Showing posts with label Selamat Tahun Baru. Show all posts
Showing posts with label Selamat Tahun Baru. Show all posts

Monday, 31 December 2012

31 Disember 2012

Selamat tinggal 2012 dan Selamat Tahun Baru 2013. Tahun ini berakhir pada hari ini dengan meninggalkan berbagai kenangan suka dan duka. Terima kasih di atas segala jasa dan sokongan anda. Ada azam saya yang telah terlaksana dan ada juga yang belum. Bagaimana dengan anda?
SELAMAT TAHUN BARU 2013 KEPADA SEMUA! Good bye 2012. All the best kepada semua & happy new year ;)
Maafkan Saya Untuk Tahun 2012 dan Sebelumnya.

Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang tahun 2012 dan sebelumnya, termasuklah ibu-bapa & adik-adik saya, semua kawan-kawan, facebook friends, pembaca blog,  bos-bos Mr Fauzy, Mr Rajan, Mr Elan, Mr Harvey, Mr Nizam dan semua bos yang tak dapat saya sebutkan di sini, sifu Irfan Khairi dan cikgu-cikgu Amim, Zul, Wadi, Zaki, Razzi dan semua sekali. Saya sedar saya tidak selalu berlembut dengan anda semua, selalu ada saja kekasaran dari saya.

Apa azam baru anda semua? Jangan lupa tuliskan azam anda dan letakkan di tempat yang mudah dilihat seperti di pintu bilik, di dinding depan laptop anda, pintu almari baju, di cermin mekap dan sebagainya. Tentu ini akan mengingatkan anda dan memberi semangat untuk melaksanakan sebelum akhir tahun 2013 nanti.

Tuesday, 3 January 2012

Di Ambang Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru 2012! Semoga tahun 2012 memberi berkat dan kejayaan kepada kita semua.
Gambar-gambar berikut adalah dari Le Meridien Kuala Lumpur (Latest Recipe dan Conservatory), Stesen LRT Masjid Jamek dan LRT Star dalam perjalanan.







4.50 petang - Selamat Tahun Baru 2012 dari Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur. Belon-belon dan perhiasan untuk tahun baru 2012 sudah hampir siap.




4.52 petang - Ambang tahun baru 2012 di Latest Recipe. Banyaknya belon... Meriah....



4.53 petang - Penyediaan kaunter buffet untuk buffet dinner menjelang tahun baru 2012 pada malam ini oleh Mat Ju dan crew.


5.54 petang - Krew dapur bergambar menjelang tahun baru 2012 bersama Executive Chef Antoine Rodriguez. Gambar candid ni. Nice ;)

5.58 petang - Krew dapur pastri sibuk bekerja menjelang tahun baru 2012, menyiapkan hidangan mereka di kaunter dessert untuk buffet dinner malam ini. Buffet dinner akan bermula pukul 7.30 malam - 11.30 malam.


11.49 malam - Belon di siling conservatory yang akan dijatuhkan pada pukul 12.00 malam tahun baru 2012. Muzik dan lagu dinyanyikan dan dimainkan, juga ada tetamu yang menari.



11.51 malam - Pemandangan dari atas, dari Latest Recipe, Conservatory pada malam tahun baru 2012

12.00 malam - Pukul 12 tengah malam pertunjukan bunga api bermula. Di lancarkan dari Taman Tasik Perdana (Lake Garden), bersebelahan muzium. KL Sentral terang benderang.

12.02 pagi - Indah! Bunga api pelbagai bentuk dan warna menghiasi langit malam di sekitar Taman Tasik Perdana dan KL Sentral. Kelihatan refleksi bunga api pada bangunan CIMB yang masih dalam pembinaan pada malam tahun baru 2012.


12.08 pagi - Belon sudah dijatuhkan pada malam tahun baru 2012. Banyak yang telah dipecahkan sehingga ia meletup-letup laksana bunyi mercun.

1.46 pagi - Awal tahun baru 2012 pengunjung dari Dataran Merdeka berjalan ke Masjid Jamek, mungkin untuk bersiar-siar atau untuk menaiki LRT yang melanjutkan perkhidmatannya hingga pukul 2.00 pagi sempena malam tahun baru ini.


1.47 pagi - Gerai-gerai sementara dibuka di tepi jalan di sekitar Masjid Jamek berdekatan dengan sambutan tahun baru 2012 di Dataran Merdeka. Anda pergi ke Dataran Merdeka pada malam tahun baru? Saya tak pergi laa..


1.50 pagi - Hampir pukul 2.00 pagi 1 Januari 2012, masih ramai orang dalam lrt. Masing-masing keletihan dan ingin pulang tidur, termasuklah saya.
Zzzzzz....




