Buli bukan sahaja bersifat fizikal seperti seseorang menumbuk anda di muka. Tetapi bukan itu sahaja yang dikatakan buli.
Buli adalah lebih daripada serangan fizikal.
Terdapat 3 jenis buli yang biasa berlaku:
1) Buli Fizikal
Buli secara fizikal adalah sentuhan fizikal yang menyakiti atau mencederakan seseorang seperti memukul, menendang, menumbuk dan lain-lain
Mengambil sesuatu yang dimiliki dari orang lain dan memusnahkannya juga akan dianggap buli fizikal.
Contoh buli fizikal termasuklah: Jika seseorang sedang berjalan di sebatang jalan dan seseorang yang lain datang dan menolaknya jatuh ke tanah. Di sekolah-sekolah rendah dan menengah, 30.5% daripada semua buli adalah buli fizikal.
2) Buli Lisan (Verbal Bullying)
Buli lisan termasuklah nama gelaran, membuat kenyataan yang menyinggung perasaan, atau bergurau mengenai agama, jantina seseorang, etnik, status sosioekonomi, atau rupa mereka.
Sebagai contoh, jika terdapat satu kumpulan kanak-kanak yang memperli kanak-kanak lain kerana dia tidak mampu berlari selaju orang lain. Buli lisan adalah apabila pembuli memperli (tease) seseorang. Ia juga termasuk pembuli lisan mengugut untuk melakukan keganasan atau pencerobohan terhadap harta peribadi seseorang.
46.5% daripada semua buli di sekolah-sekolah adalah jenis lisan.
3) Buli Siber
Dengan kemajuan teknologi sekarang, buli siber mula muncul. Buli siber dilakukan dengan menghantar mesej, gambar, atau maklumat dengan menggunakan media elektronik, komputer (mesej e-mel & segera), atau telefon bimbit (mesej teks & mel suara).
Sebagai contoh, jika anda menghantar gambar ular dalam e-mel kepada seseorang kerana anda tahu bahawa mereka takut ular. Menurut kaji selidik yang dilakukan pada tahun 2003 hanya 4% buli disenaraikan sebagai "jenis lain" dan ini termasuk buli siber. Walaupun jumlah ini nampak kecil, pertumbuhan buli jenis ini menunjukan peningkatan yang cepat kerana penyebaran teknologi di seluruh dunia.
Untuk hidup yang lebih aman dan saling hormat-menghormati elakan buli.
dah tak ada kerja sangat tu buat buli siber
ReplyDeletemereka ni memang sakit ni
tehr: Itulah orang kalau dah ada sifat negatif...
Delete