Saturday 7 January 2012

Koop 1Malaysia



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) telah Perkenalkan koperasi 1Malaysia (Koop 1 Malaysia). KedaiKoop 1Malaysia adalah hasil kerjasama koperasi Permodalan Felda (KPF)Berhad dan Felda Trading yang mengedarkan barangan runcit sedia ada di luarBandar dan tanah rancangan Felda.


Barangan yang dipasarkan di kedai Koop 1Malaysia adalah lebih murahberbanding kedai biasa sehingga 40%. Buat masa sekarang ada 24 jenisproduk hasil Koop 1Malaysia dan akan ditambah kepada 126 jenis produk barumenjelang bulan Mac 2012.


Koop 1Malaysia yang Memasarkan produk hasil koperasi Felda Trading ini akandiperluaskan kepada setiap daerah kerana mendapat sambutan positif daripenduduk tempatan. Datuk Seri Ismail Sabri berkata demikian selepasmerasmikan kedai tukar kepada koperasi Felda Sebertak Pahang Berhad danpromosi produk Koop 1Malaysia di Bera.


Disamping itu sebelum ini telah ada 3 buah pusat pengedaran kecil di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Subang, Selangor.


Terdapat 1 program yang diberi nama program tukar, iaitu penukaran kedairuncit kepada coopmart. Kira-kira 100 buah kedai runcit telah didaftarkan untukprogram ini dan 89 buah kedai runcit telah berjaya ditukar kepada coopmart.Proses tukar yang dilakukan membabitkan Pengurusan kewangan danpenyeliaan produk kepada cara yang lebih teratur dan Moden.


Di antara barang yang diedarkan ialah keperluan harian seperti beras, susu,lampin Bayi dan lain-lain.


Komitmen Kementerian dan KPF dalam usaha untuk membantu rakyat di luar bandar & tanah rancangan adalah menjadi keutamaan.
Sumber: Utusan

3 comments:

  1. tak pernah ke kedai 1malaysia
    kat rumah kami ni tak ada

    ReplyDelete
  2. tehr: Ye ke? Nanti ada peluang boleh la pergi ;)

    ReplyDelete
  3. kat mane nak dapatkan maklumay yg lebih lanjut berkaitan koop 1 malaysia?ade sape2 tahu x?

    ReplyDelete