Begitulah malam tahun baru saya digunakan. Anda pula bagaimana?
Semoga tahun baru 2012 membawa segala yang indah kepada kita semua. Selamat Tahun Baru 2012.

Saturday, 31 December 2011

Cara-cara Untuk Jayakan Azam Tahun Baru Anda

Semoga anda mencapai azam tahun baru 2012 dengan cemerlang!
Selamat pagi kepada anda semua. Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun ini, 31 Disember 2011.
Ramai orang mempunyai azam tahun baru masing-masing, akan tetapi kebanyakan orang tidak berjaya menunaikannya, kira-kira 90% tidak dapat mencapai azam mereka. Salah 1 cara untuk mencapainya ialah dengan meletakkan azam yang realistik.

Bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru yang realistik?
  1. Semak semula azam anda. Buat hanya azam yang betul-betul anda inginkan.
  2. Sasarkan pada perkara-perkara yang benar-benar penting dan boleh memberi perubahan positif dalam hidup anda
  3. Pastikan matlamat anda boleh dicapai. Berhati-hati, jangan membuat azam yang melampau
  4. Bayangkan diri anda telah mencapai matlamat dan bagaimana ia akan mengubah hidup anda. Bayangkan apa perasaan anda setelah berjaya mencapainya. Jika anda tidak sabar lagi untuk bermula, sudah tiba masanya untuk bermula dari sekarang....

Sebaik sahaja anda telah memberikan diri anda Azam Tahun Baru yang realistik, langkah seterusnya adalah untuk berusaha mendapatkannya. Kebanyakan azam tahun baru tidak berjaya kerana orang berhenti sebaik sahaja mereka telah membuat azam.

Berikut adalah 7 cara untuk mencapai Azam Resolusi Tahun Baru anda:

1. Bermula dengan minda yang positif - percaya anda boleh mencapai matlamat anda

2. Tentukan matlamat anda - Ramai orang membuat kesilapan yang menetapkan matlamat umum, buat azam yang spesifik. Jadikan matlamat anda tepat dan jelas. Tuliskannya. Ini menjadikan matlamat anda komitmen rasmi

3. Jangan buat terlalu banyak matlamat - Walaupun anda mungkin mempunyai senarai yang panjang Resolusi Tahun Baru, pilih matlamat yang berbaloi dan tumpukan segala tenaga anda ke atasnya.

4. Pecahkan azam anda - Pecahkan azam tahun baru anda kepada beberapa matlamat yang lebih kecil dan pecahkan tarikh pencapaiannya sepanjang tahun.

5. Tetapkan pencapaian pertengahan - Bagi setiap matlamat yang cukup besar, menetapkan beberapa peristiwa penting sebagai perantaraan untuk menjejaki perkembangannya.

6. Nilai semula matlamat anda secara berkala - Bila masa berlalu, keutamaan anda mungkin berubah atau masalah yang tidak dijangka mungkin timbul. Anda perlu fleksibel dan biarkan matlamat anda berkembang. Semak semula plan anda cari strategi yang tidak berfungsi. Ubah dan laraskan plan anda, ubah suai pendekatan anda dan teruskan usaha anda.

7. Beri ganjaran kepada diri anda: Di sepanjang perjalanan mencapai matlamat anda, raikan kejayaan-kejayaan kecil anda. Ia adalah cara yang baik untuk membina keyakinan dan menguatkan semangat. Ini bukan saja membuat anda lebih bermotivasi tetapi juga bertindak sebagai gam untuk anda tetap lekat pada Azam Tahun Baru.

Mengalami kemerosotan merupakan salah satu sebab yang paling biasa mengapa orang berputus asa dalam mencapai Aza, Tahun Baru mereka. Ingat, untuk mengubah diri anda atau mencapai sesuatu yang mengambil masa dan kesabaran. Maka akan ada naik dan turun, anda akan menghadapi halangan di sepanjang jalan.

Apabila anda menghadapi saat-saat itu, ingatkan diri mengapa anda perlu mencapai matlamat tersebut. Kekal fokus, pastikan diri anda bermotivasi dan terus ambil langkah-langkah kecil untuk ke hadapan. Anda pasti akan mencapai matlamat anda.

Tahun Baru adalah masa yang baik untuk memulakan fasa baru dalam kehidupan anda.

"Tahun Baru tidak bererti kita harus mempunyai tahun baru. Ia adalah bahawa kita harus mempunyai jiwa yang baru,"

"Kita selalu gunakan 1 Januari untuk merangka senarai kerja yang perlu dilakukan, menyemak segala keretakan dalam kehidupan kita, untuk membaiki keretakan tersebut. Mungkin tahun ini, kita tidak perlu melihat kelemahan, tetapi melihat potensi "