ambang Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru 2012! Semoga tahun 2012 memberi berkat dan kejayaan kepada kita semua.
Gambar-gambar berikut adalah dari Le Meridien Kuala Lumpur (Latest Recipe dan Conservatory), Stesen LRT Masjid Jamek dan LRT Star dalam perjalanan.







4.50 petang - Selamat Tahun Baru 2012 dari Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur. Belon-belon dan perhiasan untuk tahun baru 2012 sudah hampir siap.




4.52 petang - Ambang tahun baru 2012 di Latest Recipe. Banyaknya belon... Meriah....



4.53 petang - Penyediaan kaunter buffet untuk buffet dinner menjelang tahun baru 2012 pada malam ini oleh Mat Ju dan crew.


5.54 petang - Krew dapur bergambar menjelang tahun baru 2012 bersama Executive Chef Antoine Rodriguez. Gambar candid ni. Nice ;)

5.58 petang - Krew dapur pastri sibuk bekerja menjelang tahun baru 2012, menyiapkan hidangan mereka di kaunter dessert untuk buffet dinner malam ini. Buffet dinner akan bermula pukul 7.30 malam - 11.30 malam.


11.49 malam - Belon di siling conservatory yang akan dijatuhkan pada pukul 12.00 malam tahun baru 2012. Muzik dan lagu dinyanyikan dan dimainkan, juga ada tetamu yang menari.



11.51 malam - Pemandangan dari atas, dari Latest Recipe, Conservatory pada malam tahun baru 2012

12.00 malam - Pukul 12 tengah malam pertunjukan bunga api bermula. Di lancarkan dari Taman Tasik Perdana (Lake Garden), bersebelahan muzium. KL Sentral terang benderang.

12.02 pagi - Indah! Bunga api pelbagai bentuk dan warna menghiasi langit malam di sekitar Taman Tasik Perdana dan KL Sentral. Kelihatan refleksi bunga api pada bangunan CIMB yang masih dalam pembinaan pada malam tahun baru 2012.


12.08 pagi - Belon sudah dijatuhkan pada malam tahun baru 2012. Banyak yang telah dipecahkan sehingga ia meletup-letup laksana bunyi mercun.

1.46 pagi - Awal tahun baru 2012 pengunjung dari Dataran Merdeka berjalan ke Masjid Jamek, mungkin untuk bersiar-siar atau untuk menaiki LRT yang melanjutkan perkhidmatannya hingga pukul 2.00 pagi sempena malam tahun baru ini.


1.47 pagi - Gerai-gerai sementara dibuka di tepi jalan di sekitar Masjid Jamek berdekatan dengan sambutan tahun baru 2012 di Dataran Merdeka. Anda pergi ke Dataran Merdeka pada malam tahun baru? Saya tak pergi laa..


1.50 pagi - Hampir pukul 2.00 pagi 1 Januari 2012, masih ramai orang dalam lrt. Masing-masing keletihan dan ingin pulang tidur, termasuklah saya.
Zzzzzz....




Begitulah malam tahun baru saya digunakan. Anda pula bagaimana?
Semoga tahun baru 2012 membawa segala yang indah kepada kita semua. Selamat Tahun Baru 2012.

No comments:

Post a Comment