Showing posts with label pelancong. Show all posts
Showing posts with label pelancong. Show all posts

Tuesday, 29 April 2014

24 Blog Pelancongan Peribadi Yang Bagus

Blog pelancongan memang bagus untuk dijadikan inspirasi atau panduan untuk memulakan pelancongan. Terdapat pelbagai tip dan panduan dalam blog-blog ini.


Blog peribadi ini juga menceritakan bagaiman untuk melancong dengan tidak menggunakan banyak wang, atau untuk mendapatkan tajaan bagi pelancongan anda. Malah ada bermacam-macam panduan lagi. Berikut adalah 25 blog tersebut:

1) Blog: www.johnnyvagabond.com
Twitter: @johnnyvagabond
Blog ni best, ada macam-macam cerita yang ada kalanya melucukan dan sedih juga. Banyak juga tip-tip yang sangat berguna.

2) Blog: www.nomadicmatt.com
Twitter: @nomadicmatt
Blog yang mengandungi banyak info dan panduan untuk melancong. Dia telah menjadikan blog pelancongan ini sebagai full time kerjanya.

3) Blog: www.rtwblog.com
Twitter: @rtwnobag
Rolf Potts penulis blog ini telah menunjukkan cara melancong tanpa beg-beg yang besar.

4) Blog: www.pausethemoment.com
Twitter: @pausethemoment
Blog ini kepunyaan suami isteri yang memuatkan blog mereka dengan gambar, video dan tip-tip yang sangat berguna.

5) Blog: www.globetrooper.com
Twitter: @globetrooper
Blog ini dikendalikan oleh 2 orang blogger pelancongan, Lauren dan Todd. Blog mereka menjadi tempat pertemuan blogger di online.

6) Blog: www.davidsbeenhere.com
Twitter: @davidsbeenhere
Blog ini memberikan cara merancang pelancongan, panduan dan tip-tip pelancongan melalui video. Terdapat satu seksyen yang unik di blognya diberi nama Ask David.

7) Blog: www.twenty-somethingtravel.com
Twitter: @20sTravel
Blog ini mempunyai pandangan peribadi yang jujur mengenai tempat-tempat yang dikunjunginya.

8) Blog: www.foxnomad.com
Twitter: @foxnomad
Blog ini memberikan nasihat teknikal seperti cara mencari wifi, pemilihan laptop dan sebagainya. Juga mengandungi nasihat tentang keselamatan semasa melancong.

9) Blog: www.traveling-savage.com
Twitter: @travelingsavage
Misi blogger ini adalah untuk melancong ke mana-mana tempat di dunia selama sebulan setiap kali melancong. Blog kepunyaan Anil Polat. Best!

10) Blog: www.almostfearless.com
Twitter: @almostfearless
Blogger ini menulis buku tentang orang-orang yang meninggalkan kerja 9/5 dan mendapat kebebasan kerja di seluruh dunia. Dia telah pun menerbitkan 3 buku dan dalam proses untuk menerbitkan sebuah lagi buku.

11) Blog: www.backpackingmatt.com
Twitter: @backpackingmatt
Matthew Kyhnn penulis blog ini baru saja menghabiskan masa 6 bulan di New Zealand. Sekarang dia berada di Thailand.

12) Blog: www.twobackpackers.com
Twitter: @twobackpackers
Blog yang mempunyai nasihat praktikal berdasarkan pengalaman sebenar.

13) Blog: www.indietravelpodcast.com
Twitter: @indietravel
Mereka adalah antara beberapa pasangan yang melancong ke seluruh dunia yang dibiayai oleh site mereka. Sungguh menarik.

14) Blog: www.backpackwithbrock.com
Twitter: @backpackerbrock
Blogger yang melancong berseorangan dengan mengambil video ke tempat-tempat yang dilawatinya termasuk mengambil gambarnya sendiri, tidak seperti kebanyakan blogger lain yang hanya mengambil gambar pemandangan. Pelawat blog suka jika dapat melihat penulis blog itu sendiri.

15) Blog: www.everything-everywhere.com
Twitter: @everywheretrip
Gary penulis blog ini seorang jurugambar yang hebat. Setiap hari dia memuatkan gambar-gambar terbaru ke blognya. Dan terdapat gambar yang boleh dijadikan desktop wallpaper.

16) Blog: www.gapyearescape.com
Twitter: @gapyearescape
Blog ditulis oleh Amar yang sangat mesra ketika melancong bersembang dan menceritakan pengalamannya. Dengan cara ini dia mendapat trip percuma dan sebagainya.

