Saturday, 8 December 2012

Objektif MAHA, Maeps, Serdang, Malaysia.



MAHA 2012 yang lepas telah berlangsung dari 23 November - 2 Disember 2012. Ketika ingin berkunjung ke MAHA saya ada mengajak beberapa orang kawan, tapi mereka tak ingin ke sana kerana mereka beranggapan ia hanyalah membuang masa saja, memenatkan, tambahan hujan selalu turun dan lapangan menjadi agak lecak dan mengotorkan kaki dan pakaian untuk ke MAHA 2012.
MAHA 2012: Rumah Negeri Sembilan di waktu malam.

MAHA atau 'Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show' mempunyai 5 objektif.

Objektif MAHA ialah:
  1. Untuk mengubah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri asas tani. Pameran ini adalah bagi menarik penyertaan pelabur persendirian dari dalam dan luar negara dalam sektor pertanian Malaysia
  2. Untuk mempromosikan industri pertanian sebagai satu pelaburan yang menguntungkan serta menjamin pulangan masa depan bagi menarik pelabur, usahawan dan generasi muda.
  3. Untuk mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa dengan harapan ia boleh diaplikasikan dalam sektor pertanian Malaysia. Dengan ini, sektor pertanian negara akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih viable dari segi komersial. Dengan demikian, taraf hidup dan pendapatan kumpulan sasaran turut ditingkatkan.
  4. Untuk menyediakan peluang kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan / Kerajaan Negeri, Syarikat persendirian dari dalam dan luar negara, usahawan dan kumpulan sasaran lain bagi mempamerkan produk, penemuan terkini, peluang pelaburan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  5. Menyediakan wadah pertemuan bagi penjual dan pembeli, pencipta teknologi dengan perkhidmatan sektor pertanian tempatan dan antarabangsa.
Pelbagai pengalaman dan peluang boleh didapati dari MAHA, terpulang kepada minat seseorang yang mengunjungi MAHA. Ada yang ingin melihat kemajuan yang telah dicapai dalam bidang pertanian & perikanan, peluang perniagaan yang ada, mesin-mesin terbaru, peralatan, spesis yang ada, lokasi dan jenis pertanian atau pernigaan yang dijalankan dan pelbagai ilmu lagi boleh ditimba dari MAHA 2012.

8 comments:

  1. tak rugi ni kalau berkunjung
    memang boleh tambah pengetahuan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. tehr: Ya,betul tu, harap mereka yang tak pergi tahun ni akan dapat berkunjung ke MAHA 2014 pula ;)

      Delete
  2. Banyak informasi menarik yang boleh didapati apabila kita pegi ke MAHA ni. Usahawan sekarang begitu innovatif dalam pembuatan dan mempamerkan produk2 mereka. Satu acara yang mesti saya lawati apabila datangnye MAHA tiap2 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. galaksibimasakti; Jom, sama-sama kita ke sana ;)

      Delete
  3. Sejak dari awal penganjuran sehinggalah yang terbaru belum pernah menjejaki MAHA ini walaupun dekat dengan Bangi sebaba ada pelan lain.

    Kalau pergi saya ingin mendapatkan ilmu dan benih pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Bagus, kalau dapat pergi. Saya pun suka dapatkan benih pokok dan anak ayam belanda kalau ada kawasan kat rumah ;)

      Delete
  4. hello Shahsa,
    beruntung awak dapat kesana, saya juga meminati bidang agriculture ini. Tentu banyak pengalaman dan pengetahuan yang awak perolehi sepanjang lawatan awak disana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. donnyien: Alhamdulillah, MAHA 2014 dua tahun dari sekarang. Donny pun boleh pergi. Bukan saja pertanian (agriculture) malah ada penternakan dan perikanan juga ;)

      Delete