Saturday 28 January 2012

Pelancongan Unik di Guangzhou, China

Roda Ferris tertinggi di dunia terletak di Menara Canton, Guangzhou, Cina
ketika dalam pembinaan. Foto: imagechina.com
Pelancongan merupakan satu hobi yang menarik. Sudahkah anda membuat pelancongan ke Guangzhou, China kerana di sini terdapat Ferris Wheel tertinggi di dunia dengan ketinggian 450 meter dan tertinggi terletak di Menara Canton, Guangzhou, China. Ferris wheel ini jauh melepasi ketinggian Singapore Flyer, Ferris wheel tertinggi di dunia sebelum ini setinggi 165 meter.

Pelancongan ke Ferris wheel yang terletak di Guangzhou ini unik kerana ferris wheelnya tidak dibina seperti Ferris wheel biasa seperti rekaan Singapore Flyer atau London's Eye di England. Ferris wheel ini dibina mendatar dalam bentuk bulatan mengelilingi puncak bangunan Menara Canton memberikan pengalaman pelancongan yang menarik.

Ferris wheel di Menara Canton ini mempunyai 16 buah kapsul yang mampu membawa 4 - 6 orang pelancong bagi setiap kapsul menjadikan muatan keseluruhan seramai 96 orang yang akan memberikan pengalaman pelancongan yang hebat.

Ferris wheel Menara Canton ini dibina menggunakan teknologi makro-molekul yang membolehkan pelancong menikmati pemandangan yang jelas sehingga 360 darjah.

Ferris wheel ini mengambil masa 20 - 40 minit setiap pusingan dan mula dibuka pada pelancongan dan lawatan pada 2 September 2012.

4 comments:

  1. Mahu kecut perut kalau naik Wheel of Ferris pada ketinggian ini. :-)

    ReplyDelete
  2. akubiomed: Memang betul. Eeee...gayat!

    ReplyDelete
  3. ada ke yg nak naik menda alah tu sha..ada yg pitam tu kang!

    ReplyDelete