17) Blog: www.fluentin3months.com
Twitter: @irishpolyglot
Penulisnya, Benin telah mengambil niche yang tersendiri dalam pelancongan iaitu belajar bahasa ketika melancong. Kini dia sudah boleh bertutur dalam 8 bahasa.

18) Blog: www.mangomanjaro.se
Twitter: N/A
Penulis blog ini istimewa kerana mereka menggunakan hitchhike untuk melancong. Kini mereka telah berjaya bergerak dari Sweden ke India. Anda minat buat macam mereka?

19) Blog: www.mybeautifuladventures.com
Twitter: @andiperullo
Blogger yang selalu tersenyum dan nampak seperti selalu ambil berat.

20) Blog: www.gobackpacking.com
Twitter: @rtwdave
Dave Lee memberikan tip-tip dan panduan berguna mengenai pelancongan. Dia juga melancong dengan dibiayai oleh blognya.

21) Blog: www.uncorneredmarket.com
Twitter: @umarket
Audrey & Daniel melancong dan berkongsi gambar dan cerita berkenaan tempat mereka pergi. Mereka mengukur jarak perjalanan mereka dengan langkah.

22) Blog: www.ytravelblog.com
Twitter: @ytravelblog
Mereka bekerja di luar negara, telah memulakan blog sejak tahun 2010 dan mempunyai peminat di facebook juga.

23) Blog: www.exilelifestyle.com
Twitter: N/A
Colin Wright melancong ke setiap negara setiap 4 bulan dan pembaca blognya menentukan ke mana dia akan pergi seterusnya melalui undi. Menarik kan?

24) Blog: www.theplanetd.com
Twitter: @theplanetd
Dave & Debra mempunyai mindset sesiapa pun boleh melakukannya. Mereka membuat perkara yang agak gila-gila seperti mengayuh basikal sejauh 12,000 km, memanjat Gunung Kilimanjaro dan sebagainya.

Senarai yang panjang, sudahkah anda membaca kesemua blog?


Sunday, 30 December 2012

12 Cara Menjaga Keselamatan di Hotel

Keselamatan di hotel amat perlu tak kira anda adalah pelancong peneroka, pencari budaya, pembeli (shopper) atau profesional. Antara perkara yang kadang-kadang dilupakan adalah keselamatan.

Keselamatan ketika berada di hotel perlu kerana tempat penginapan anda adalah di mana masalah anda boleh bermula, melainkan jika anda berhati-hati.

12 Cara Menjaga Keselamatan di Hotel ialah:
  1. Kecurian & kebakaran berhampiran atau di hotel adalah risiko utama pelancong. Jika boleh, pastikan bilik anda berada di tingkat 3. Ini menghalang akses penjenayah dari tingkat bawah dan lain-lain tahap awam, tetapi tidak lebih dari tingkat 6 untuk keselamatan dalam kes kebakaran. 
  2. Elakkan bilik yang terlalu dekat dengan tangga keselamatan (fire escape). Ia menawarkan laluan mudah untuk pencuri.
  3. Jika anda perlu menulis nombor kad kredit atau butir-butir pasport apabila mendaftar masuk, jangan biarkan orang lain melihat butiran anda.
  4. Periksa jika terdapat sistem pemercik (sprinkler system)  dan pengesan asap yang berfungsi di dalam bilik anda.
  5. Jika boleh, bawa sendiri bagasi anda ke bilik anda. Jika tidak, bawa bagasi tangan dan barang-barang berharga anda, dan tunggu untuk porter pergi bersama anda ke bilik, atau pastikan bagasi anda  selamat dan tidak dibiarkan tanpa kawalan di lobi hotel.
  6. Periksa pintu bilik dan tingkap sentiasa dikunci dengan selamat. Adalah bilik anda boleh diakses dari bilik sebelah? 
  7. Dapatkan lokasi pintu kecemasan hotel, pintu kebakaran (fire escape), tangga dan lif.
  8. Apabila meninggalkan bilik anda, hubungi reception untuk bilik anda dibersihkan. Meninggalkan tanda Sila Bersihkan Bilik (Please Clean Room) mengiklankan ketiadaan anda kepada pencuri.
  9. Cuba tidak untuk bercakap terlalu kuat tentang bila anda akan keluar dan jangkaan anda pulang semula. Anda tak tahu siapa yang mendengar.
  10. Simpan barang-barang anda di dalam bilik yang dikunci pada setiap masa, dan gunakan peti simpanan dalam bilik untuk barang-barang berharga. Jika tidak ada simpanan dalam bilik dan anda boleh menggunakan kotak deposit hotel, pastikan pekerja hotel bole dipercayai.
  11. Jangan biarkan dokumen terdedah dalam bilik anda, ini boleh menimbulkan minat penjenayah. 
  12. Elakkan membincangkan dengan kuat perkara-perkara yang sensitif atau penting di dalam bilik anda, di telefon hotel atau kawasan-kawasan lain di mana anda boleh didengar. Juga berhati-hati apabila menggunakan hotel untuk mesyuarat perniagaan.
Penginapan dihotel memang selesa dan merihatkan tapi faktor yang penting dan perlu sentiasa diingat ialah keselamatan.

