Sejarah dikatakan oleh setengah orang sebagai tidak penting.
5 sebab mengapa sejarah negara penting.
- Sesetengah orang tidak mengetahui bagaimana negara telah mencapai apa yang ada sekarang. Adalah mustahil untuk sebuah negara maju tanpa memahami bagaimana negara itu sampai ke tahap sekarang.
- Penyelidik, ahli sejarah dan penganalisis politik sering tidak dapat mencari atau mendapat akses kepada dokumen-dokumen penting dari masa lalu.
- Pada tahun 2008, Malaysia kalah dalam perebutan Pulau Batu Putih. Ini mungkin tidak terjadi jika kita mempunyai arkib yang lebih utuh.
- Sejarah akan membantu untuk mendidik orang ramai mengenai peristiwa-peristiwa yang telah membentuk sejarah negara, termasuk insiden Memali tahun 1985 dan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
- Semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui sejarah negara kerana kita perlu belajar dari masa lalu secara kolektif untuk membina masa depan kita.
Terdapat jurang di dalam rekod-rekod yang disimpan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia. Contohnya seperti:
- Dokumen "sensitif" politik dari masa lalu, yang tidak boleh diakses kepada penyelidik dan orang awam, kini boleh disediakan kepada rakyat Malaysia. Seperti rundingan dengan penjajah British sebelum kita mencapai kemerdekaan, penghujahan yang dibuat kepada Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan negara dan rekod Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) semasa Perang Dunia II.
- Terdapat arkib di London yang mendapati sejarah yang tak pernah diketahui seperti Pulau Pinang dan Melaka pernah dianggap sebagai British crown states dan mempunyai kemungkinan untuk dijadikan crown colonies.
Permohonan akan dibuat untuk mendapatkan rekod Tanah Melayu semasa zaman penjajahan Portugis, Belanda dan British dari universiti-universiti asing. Jabatan Arkib Negara Malaysia pada peringkat awal proses pendigitalan akan melibatkan rekod urusetia negeri dari 1880-an hingga tahun 1940-an.
Ini melibatkan bilangan dokumen yang sangat besar iaitu kira-kira 3 juta halaman dokumen dan 2,000 jam rakaman filem, video dan audio.
Kita boleh membina negara Malaysia sebagai negara maju dengan adanya paparan sejarah.
hello shasha,
ReplyDeletedengan terhasilnya idea ini, iaitu memaparkan sejarah malaysia kepada umum, sedikit sebanyak dapat memberikan informasi terutama kepada generasi muda. Terima kasih diatas perkongsian ini.
Hello donnyien: Ya, informasi dan jugak untuk mempertahankan diri jika berlaku lagi perebutan wilayah dan lain2.
Deletebagus gak menda ni. biar ramai yang tahu pasal sejarah malaysia.
ReplyDeleteohcikgu: Ya, betul tu. Kalau kita tak tahu apa yang telah berlaku dalam sejarah sehingga apa yang kita ada sekarang, macamana kita nak teruskan kemajuan kita kan.
DeleteMacam mana hendak akses maklumat ini?
ReplyDeleteakubiomed: Setakat ini hanya diberitahu akan dapat di akses online. Kita tunggu maklumat selanjutnya dari Arkib Negara Malaysia menjelang bulan April nanti.
Deletemasih banyak yang kita belum tahu hal negara sendiri
ReplyDeletemoga2 langkah ini mencapat matlamatnya
tehr: Ya, betul tu tehr. Akses kepada sejarah negara kita sendiri akan membantu kita semua mengetahui sejarah negara yang penting.
DeleteTerbaik la. Makin ramai generasi sekarang yang dah makin lupa dengan sejarah. Sejarah mengingatkan kita terhadap asal usul negara. Sejarah boleh memupuk patriotism. Jangan kerana ideologi, negara yang jadi korban.
ReplyDeletebagus juga ni, supaya ramai celik sejarah..
ReplyDelete