Pelancongan berbasikal boleh memberi keseronokan dan juga kesihatan dengan gerak kerja fizikal yang dilakukan walaupun sedikit meletihkan. Pada masa dahulu pelancong yang berbasikal dianggap sebagai pelancong yang tidak berkemampuan dan agensi pelancongan pula menganggap mereka ini menyusahkan kerana terpaksa mengangkut basikal yang dibawa bersama.
Akan tetapi kini pelancongan berbasikal semakin berkembang kerana:
- Pelancong berbasikal sering terdiri dari golongan berpendapatan yang lebih tinggi berbanding pelancong lain.
- Pelancong menganggap berbasikal sebagai kenderaan yang baik untuk kesihatan mereka
- Pelancong menyedari keseronokan berbasikal sambil menikmati keindahan alam.
- Institusi penginapan mengiktiraf potensi keuntungan dari tetamu penginapan 1 malam
- Banyak peta dan program laluan telah dilancarkan
- Agensi transit mesra basikal sedang menikmati peningkatan dalam penumpang
- Industri basikal telah mengiktiraf potensi keuntungan dari pelancong berbasikal dan menawarkan peralatan pelancongan yang berkualiti
- Atlet berbasikal memilih untuk bergerak dengan basikal ke tempat-tempat yang menarik di mana mereka boleh berlatih.
Kerajaan Malaysia menganggap pelancongan berbasikal sebagai salah satu cabang pelancongan yang menguntungkan dan patut diberi galakan dan mahukan Air Asia dan MAS mengecualikan caj untuk pengangkutan basikal sepertimana yang dilakukan oleh Garuda Airlines yang tidak mengenakan caj tambahan bagi pelancong yang membawa basikal demi pelancongan berbasikal.

