Perjalanan samada untuk adventure, perniagaan atau percutian keluarga akan mendedahkan anda kepada jenayah, gangguan kesihatan dan iklim yang berbeza jika anda tidak menggunakan common sense seperti yang anda lakukan ketika berada di kawasan anda.
Jangan terkejut jika pelancong biasanya jatuh sakit atau menjadi mangsa jenayah dalam masa 24 jam pertama ketibaanya ke destinasi yang dituju.
Di antara sebab-sebabnya ialah:
- Keseronokan untuk melancong,
- Tekanan untuk mengemaskan barang-barang pada saat-saat terakhir
- Kurang tidur pada malam sebelumnya
- Dan bangun terlalu awal untuk mendapatkan penerbangan awal pagi. Contohnya: bangun pukul 4.00 pagi untuk sampai ke lapangan terbang bagi penerbangan pada pukul 6.00 pagi.
Syarikat penerbangan tambang murah mendapat manfaat dari mereka yang tidak mampu atau tidak sanggup membayar tambang penerbangan perkhidmatan penuh. Kini anda terlalu mudah untuk anda menempah penerbangan ke lokasi yang anda kurang bersedia untuk pergi.
Sebaik sahaja anda membeli tiket dalam dalam talian, anda perlu
- membuat berbagai persediaan penting dan merancang perjalanan.
- Mendapatkan pemvaksinan dan membeli insuran perjalanan dan perubatan.
- Mendapatkan pakaian yang sesuai,
- Membuat keputusan tempat penginapan, makan, kedai dan tempat-tempat yang perlu dilawati.
Segalanya ini boleh menyebabkan anda lupa bahawa anda berada di bumi asing di mana segala-galanya boleh berbeza: penduduk, iklim, makanan, bekalan air dan kuman yang berbeza. Awasi semuanya bagi mengelakan anda terdedah pada penyakit dan jenayah dalam perjalanan.
betul la
ReplyDeleteaku selalu je tertekan bila perlu buat perjalanan jauh
tapi setakat ni alhamdulillah, belum ada masalah besar yang dialami
tehr: Ya, saya pun pernah mengalaminya.
ReplyDeleteJangan tinggalkan common sense kita di rumah. Walau di mana pun kita berada gunakan common sense seperti biasa untuk sentiasa selamat dan sihat ;)