Showing posts with label MAHA 2012. Show all posts
Showing posts with label MAHA 2012. Show all posts

Monday, 10 December 2012

Sekitar MAHA 2012

MAHA 2012 baru saja berlalu dari 23 november - 2 disember 2012 yang lalu. Berikut ada sedikit gambar untuk tatapan bersama semasa saya berkunjung ke sana.

Saya tiba di MAHA 2012, waktu petang, hujan rintik-rintik

Antara tram yang digunakan untuk mengangkut pengunjung di kawasan MAHA 2012 secara percuma

Demo pemerahan susu. Terdapat lembu susu, kerbau susu dan kambing susu di sini

Peralatan pemerahan susu

Johan pertandingan penjantan kambing, dimenangi oleh kacukan Boer. Kambing ni besar dan jinak.

Lembu kacukan Brahman, dari Bentong, Pahang.

Dodol panas Melaka di Pavilion Negeri Melaka

Belacan asli tiada pengawet, pewarna dan lain-lain. Produk natural, hanya garam dan udang.

Pizz Vitato di Pavilion Negeri Kelantan

Keladi tikus di Pavilion Negeri Kelantan, MAHA 2012.

Perkarangan Pavilion Negeri Kelantan di MAHA 2012, Maeps Serdang, Selangor.

Perkarangan rumah negeri Trengganu, ada batu bersurat dan anak penyu di tamannya

Ikan arowana emas di Pavilion Negeri Perak

A cowboy is a man with guts and a horse, di rumah koboi di Laman Penternakan, MAHA 2012

Rumah atau Pavilion Negeri Johor

Pokok melaka di perkarangan Pavilion Negeri Melaka
Sehingga kita bertemu lagi di MAHA 2014.

Saturday, 8 December 2012

Objektif MAHA, Maeps, Serdang, Malaysia.



MAHA 2012 yang lepas telah berlangsung dari 23 November - 2 Disember 2012. Ketika ingin berkunjung ke MAHA saya ada mengajak beberapa orang kawan, tapi mereka tak ingin ke sana kerana mereka beranggapan ia hanyalah membuang masa saja, memenatkan, tambahan hujan selalu turun dan lapangan menjadi agak lecak dan mengotorkan kaki dan pakaian untuk ke MAHA 2012.
MAHA 2012: Rumah Negeri Sembilan di waktu malam.

MAHA atau 'Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show' mempunyai 5 objektif.

Objektif MAHA ialah:
  1. Untuk mengubah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri asas tani. Pameran ini adalah bagi menarik penyertaan pelabur persendirian dari dalam dan luar negara dalam sektor pertanian Malaysia
  2. Untuk mempromosikan industri pertanian sebagai satu pelaburan yang menguntungkan serta menjamin pulangan masa depan bagi menarik pelabur, usahawan dan generasi muda.
  3. Untuk mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa dengan harapan ia boleh diaplikasikan dalam sektor pertanian Malaysia. Dengan ini, sektor pertanian negara akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih viable dari segi komersial. Dengan demikian, taraf hidup dan pendapatan kumpulan sasaran turut ditingkatkan.
  4. Untuk menyediakan peluang kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan / Kerajaan Negeri, Syarikat persendirian dari dalam dan luar negara, usahawan dan kumpulan sasaran lain bagi mempamerkan produk, penemuan terkini, peluang pelaburan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  5. Menyediakan wadah pertemuan bagi penjual dan pembeli, pencipta teknologi dengan perkhidmatan sektor pertanian tempatan dan antarabangsa.
Pelbagai pengalaman dan peluang boleh didapati dari MAHA, terpulang kepada minat seseorang yang mengunjungi MAHA. Ada yang ingin melihat kemajuan yang telah dicapai dalam bidang pertanian & perikanan, peluang perniagaan yang ada, mesin-mesin terbaru, peralatan, spesis yang ada, lokasi dan jenis pertanian atau pernigaan yang dijalankan dan pelbagai ilmu lagi boleh ditimba dari MAHA 2012.

Friday, 7 December 2012

Gambar pokok melaka, di MAHA 2012

Melaka sebuah negeri di Malaysia yang diberi nama sempena nama pokok melaka. Pernahkah anda melihat pokok melaka? Saya sendiri tak pernah melihatnya sebelum ini. Semasa saya berkunjung ke MAHA 2012 baru-baru ini saya telah terjumpa pokok ini di perkarangan rumah negeri Melaka atau lebih di kenali sebagai Pavilion Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia.


Rumah Negeri Melaka di MAHA 2012, Maeip, Serdang, Selangor


Sepohon pokok melaka di MAHA 2012
Daunnya kecil-kecil seakan-akan daun pucuk paku atau paku-pakis

Buahnya bulat, kecil-kecil sebesar buah mata kucing, berwarna hijau

Suasana malam di MAHA 2012 di bawah pokok melaka