Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Friday, 7 December 2012

Gambar pokok melaka, di MAHA 2012

Melaka sebuah negeri di Malaysia yang diberi nama sempena nama pokok melaka. Pernahkah anda melihat pokok melaka? Saya sendiri tak pernah melihatnya sebelum ini. Semasa saya berkunjung ke MAHA 2012 baru-baru ini saya telah terjumpa pokok ini di perkarangan rumah negeri Melaka atau lebih di kenali sebagai Pavilion Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia.


Rumah Negeri Melaka di MAHA 2012, Maeip, Serdang, Selangor


Sepohon pokok melaka di MAHA 2012
Daunnya kecil-kecil seakan-akan daun pucuk paku atau paku-pakis

Buahnya bulat, kecil-kecil sebesar buah mata kucing, berwarna hijau

Suasana malam di MAHA 2012 di bawah pokok melaka


Tuesday, 27 December 2011

Berbasikal Mengelilingi Melaka 2 Januari 2012

Jom kayuh basikal mengelilingi Melaka 2 Januari 2012
Berbasikal adalah salah satu cara untuk bersenam bagi menjaga kesihatan di samping menikmati keindahan alam dan mengurangkan pencemaran alam.

Anda suka berbasikal? Saya suka.. Kalau pergi melancung ke mana-mana saya akan cari basikal untuk disewa jika ada.

Kepada peminat basikal, ada 1 peluang menarik untuk berbasikal sempena sambutan tahun baru 2012 ini iaitu berbasikal mengelilingi Melaka. Ni menarik ni, di samping menunggang basikal untuk kesihatan, kita dapat juga menikmati pemandangan indah di Melaka.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua. Jadi kepada yang berminat, mari kita luangkan masa untuk berbasikal mengelilingi Melaka, pasti menyeronokkan dan berbaloi untuk kesihatan.

Sumber: Scoreboard TV3 12.30am 27/12/11