Monday, 17 December 2012

Apakah Pelancongan Berbasikal?

Pelancongan berbasikal adalah berbasikal pada jarak yang jauh, lebih mengutamakan keseronokan mengayuh basikal sambil menikmati perjalanan dan juga ketahanan untuk berkayuh berbanding kelajuan. Mengayuh basikal tidak kira mengambil masa sehari, beberapa hari atau lebih lama lagi adalah satu cara yang menyeronokan dalam pelancongan.

Pelancongan berbasikal boleh memberi keseronokan dan juga kesihatan dengan gerak kerja fizikal yang dilakukan walaupun sedikit meletihkan. Pada masa dahulu pelancong yang berbasikal dianggap sebagai pelancong yang tidak berkemampuan dan agensi pelancongan pula menganggap mereka ini menyusahkan kerana terpaksa mengangkut basikal yang dibawa bersama.

Akan tetapi kini pelancongan berbasikal semakin berkembang kerana:

  • Pelancong berbasikal sering terdiri dari golongan berpendapatan yang lebih tinggi berbanding pelancong lain.
  • Pelancong menganggap berbasikal sebagai kenderaan yang baik untuk kesihatan mereka
  • Pelancong menyedari keseronokan berbasikal sambil menikmati keindahan alam.
  • Institusi penginapan mengiktiraf potensi keuntungan dari tetamu penginapan 1 malam
  • Banyak peta dan program laluan telah dilancarkan
  • Agensi transit mesra basikal sedang menikmati peningkatan dalam penumpang
  • Industri basikal telah mengiktiraf potensi keuntungan dari pelancong berbasikal dan menawarkan peralatan pelancongan yang berkualiti
  • Atlet berbasikal memilih untuk bergerak dengan basikal ke tempat-tempat yang menarik di mana mereka boleh berlatih.
Kerajaan Malaysia menganggap pelancongan berbasikal sebagai salah satu cabang pelancongan yang menguntungkan dan patut diberi galakan dan mahukan Air Asia dan MAS mengecualikan caj untuk pengangkutan basikal sepertimana yang dilakukan oleh Garuda Airlines yang tidak mengenakan caj tambahan bagi pelancong yang membawa basikal demi pelancongan berbasikal.

Saturday, 28 January 2012

Pelancongan Unik di Guangzhou, China

Roda Ferris tertinggi di dunia terletak di Menara Canton, Guangzhou, Cina
ketika dalam pembinaan. Foto: imagechina.com
Pelancongan merupakan satu hobi yang menarik. Sudahkah anda membuat pelancongan ke Guangzhou, China kerana di sini terdapat Ferris Wheel tertinggi di dunia dengan ketinggian 450 meter dan tertinggi terletak di Menara Canton, Guangzhou, China. Ferris wheel ini jauh melepasi ketinggian Singapore Flyer, Ferris wheel tertinggi di dunia sebelum ini setinggi 165 meter.

Pelancongan ke Ferris wheel yang terletak di Guangzhou ini unik kerana ferris wheelnya tidak dibina seperti Ferris wheel biasa seperti rekaan Singapore Flyer atau London's Eye di England. Ferris wheel ini dibina mendatar dalam bentuk bulatan mengelilingi puncak bangunan Menara Canton memberikan pengalaman pelancongan yang menarik.

Ferris wheel di Menara Canton ini mempunyai 16 buah kapsul yang mampu membawa 4 - 6 orang pelancong bagi setiap kapsul menjadikan muatan keseluruhan seramai 96 orang yang akan memberikan pengalaman pelancongan yang hebat.

Ferris wheel Menara Canton ini dibina menggunakan teknologi makro-molekul yang membolehkan pelancong menikmati pemandangan yang jelas sehingga 360 darjah.

Ferris wheel ini mengambil masa 20 - 40 minit setiap pusingan dan mula dibuka pada pelancongan dan lawatan pada 2 September 2012.